Oct 24, 2016 - 6139

Neelofa Juga Impikan Perkahwinan, ke Mana Dia Selepas Kemasyhuran #SuriHatiMrPilot?

Kalau dahulu gadis genit yang melangkah di laman studio InTrend menyarung gaun lapik Diane Von Furstenberg senteng, sepatu tumit 'sky-high' dan rambut beralun kepuk cantik, kini sudah lain rupanya.


Oleh: Iqbaq V Mukhtaram

 


CAHAYA bunga biru, satu maksud nama yang cukup sajak sama gadis asalan Kelantan ini. Terakhir Noor Neelofa Mohd Noor tampil sebagai wajah wakilan sampul InTrend adalah pada Februari 2012 bertemakan bulan cinta. Kini gadis ini kembali dalam dakapan InTrend, namun semuanya sudah pun berubah. Kalau dahulu gadis genit yang melangkah di laman studio InTrend menyarung gaun lapik Diane Von Furstenberg senteng, sepatu tumit sky-high dan rambut beralun kepuk cantik, kini sudah lain rupanya. 

Neelofa hadir sama palazo longgar hitam dipadan kutang ringkas sedondon dan kardigan longgar cetak multirona. “Susah berubah gaya kala berhijab? Ada masa rindu mendandan rambut?” Soal Editor Fesyen kala duduk senggang berteman jajan kentang dan Khir Khalid ralit mencalit kohl mata hitam dan seksi.

“Lofa ada terdengar teman-teman bilang yang kita akan diuji sama rasa rindu pada “look” lama, tetapi syukur Lofa tidak diberi ujian yang itu. Alhamdulillah diri berasa sempurna, diri punya keyakinan yang lebih tinggi dan tiada langsung kisah lepas yang Lofa rindukan.”

 

 

Sibuk benar sama perniagaan?

Alhamdulillah, perniagaan banyak ambil masa Lofa namun banyak juga yang diterima semula. Selain daripada itu, masih lagi terikat sama rakaman untuk MeleTOP dan Nona, namun musim ini adalah yang terakhir antara Lofa dan Nona, sudah masa berikan tanggungjawab itu kepada nama lain pula.

Tetapi Lofa masih mahu kekal sama MeleTOP, it’s kind of hard for me to let go of that job kerana kami punya rasa serasi yang cukup relaks dan sudah cipta satu keluarga. Mungkin juga MeleTOP is more me kerana laid-back manakala Nona lebih scripted dan teratur. Kedua, Lofa dan Fara bakal meninggalkan rancangan ini.

 

 

Mahu berkongsi soal hijrah?

Rasanya ramai sudah membaca atau mendengar kisah hijrah Lofa, cukuplah apa yang mereka tahu dan tidak usah dicanang-canang lagi. Percayalah perubahan ini tidak mudah untuk Lofa mencari keselesaan dalam diri yang dahulunya memberontak. Banyak lagi ilmu dan eksplorasi yang harus Lofa lalui untuk menjadi Muslimin yang benar-benar kudus.

Segalanya bermula dengan sehelai selendang hitam yang tergantung di kerusi terus mengubah segalanya buat Lofa, masya-Allah, Tuhan itu Maha Kuasa.




Ia mula terjadi kala Lofa pergi ke kuliah-kuliah agama dan menimba ilmu yang cukup kurang. Pada Ramadan tanggal kedua pasca solat Subuh dan pengajian Lofa sekadar bermain sama sehelai selendang hitam sebelum mandi pagi. Thinking to myself sekiranya Lofa berhijab pasti sukar untuk menyusun semula pakaian dan aktiviti harian. Lofa kemudian melangkah ke dalam kamar mandi dan bersiap untuk ke pejabat, entah mengapa selendang hitam itu bagaikan memanggil Lofa dan rasanya tidak lengkap untuk keluar rumah tanpanya.

Lofa capai dan terus sarungkan, sejak itu it has never left my side.

Kala dalam kereta untuk ke pejabat, Lofa agak risau dan persoalkan diri jika sudah bersedia. Kemudian Lofa panjatkan doa kepada Allah dengan harapan dan doa yang segalanya Lofa bikin ini untuk Allah dan mohon untuk dipermudahkan dan berilah kekuatan pada Lofa untuk terus berhijab. Now there is no turning back, hatta hati lebih gembira.


wdqe2q.jpg

 

Sudah bersedia untuk dinikahi?

Persepsi Lofa pada cinta dan perkahwinan sudah banyak berubah. Semua mahu kahwini sama seseorang yang cukup kita kasihi dan sayangi, basically an earth shattering love, kahwin atas dasar nama cinta. Lofa lalui satu perpisahan sama mantan kekasih yang agak teruk dan bikin sedar mata hati sendiri. Kalau ia bukan tertulis untuk kita, sekeras dan sekuat mana usaha kita, ia tidak akan termakbul.

Tidak mudah untuk Lofa lepaskan cinta lama namun memang ia bukan tertulis untuk kami.

Sejujurnya untuk Lofa, ada dua jenis cinta. Yang pertama, Cinta Nafsu – apabila kita mencari cinta yang puaskan rasa sayang sendiri dan satu emosi yang cukup indah. Manakala yang kedua, Cinta Kerana Allah – hati ini adalah milik Allah, yang mana bisa diubah rasa itu sekelip mata. Ubah ia daripada cinta kepada benci, daripada tidak kenal kepada sayang, jadi biarlah cinta dan pernikahan kita berasaskan yang ini, pasti lebih diberkati, insya-Allah.

 

 

Pasti mendambakan perkahwinan idaman, bagaimana dengan pilihan Lofa?

Sedari dahulu Lofa memang gemarkan pernikahan di kepulauan nan indah. Satu acara yang cukup intimate dan private untuk mereka yang rapat sama Lofa, just my families and some of my friends dan bask in the love daripada mereka semua.

Satu ruang yang selesa untuk kami menjamu, relaks dan beriadah kasual. Oh, indahnya impian Lofa yang ini! Mungkinkah di Maldives ataupun Mauritius? Hahaha… ini cuma angan-angan berseronok sahaja, tidak tahu pula yang sebenar bagaimana nanti.

 

 

Rekaan busana pula?

Lofa tidak gemarkan rekaan yang terlalu sarat sama bows and ribbon, mungkin itu adalah impian setiap gadis untuk bernikah dalam gaun permaisuri yang cantik dan ekstravaganza, namun selera gaun pengantin Lofa mahukan something yang lebih ringkas, slim dan kontemporari. Potongan yang kemas dan kelihatan sofistikated dan mewah. Gemarkan sentuhan Elie Saab, Zuhair Murad dan tentunya Hatta Dolmat.

 

 

Terakhir sebelum melangkah pulang, adakah benar kisah cinta Neelofa sama kerabat istana?

Banyak kisah yang sudah Lofa dan keluarga dengar, namun biarlah masa yang menjadi penentu sama ada ia benar mahupun dusta semata-mata. Tidak mahu gosip dan kata-kata tidak manis ini bikin keluarga dan teman-teman tidak selesa.

Sekali lagi Lofa minta kalian fahami dan hormati keputusan Lofa untuk tidak bicara hal ini, namun kekalkanlah doa-doa yang baik untuk Lofa. Biar masa menjawab semua, insya-Allah.


dsfwefwe.jpg

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Fahrin Ahmad: Bila Taurus yang 'Sado' Bermain Air!

  • Seterus →

    Fauziah Latiff: “I’ve Been There and Done That. Tinggalkanlah Kenangan Manis Itu Untuk Jee…”