Sep 06, 2016 - 430

Ummu Syaikhah Stacy: Tentang Islam dan Video Mengucap Dua Kalimah Syahadah yang Pernah diviralkan

Detik pengislamannya pernah disebarkan individu tidak bertanggungjawab. Sudahkah Stacy memaafkan?


Oleh: Rosie Haslinda Nasir 
rosie_nasir@astro.com.my

Cover-satcy.jpg

 

SEBUTIR BINTANG DARI BORNEO. Asalnya kerlipan kecil. Kini cahayanya memantuli karisma luar biasa, mengatasi kerajaan gelita. INI TANDA ARAS BARU INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA...


Kartika Borneo kesayangan Malaysia ini kini sudah disunting pria muda yang bukan siapa-siapa. Stracie Angie Anam, atau roh barunya selepas disyahadahkan sebagai Ummu Syaikhah Stacy binti Anam kini sah isteri Akim Ahmad, pujangga hati yang selalu setia dan bersabar dengannya.

Ternyata penantian Akim tidak sia-sia. Sumpah cinta dan mercup doa akhirnya melorongi hati Stacy untuk menzahirkan akidah baru. Lalu berserah kepada agama Allah yang syumul. Sewaktu saya sedang dalam proses ‘mencekup’ Stacy untuk temu bual lanjut, sahabat aka penata gaya peribadinya, Yanna Husin (mantan Fesyen Editor InTrend) sempat berseloroh, “Akim ini memang lelaki yang sabar. Dari zaman Stacy gemuk sampailah dia kurus sekarang ini, Akim tetap setia, tetap sabar menunggu!” 

Sumber: @stacyanam

 

Sumber: @stacyanam


InTrend berbesar hati dapat larut ke dalam emosi gadis Borneo ini. Menyelami isi hatinya, memahami kelukaan dan kepedihan atmanya selepas video dia sedang tertib melafaz kalimah syahadah; dipermain-main, dikongsi, disebar-sebar individu tidak bertanggungjawab. 

Stacy, The Dancing Queen paling tulen. Namun, kelincahannya di kaca TV bukan bayangan sebenar nuraninya di balik tirai dan lampu sorot pentas yang glamor berkerlipan. Siapa dia selepas Ummu Syaikhah Stacy? 

stacy-2.jpg

 

Satu pengorbanan besar apabila Stacy ambil keputusan berhenti sekolah pada usia 16 tahun? Maaf bertanya, mengimbas kehidupan lalu, berapa susah keadaan famili Stacy sebelum kehidupan hari ini? 

Kehidupan keluarga Stacy sederhana sahaja sebenarnya, kak. Stacy datang daripada enam orang adik-beradik, tinggal di Kampung Tuavon, Penampang Sabah, bersekolah di SRK St. Joseph, kemudiannya di SM St. Michael Penampang. Ya, awal tahun pada usia 17, Stacy mengambil keputusan drastik berhenti sekolah.

Bagi Stacy, itulah keputusan terbaik pada masa itu. Tapi kalau mahu difikir-fikirkan, tidaklah sesusah atau sedaif mana. Kami masih punya rumah, Makan-pakai masih cukup. Tetapi susah mungkin daripada segi kebebasan kewangan kerana masih ‘dijerut’ tuntutan-tuntutan tertentu. Sebab itu Stacy fikir, Stacy tak mahu membuang masa, tak mahu menyusahkan mummy dan daddy. Lebih baik Stacy segera cari jalan, berikhtiar cari duit sendiri untuk ringankan beban famili.

Sumber: @stacyanam

Daddy seorang kontraktor sambilan, mummy pula mencari rezeki sebagai housekeeper di Hotel Promenade. Tapi itu cerita dulu. Mummy sudah berhenti kerja, syukur akhirnya dapat berehat dengan aman.

Sukar untuk Stacy ceritakan di sini. Susah-senang, pahit-maung keluarga Stacy, biarlah kami sahaja yang tahu, kak. 

stacy-3.JPG


stacy-1-JPG.JPG

 

Ummu Syaikhah Stacy Abdullah — siapa yang memilih nama ini?

Ummu Shaikhah Stacy Anam, itu yang sebetulnya kak. Kalau tidak silap, nama itu bermaksud ‘ibu yang terhormat’. Tapi siapa yang memilihnya, biarlah Stacy simpan dulu rahsia ini erat-erat. Hal ini terlalu peribadi buat Stacy.

Sumber: @stacyanam

 

Proses memeluk agama Islam membawa Stacy keluar dari kelaziman, cuba menyembunyikan diri sampai ke Johor Bahru. Simboliknya, Stacy merantau melarikan diri untuk mencari diri. Stacy ketemukah apa yang Stacy cari-cari? 

