Oct 12, 2017 - 28754

Dulu ‘Nerdy’, Pakai Cermin Mata Tebal — Hari Ini SHIKIN GOMEZ Naib Juara Asia’s Next Top Model!

Wataknya sebagai gadis berbintang Leo mencorakkan dirinya hari ini. Kami dekati gadis berjiwa besar ini.

 

Oleh: Vee Mukhtaram 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

 

 

 

 

 

 

 

BERZODIAK Leo, pesonanya meronta-ronta untuk dikenali dan limelight to be directly on her, itu sinonimnya seorang Leo. Masakan kerjaya glamor di hadapan lensa yang menjadi pilihan gadis asalan Damansara ini. 

 

Her shot to fame tatkala menjadi naib juara 'Asia’s Next Top Model' menjadi ruang satu perbalahan di media sosial, namun dia menepis semua negatif itu kerana dia geliga dan sentiasa on her toes. Shikin sudah gagah sedia hadapi tohmahan, namun she will not lay down low. Ayuh ikuti kisahnya. 

 

 

 

 

 

 

Yang mana satu lebih sanggup Shikin korbankan, hidup tanpa telefon untuk sebulan? Atau sarungkan persalinan yang sama untuk sepurnama? 

Shikin tidak gentar untuk korbankan telefon pintar untuk sebulan, rasanya ada baik ambil waktu rehat daripada sebarang media sosial mahupun telekomunikasi, I think it’s very healthy for you. Jadikan ini satu detoks untuk diri sendiri dan nyahkan diri jauh daripada dunia materialist. Ambil masa dan fokuskan kepada diri sendiri and the thing that matters. 

 

Kira boleh putar atau langkau masa ke usia berapa pun, umur berapa jadi pilihan? 

Kalaulah perkara ini boleh dilangsungkan alangkah bahagianya dunia. Shikin mahu ke masa lampau, yakni kala masih lagi anak-anak kecil yang bebas daripada masalah dan trivial orang dewasa, just a carefree child. Bermain sama anak-anak kecil lain, panjat pokok, main bola, oh stress free life! 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

 

 

 

Foto terakhir yang dirakam menggunakan telefon pintar anda? 

Hahaha... foto terakhir adalah sebuah swafoto bersama kening metalik perak ini khas untuk rakaman sampul hadapan majalah InTrend. 

 

Apa mimpi yang mahu dicapai, materialistik mahupun cita-cita, dan sudah dikecapi? 

Sejak dahulu lagi antara mimpi yang paling Shikin dambakan adalah untuk punya kereta Audi TT milik sendiri sebelum berusia 30 tahun, jadi kini sedang bekerja keras untuk dapatkannya. Ia bakal jadi satu simbol bahawa Shikin sudah kecapi satu tahap dalam kerjaya dan cukup stabil untuk punya suatu pelaburan seperti itu. 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

 

 

 

 

Putar semula kepada 24 jam yang lepas, berada di mana dan sedang bikin apa?

Semalam Shikin cuma di rumah, berehat pasca tamatnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur sambil menonton drama-drama bersiri kegemaran dalam talian. 

 

Pujian yang lekat di minda dan bikin rasa terharu datangnya daripada siapa? 

Ia datang daripada ibu Shikin sendiri, sampai tanggal ini ia masih erat lekat dalam minda dan sering beri kekuatan kepada Shikin untuk kejar mimpi. Bilang ibu, dia melihat Shikin seorang individu yang gagah, kuat dan berdikari. Juga ibu bilang dia bangga sama Shikin. That totally made my day. 

 

Kala di bangku sekolah dahulu, terkenal? 

Tidak! Sewaktu masih menuntut dahulu Shikin amat nerdy, tinggi lampai dan memakai kaca mata yang tebal pula. I was pretty shy around people dan tidak berapa pandai bergaul dengan orang baru. 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

 

 

 

 

Makan malam yang lengkap bagi Shikin? 

My perfect meal would be sayuran pelbagai jenis, bersama ayam dan tentunya nasi – tapi dalam bahagian yang kecil sudah cukup. You guys are making me hungry! 

 

Kala bangkit dinihari ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran? 

Perkara pertama yang muncul adalah sekiranya Shikin masih punya masa untuk sambung tidur sedikit lagi ataupun harus bergegas untuk datang ke studio untuk rakaman ini. Shikin amat pentingkan disiplin dan tidak mahu hadir lewat ke studio mahupun sebarang job. 

 

 

 

 

Sumber: Instagram

 

 

 

 

Jika diberi RM5,000 untuk menjamah semangkuk serangga, berani? 

Tidak sama sekali, Shikin tak mahu makan serangga! Ewww, gelilah! 

 

Soalan yang paling benci untuk dijawab? 

Tidak gemar bila disoal apa seterusnya dalam rancangan Shikin. Personally, Shikin tidak suka terlalu mengikut rancangan dan suka untuk go with flow and see where it takes me. Kalau bicara fasal cita-cita kita semua ada arah mahu dituju, cuma I prefer to be a bit more chill about it. 

 

Lagu terakhir yang didengari? 

'3AM In Jakarta' hasil lontaran suara Emir Hermono menampilkan Ariel Nayaka menjadi lagu yang terakhir lekat di telinga ini. Cubalah dengar, ia halwa telinga yang pasti kalian enjoy. Trust me! 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    NEELOFA Kini Malaynnial Taraf JUTAWAN Idola Malaysia! — Rupanya Ini TIPS Lofa Kaya, Mohon Baca

  • Seterus →

    Dari Barista ke Peragawati, Kini Dia Pelakon — Alicia Amin Kental, Ada Sesuatu Boleh Kita Pelajari Daripadanya