Sep 05, 2017 - 74856
Oleh: Salina Ibrahim
KALA artikel ini menari-nari di papan kekunci, Noor Neelofa sudah terbang jauh ke kota Los Angeles dan New York menaiki kerusi kelas pertama Emirates. Di luar tingkap pesawatnya dapat dilihat langit nan biru berlalu damai.
Yes she is flying high, tiada siapa dapat sangkal lagi 2017 dalam genggaman erat wanita genit ini. Kali ketiga dia muncul jadi wajah sampul dambaan intrend sejajar sama tiga peringkat hidupnya yang berbeza. Kali pertama bertemu pada 2012 kala isu 'Valentine' melihat Neelofa masih mentah dan punya cita-cita melangit tinggi dalam dunia hiburan dan perniagaan.
Fast forward to 2014 satu transformasi terjadi apabila dara yang dahulu terkenal dek liuk lekuk tubuh seksi tampil berhijab pada sampul Oktober 2014 bertemakan 'The wedding queen'. Hangat jadi bualan waktu itu Neelofa disunting kerabat berprofil tinggi, namun Neelofa mengelak dan menafikannya secara berhemah dan regal.
Kini tahun 2017 selepas tiga bulan InTrend mengejar pihaknya. Akhirnya InTrend berjaya mengikatnya pada tanggal 20 Mei. We got her! Mengapa Noor Neelofa Mohd Noor jadi pujangga Ogos ini?
Kerana patriotnya dia menjulang nama negara amat membanggakan! 'Forbes 30 Under 30 Asia' dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani. Suri Hati Mr Pilot dan meletop di saluran Astro Ria menjadi medannya merapatkan jurang antara peminat dan bintang.
Gegar gempita #lofattah menjadi satu fenomena yang menggila lantas jadi kemudi kerjaya neelofa. Tepis ke tepi kisah cinta (atau tidak) sama mantan pelakon lelaki saingnya, cuma mereka yang tahu kebenarannya.
Drama rantaian ini kembali meletakkan namanya erat di bibir dan minda, next up is Red Velvet arahan Helena Datuk Fauzan yang pasti mencuri sayang penonton. Nah! masih ragu mengapa dia bintang pujangga pilihan InTrend untuk isu merdeka? Masih banyak bintang bisa digapai wanita ini, no drama!
Kongsikan mengenai perjalanan Neelofa dalam menghasilkan produk terkini, Maya Scarf?
Hasrat kami untuk keluarkan tudung motif cetak sudah lama. Suatu ketika, seakan-akan jadi musim banyak pihak mengeluarkan tudung motif cetak tetapi kami ketika itu memilih untuk tidak. Sebabnya, kami mahu dapatkan cara kami sendiri. Sekaranglah masanya, bersesuaian dengan musim panas dan selepas hari raya, maka kami rancang untuk mulakan projek skarf motif cetak Naelofar Hijab belum pernah ada produk satin.
Ini adalah satin pertama kami, dapat pula dengan material yang bagus, maka kami gabungkan terus satin dan motif cetak. Kami akan cuba untuk meneroka banyak lagi benda- benda baru. Ini adalah permulaan yang baik untuk kami.
Istimewanya Maya Scarf kerana ini adalah hijab satin yang pertama. Kelebihannya sudah tentu daripada segi material yang kami gunakan. Rekaannya daripada kami sendiri. Dan 1,000 helai kami ketepikan untuk ditatah Swarovski.
Daripada segi pemilihan nama, kami senaraipendekkan beberapa cadangan. Lofa mahu namakan Maya kerana nama itu adalah kelembutannya. Dari nama itu, kita dapat rasakan kewanitaan dan kelembutan sekali gus.
Yang membezakan Maya Scarf dengan produk hijab yang lain di pasaran?
Trend sekarang adalah bawal daripada fabrik kapas dan sifon baldu. Yang membezakan kami mungkin daripada satin segi empat dengan motif cetak yang berbeza daripada yang ada di pasaran.
