Oct 18, 2017 - 305
Oleh: Vee Mukhtaram
KERJAYA Deedee Nash dalam dunia peragaan bermula awal berbanding empat yang lain. Namun this Virgo baru berusia 28 tahun Dan masih punya visi dan misi untuk disudahi. Culas dalam kerjaya peragawati membuka ruangan mencuba di lembar baru, filem lakonannya - tujuh bersama Cristina Suzanne Dan Siti Saleha bakal ke panggung awal tahun depan.
Dipotretkan as the tough girl, lasak dan tangkas. Jaket kulit, boots dan all black ensemble sinonim samanya bekas penuntut seni rekaan fesyen jadi penghulu mulanya kerjaya dalam dunia fesyen. Attitude dan stail is everything in her books!
Yang mana satu lebih sanggup Deedee korbankan, hidup tanpa telefon untuk sebulan? Atau sarungkan persalinan yang sama untuk sepurnama?
Sejujurnya Deedee tidak punya satu ikatan yang terlalu kuat pada kedua-duanya. Ya telefon pintar sangat penting untuk kita berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain tetapi Deedee rasa boleh hidup tanpanya. Pasti akan kekok but I know I can do it.
Fasal baju pula I don’t mind wearing the same shirt over and over, kerana Deedee memang suka sarungkan yang basic dan plain saja. Semua ini bikin minda lebih lepas dan relaks, boleh duduk rumah dan fokus menonton filem- filem dalam talian. I’m a movie fan!
Kredit foto:
Kira boleh putar atau langkau masa ke usia berapa pun, umur berapa jadi pilihan?
Rasanya semua pun mahu kembali ke zaman kanak-kanak bukan? Kehidupan bebas daripada masalah mahupun stres. Dahulu kita beriadah sama teman-teman sebaya, bukan cuma bermain tablet dan games dalam talian. No stress, worries nor care in the world.
Foto terakhir yang dirakam menggunakan telefon pintar anda?
Dalam memori telefon pintar Deedee yang terakhir adalah foto anak buah kesayangan, namanya Ezra Lee. Deedee sangat obses sama dia dan suka mengusiknya. Dia sangat comel dan bijak!
Apa mimpi yang mahu dicapai, materialistik mahupun cita-cita, dan sudah dikecapi?
Deedee mahu menjadi jujur pada diri sendiri, menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada. Kita harus pasang cita-cita dan tanamkan rasa sayang. Berusaha untuk menjadi yang paling baik untuk diri dan orang yang dikasihi. Rasanya sedikit sebanyak Deedee sudah berjaya mencapai impian dan mimpi itu, dan akan kekal perbaiki diri semana mampu.
Putar semula kepada 24 jam yang lepas, berada di mana dan sedang bikin apa?
Dua puluh empat jam yang lalu ada temu janji sama chiropractor, Deedee punya masalah tulang belakang dan pergi mendapatkan rawatan. Badan rasa lebih lega dan ringan selepas temu janji itu. Seterusnya meluangkan masa seharian berehat di rumah sambil menonton filem- filem dalam talian. Best sangat!
Kredit foto:
Pujian yang lekat di minda dan bikin rasa terharu datangnya daripada siapa?
Deedee sentiasa berterima kasih dengan segala pujian mahupun kritikan yang diterima. Siapa sahaja yang punya pendapat fasal Deedee menjadikan diri lebih baik dan hargai semua orang. Everyone is important to me!
Makan malam yang lengkap bagi Deedee?
Tidak kira apa sahaja menu atau resepi asalkan ia dimasak oleh my mom, kadang-kadang bila punya tugasan yang banyak dan tidak bisa pulang ke rumah bikin Deedee miss my pumpkin’s cooking. Ya Deedee beri gelaran itu (pumpkin) khas untuk my mom!
Kredit foto:
Kala bangkit dinihari ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran?
Sebaik sahaja bangun tidur, Deedee dihinggap rasa risau dan teruja kerana tugasan hari ini agak berat yakni untuk merakam sampul depan InTrend bersama empat model watan lain yang masing-masing punya pesona dan cerita tersendiri. Such an honor bila melihat majalah fesyen Malaysia meletakkan wajah peragawati lokal sebagai wajah wakilan.
Jika diberi RM5,000 untuk menjamah semangkuk serangga, berani?
Kalau ia digoreng dan diberi perisa yang enak, Deedee berani lakukan. Akan cuba apa saja perkara yang baru sekurang-kurangnya sekali. Heck! I don’t even mind eating it for free!
Soalan yang paling benci untuk dijawab?
Tidak gentar mahupun benci langsung. Soalkan saja apa yang InTrend mahukan, akan jawab sebaik dan sejujur mungkin.
Lagu terakhir yang didengari?
Bibo No Aozora nyanyian Ryuichi Sakamoto.
Selebriti fesyen yang paling digemari?
Wow, ini soalan yang sukar, Cate Blanchett antara yang Deedee gemarkan stail kala di karpet merah mahupun kala berpergian. She always looks effortless. Selain itu pesona seperti Lenny Kravitz, Bella Hadid dan Petra (Blogger dan KOL) juga banyak beri inspirasi kepada Deedee untuk menata gaya lebih on point dan punya stail.