Sep 14, 2016 - 334

Fahrin Ahmad: Bila Taurus yang 'Sado' Bermain Air!

Inilah yang terjadi apabila bertemu dengan aktor yang 'sporting' dan sanggup buat apa saja!


fahrin-4.jpg


"I feel like a kid again, hahaha!"


Demikianlah jeritan Fahrin Ahmad sewaktu dia mengelap tubuhnya yang basah lencun dek air, sebaik sahaja selesai rakaman sampul hadapan InTrend. Perancangan merealisasikan Edisi Khas Lelaki ini telah mengajak InTrend melakukan sesuatu yang baru, yang tidak pernah lagi dilakukan untuk mana-mana penggambaran sampul hadapan InTrend sebelum ini.

Ya, kami menggunakan air, dan Fahrin menjadi mangsanya!


Air telah menjadi elemen utama ketika penggambaran ini. Melihat aksi Fahrin bermain dengan air... memang menyeronokkan! Tahukah anda, idea ini hadir daripada ilham video Suit & Tie nyanyian Justin Timberlake yang sungguh chic.


8 PERKARA TENTANG FAHRIN AHMAD 

1. Fahrin Ahmad dilahirkan pada 9 Mei 1979 di Johor Bahru, merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.
2. Fahrin 
bersekolah di SMKA Segamat, Johor. Selepas itu, Fahrin melanjutkan pengajian peringkat menengah di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
3. Melihatkan bentuk fizikalnya yang amat 'sado' hari ini, jangan berasa hairan kerana sejarah persekolahannya sendiri terisi dengan banyak aktiviti sukan lasak. Ketika di bangku sekolah, Fahrin aktif bersukan. Antara sukan kegemarannya adalah ragbi, malah dia pernah menjadi kapten sekolah hingga peringkat negeri. 
4. Bukan pelakon berdada kosong, kerana Fahrin bergraduat dari Unversiti Teknologi MARA Shah Alam, memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.
5. Fahrin menikahi wanita bernama Elena Hani Eleas pada 9 Mei 2015 yang merupakan tarikh ulang tahun beliau yang ke-36.
6. Tahukah anda, Elena dan Fahrin pernah belajar sebumbung? Kedua-duanya menuntut di institusi pengajian yang sama iaitu Matrikulasi Undang-undang dan Fakulti Undang-undang di UiTM Shah Alam. Mereka dikatakan saling mengenali, tetapi tidak berkawan, jauh sekali bercinta.
7. Sangat istimewa kerana Fahrin dan Elena sama-sama bersetuju untuk tidak mengikat diri dengan tali pertunangan. Malah, mereka juga bersepakat untuk tidak memberi dulang hantaran. 
8. Fahrin berbintang Taurus. Orang Taurus dikatakan manusia yang selalu bekerja keras untuk mencapai impian hidupnya. Taurus juga pendiam dan berhati-hati dalam membuat satu-satu keputusan.  

 

fahrin-3.jpg


Ayuh kita tonton momen-momen menarik kala Fahrin basah lencun bermain air di studio InTrend.





fahrin-1.jpg

fahrin-2.jpg

fahrin-5.jpg




 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  fahrinahmad