Sep 07, 2015 - 1

[ESKLUSIF] Pahit Manis Bergelar JANDA, Nora & Maya "Move On" Demi Mengejar Bahagia

OLEH : Vee & Rosie “Aku janda!” – stigma gelaran yang satu ini tidak seperti bergelar duda.

OLEH : Vee & Rosie
“Aku janda!” – stigma gelaran yang satu ini tidak seperti bergelar duda. 2015 – tidak mahulah kolot lagi fikiran itu. Ayuh kita kategorikan janda sama perkara positif! Mereka punya segalanya. Kerjaya yang tidak pernah suram, kewangan yang stabil dan berdikari. Wajah yang kekal cantik tidak dimamah usia dan tentunya a great looking wardrobe! Celebrate being free from marriage that doesn’t work. “we both know that it’s not fashionable to love me, but you don’t go cause truly there’s nobody for you but me, we could cruise to the blues, wilshire boulevard if we choose or whatever you wanna do, we make the rules” – bait ritma terbaru lana del rey yang sajak sama wanita ini. Nah! Maya karin dan nora danish is the success story to this tale.
 dcefwdw.jpg
MAYA KARIN
Pasti ramai bertanya, when is it your turn again?
I have done it before, habiskan usia muda bersama seorang lelaki yang tidak serasi dan akhirnya berpisah, jadi I am not rushing into things. Ya sebelum ini Maya berkenalan dengan seorang teman lelaki, we kept it very low key kerana dia segan mahu berkongsi. Sayangnya hubungan ini juga tamat. Mengapa kalian soalkan? Mudah saja, kerana belum ketemu the right connection. Maya tidak tergopoh mahu cari suami, Maya bahagia hidup berdikari, punya tenaga untuk bikin apa saja yang hati ini mahu. Maya tidak takut hidup sendirian.
 
Apa yang dicari?
Gemarkan orang yang bijak dan boleh ajari Maya. Kelakar dan pandai berjenaka – tak payah nak control macho sangat abang! Be confident in me and able to let me work kerana Maya bukan jenis yang clingy dan harus jumpa setiap hari dan bergayut di telefon. Tak mahu rasa terikat dan I don’t want to be one of those naggy girlfriends yang kuat cemburu, kalau dia curang dialah yang rugi, kan? Hahaha...

nora-d.jpg 
NORA DANISH
 
Yang paling mencabar kala ladeni hidup sebagai ibu tunggal?
Ikhlas Nora katakan, mendepani pandangan masyarakat, itulah yang paling sukar, malah terkadang melukakan. Persepsi masyarakat sukar dijernihkan. Most people are judgemental but at different extents. Ramai orang suka menjadi hakim. Seolah-olah mereka sahaja yang maksum dan hidup kita di layar skrin telefon bimbit mereka ini tidak pernah membawa kebaikan, sebaliknya hanya bergelumang kotor dan dosa. Kerana inilah jalan hidup yang telah Nora pilih, maka Nora tidak boleh berpatah semula. Nora perlu kuat mengharunginya. Jika ada yang datang kepada Nora dan meminta nasihat, bagaimana meneruskan kelangsungan hidup sebagai ibu tunggal? Maka Nora akan kongsikan pengalaman Nora seadanya. Nora sentiasa positif. Nora ambil keputusan untuk menyuburkan silaturrahim dengan insan yang ada di sekeliling Nora. Nora eratkan ukhuwah dengan bekas mentua, dengan bekas suami, biar hati kita jernih dan bersih, tiada perasaan terpendam atau rasa yang tak lepas. Insya-Allah inilah kunci ketenangan, dan jawapan untuk hati terus redha jalani ujian-Nya.

*nora-maya.jpg
*Dapatkan mejalah InTrend Edisi September 2015 di pasaran 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Cerita Ayda Jebat Pernah Kemalangan Kerana Terlalu Tamak Kejar ‘Job’

  • Seterus →

    [ESKLUSIF] Pahit Manis Bergelar JANDA, Nora & Maya "Move On" Demi Mengejar Bahagia