Stacy teringin sekali cari nikmat ketenangan. Ingin lari dari skop pihak media. Ingin sekali berada di tempat awam tanpa dikenali dan diserbu kerana jenama ‘Stacy’. Ternyata semua itu mustahil. Maka kerana itu Stacy bawa diri ke Johor Bahru. Harapan Stacy, tiada orang yang tahu. Biarlah perkara ini diketahui keluarga rapat saja kerana ia terlalu peribadi, terlalu kak. 

stacy-2-(1).JPG

 

Video Stacy mengucap kalimah syahadah diviralkan oleh insan yang pecah amanah. Stacy tersinggung? Hilangkah kepercayaan selepas ini kepada orang sekeliling?

Maaf, peristiwa ini benar-benar mengajar Stacy bahawa dalam dunia ini, tiada siapa pun yang boleh kita sandar dan percaya 100 peratus. Stacy mengaku, Stacy memang sudah jangka benda ini akan berlaku, cuma Stacy selalu sedapkan hati, pujuk hati, tak apa-apalah, everything will be fine, tiada apa yang patut Stacy gusarkan. Stacy tak mahu jadi paranoid. Tapi rupa-rupanya mimpi ngeri jadi kenyataan. Perasaan Stacy terluka juga, kak. Stacy kecewa. 

Kalau video kakak yang sedang terkial-kial mengucapkan dua kalimah syahadah itu diviralkan ke seluruh dunia, apa perasaan kakak? Pasti mengaibkan bukan? Tidakkah kakak juga rasa tersinggung, marah, hampa, rasa ditipu, kecewa? Stacy kecewa sangat kerana insan yang diharap untuk memegang amanah, tidak hormati kepercayaan kita itu, malah menyalahgunakannya.

 

Familia😍😘

A photo posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Sumber: @stacyanam

 

Tetapi percayalah, hari ini Stacy sudah okey, tidak ada dendam, apatah lagi nak saman menyaman. Ini semua dugaan pertama mencari makna hidup sebagai seorang Muslimah. Stacy perlu sabar. Semua ini ada hikmahnya, insya-Allah. 

 

Kata-kata akhir Stacy untuk semua peminat? 

Di kesempatan ini, Stacy ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga seikhlas hati kepada semua penyokong Stacy. Terima kasih sekalung budi kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi dari dulu sampai sekarang. Terima kasih jua kerana masih mempercayai bakat Stacy yang seadanya ini. Doakanlah yang terbaik buat masa depan Stacy, insya-Allah Stacy juga mendoakan yang terbaik buat kamu semua.

Zou diti nga, miaga nogi diozu tu tuhun tomod nopo. Nung nunu nopo kinahasaan ku, potunudo om tudukai zou noh tavavasi... nung kiva dati kinasahasaan diozu dogo kada noh koikum ikum doh Papatabi doh hongon kotohuadan.


(Saya dan anda semua, kita semua ini manusia biasa. Kalau saya lalai, lupa atau bersalah, betulkanlah dengan hemah dan budi bahasa yang baik. Tetapi sekiranya anda yang bersalah, janganlah sombong untuk mengakui kesilapan itu atau bersikap baling batu sembunyikan tangan). 

akim-stacy.jpg

Satu lagi bukti, berdua itu lebih baik. Pengumuman bahawa Akim dan Stacy merupakan “breakers” baru KitKat yang dibuat di laman Facebook KitKat Malaysia telah menerima lebih 200,000 “like” dan maklum balas.

 

Ada lagi yang ingin Stacy sampaikan kepada peminat?

Kehidupan sebagai saudara baru ini adalah titik mula kehidupan hamba Allah yang bernama Ummu Syaikhah Stacy binti Anam. Harap kalian faham. Maka berikanlah peluang kepada Ummu Syaikhah Stacy binti Anam ini untuk perlahan-lahan meninggalkan kejahilan. Doronglah dia untuk terus berusaha memburu nur Allah dan keberkatan hidup.

Janganlah menggunakan agama sebagai lesen untuk menindas dan merendah-rendahkan dia. Kerana sikap dan adab yang bersembunyi di sebalik pakaian dan agama adalah sebesar-besar pendustaan. 

 

Ahansan zou daa kumaa toinsanan ie monokodung dogo doh Onuai zou noh hivang om kosivatan montok koposizon kavavagu ku diti om hansan zou daa Sambayangan zou nodaa diozu di tavavasi miampai ti taboiku ie Akim. 

 

(Saya mohon supaya peminat-peminat beri ruang dan peluang untuk saya melengkapkan hidup saya sebagai saudara baru ini, dengan tenang dan perlahan-lahan. Saya mohon semua orang doakan yang baik-baik untuk saya dan Akim). 

Kemunculan pertama Stacy dan Akim sebagai suami isteri, berduet di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2016. Persembahan mereka menerima sorakan peminat. Terserlah sifat romantis dann kasih sayang Akim kala merenung mata Stacy. 
 

 

Selamat malam semua..

A photo posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Sumber: @stacyanam
 

 

Mencari tempat berbuka dulu ya..selamat berpuasa semua😊😘

A photo posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

Sumber: @stacyanam



 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.