Oct 14, 2017 - 38217

Dari Barista ke Peragawati, Kini Dia Pelakon — Alicia Amin Kental, Ada Sesuatu Boleh Kita Pelajari Daripadanya

Alicia Amin antara model yang pernah hangat diperkatakan oleh netizen. Biarpun dikritik, namun dia ‘stay cool’ dan tahu apa yang dilakukannya. Ayuh kenali siapa Alicia Amin.

 

 

 

Oleh: Vee Mukhtaram 

 

 

 

 

 

 

ANAK LIAR, liberal dan berani. itu hebahan yang dilemparkan buat gemini asalan Johor ini ditepis tanpa prejudis. She is fun, honest, hardworking dan positif. Pasca menyertai Asia’s Next Top Model musim kelima, tumpuan terus diberi kepadanya dan kini muncul di kaca televisyen bersama Mira Filzah dan Aliff Aziz bikin warga talian mula mencedok “kerja” lamanya yang mencabar traditionalist penonton lokal. Namun she has her eyes on the prize, mana mungkin ambil pusing cercaan cuma.

 

 

Kiranya terlantar biar di dalam hutan, pesona Alicia yang mana? Pemburu atau pengumpul?

Tentunya seorang pemburu! No doubt about that!

 

 

Dalam sebuah kotak krayon, warna apa yang melambangkan diri sendiri dan mengapa?

Rasanya rona magenta kena dengan semangat Alicia, kerana teman-teman dan kenalan sering bilang Alicia tampak menarik namun cukup intimidating, mereka segan mahu menyapa ataupun tegur. Tapi apabila sudah berbual, sangat mesra!

 

 

 

 

 

Tamat rakaman sampul hadapan ini, kala melangkah keluar Alicia terjumpa beg berisi wang, mahu bikin apa?

Wow rezeki! Tentunya mahu melabur sedikit untuk menjamin masa hadapan, simpanan sangat penting. Beri sebahagian untuk kerja amal dan membantu mereka yang perlu dan selebihnya untuk kita berjoli seronok sakanlah! Mestilah manjakan diri.

 

 

Kala sangkut dalam kesesakan lalu lintas sendirian, apa yang terlintas dalam minda?

If we clean the vacuum cleaner, does that make us a vaccum cleaner too? Hmm... kompleks sungguh! Hahaha...!

 

 

 

 

 

 

Lagu kegemaran daripada era 90-an?

Waterfalls oleh TLC.

 

 

Jika bisa menjadi seekor haiwan, mahu jadi haiwan apa?

Seekor kucing. Alicia rasakan mereka punya gaya hidup yang amat menyeronokkan, boleh berkelakuan sombong sekalipun namun manusia akan tetap sayangi mereka!

 

 

Hadiah terakhir yang diberikan untuk seorang teman?

Percutian yang ditanggung penuh, lokasi pilihan adalah ke Bali, kami cukup seronok kala di sana!

 

 

 

 

 

 

Di bangku sekolah dahulu bagaimana?

Alicia bersekolah di Singapura dan menetap di Johor, maka setiap pagi akan menaiki bas menyeberang tambak untuk ke sekolah. Di sekolah Alicia lebih suka untuk menyendiri dan fokus pada pelajaran. Markah peperiksaan semuanya A walaupun sering tiba lewat ke sekolah.

 

 

Rancangan terakhir yang ditonton di televisyen?

Selalunya tonton dalam talian, yang paling baru adalah the entire Marvel Cinematic dan TV Universe, ini adalah kerana tidak pernah menontonnya sebelum ini dan mahu binge watch it all. Menarik juga dunia Marvel ini!

 

 

 

 

 

Punya nasihat untuk boss terakhir?

Interesting, nasihat Alicia adalah mungkin kalian (boss) tidak harus kritik pekerjaan orang lain, kalian punya banyak pandangan negatif dan pendapat yang tidak fasih tentang dunia peragaan, namun akhirnya wajah kalian pula yang berada di atas pentas peragaan and you looked so happy di pentas Kuala Lumpur Fashion Week tahun ini!

 

 

Makan malam yang lengkap bagi Alicia?

Rendang Tok, ia resepi turun-temurun keluarga Alicia, yang terbaik tentunya hasil masakan nenek. Oh dan tentunya secangkir kopi, dahulu Alicia pernah bekerja sebagai seorang barista, tahu?

 

 

 

 

 

 

 

Barista, peragawati dan kini aktres, bagaimana ia bermula?

Asalnya sekadar menemani seorang teman ke Ford Supermodel Search pada 2010, ketika itu Alicia baru berusia 15 tahun dan masih menuntut. Teman yang Alicia beri sokongan tidak dapat hadir pula, namun seorang casting director ternampak Alicia dan yakinkan diri untuk sertai.

 

Alicia bertuah jadi finalis namun tidak mendapat juara. Sejak itu Alicia teruskan kerjaya sebagai peragawati. Asia’s Next Top Model juga banyak membuka ruang untuk Alicia mencuba pelbagai aspek dalam dunia fesyen dan hiburan. Jadi mengapa mahu takut? Why not give it a try?

 

 

Media sosial memainkan peranan penting kini dalam membina kerjaya?

Sebelum sertai Asia’s Next Top Model, tidak terfikir pun media sosial bisa menjadi medan dacing. Akaun Instagram Alicia sangat peribadi namun kini ia jadi tontonan umum dan sebuah ruang untuk mulakan perbicaraan.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Dulu ‘Nerdy’, Pakai Cermin Mata Tebal — Hari Ini SHIKIN GOMEZ Naib Juara Asia’s Next Top Model!

  • Seterus →

    Cantik TAPI Awas! Dia Lasak & Tangkas — Ada Sesuatu yang Boleh Anda Pelajari daripada Deedee Nash, BACA INI