Kami juga bekerjasama dengan Swarovski. Sebanyak 1,000 helai yang ditatah Swarovski ini hanya dijual di butik NH sahaja. Apabila kami mula mereka Maya, kami mahukan sesuatu yang kontemporari tapi ada elemen bunga-bungaan tropika. Kami cuba gabungkan kedua-duanya dan cuba lari daripada kebiasaan yang lebih kepada corak pastel.
Fabrik diimport dari Korea, Jepun dan China. Kami cuba kekalkan konsep edisi terhad, tidak mahu terlalu banyak pilihan. Tiada shawl, semua tudung segi empat. Lebih 10,000 helai sudah sedia memasuki pasaran. Biasanya setiap rekaan kumpulan pertama adalah antara 25,000 hingga 30,000 helai tapi yang ini hanya 10,000. Kali ini boleh dianggap sebagai jumlah percubaan.
Biasanya kami keluarkan rekaan baru tanpa majlis pelancaran (pelancaran Maya Scarf pada 18 Julai lalu), tapi kali ini (untuk Maya), kami mahukan sesuatu yang istimewa.
Ini adalah produk Naelofar Scarf, berlainan dengan Naelofar Hijab (NH) yang sedia ada. Sudah pasti akan ada banyak lagi rekaan. Kami sebenarnya cuba untuk lari daripada kebiasaan NH supaya orang dapat membezakan antara skarf dengan hijab.
Kenapa memilih motif cetak, satin dan sifon untuk produk kali ini?
Lofa bukan jenis orang yang suka tudung motif cetak. Lofa mahukan sesuatu yang Lofa sendiri boleh pakai. Biasanya pada hari biasa, Lofa guna tudung polos. Tapi Lofa fikir, ini permulaan bagus untuk Lofa mula meneroka hijab motif cetak. Lofa mahukan sesuatu yang istimewa, sebab itu Lofa keluarkan satin dahulu. Insya- Allah, akan usahakan yang lain selepas ini.
Ada pertimbangkan Naelofar Hijab untuk bekerjasama dengan pereka fesyen lain?
Mengapa tidak, itu idea yang baik.
Kongsikan tentang drama terbaru Red Velvet?
Sepatutnya Lofa sudah mula penggambaran pada 8 Julai lalu tapi disebabkan ada rombakan skrip, maka ASTRO harus lalui proses lain untuk kelulusan skrip. Jadi penggambarannya akan bermula 26 Julai. Drama ini akan ditayangkan pada 6 Oktober, untuk slot Mega Drama Astro.
Bakal bergandingan dengan Alif Satar, apa yang buat Lofa menerima tawaran drama Red Velvet?
Sebab Alif Satar! Sebelum Suri Hati Mr Pilot, Lofa menonton Alif Satar dalam Dia Semanis Honey. Lofa nak bekerjasama dengan Alif Satar kerana dia bagus, lakonannya natural dan Lofa mahu pengalaman lakonan bersamanya di set. Sejak di set Suri Hati Mr Pilot lagi, Lofa banyak tonton klip video lakonannya dalam Dia Semanis Honey di media sosial.
Itu yang buat Lofa teruja mahu bergandingan dengannya. Selepas setahun, harapan Lofa jadi kenyataan, Lofa dapat peluang. Ogos tahun lepas, Lofa masuk set Suri Hati Mr Pilot. Ogos tahun ini lebih kurang, Lofa masuk set Red Velvet.
Harapan Lofa terhadap drama terbaru ini, adakah akan jadi sehebat sambutan Suri Hati Mr Pilot?
Jujurnya ketika Suri Hati Mr Pilot, Lofa meletakkan zero expectation untuk drama itu tetapi begitulah Tuhan tetapkan. Dia beri rezeki dan drama itu jadi fenomena. Kali ini Lofa berharap orang tak bandingkan antara kedua- duanya.
Lofa berdoa dan ada harapan sendiri, lagi-lagi apabila diberi peluang berganding dengan Alif. Lofa kir untuk buat orang suka gandingan ini, mungkin ada peluang. Ya, Lofa harap orang suka kombinasi kami. Hanya untuk kembalikan seperti fenomena lepas, Lofa tidak ada jawapan. Itu bukan suatu yang mudah.
Tahniah! Neelofa kini jadi artis yang punya pengikut paling tinggi di Instagram dengan 4.9 juta pengikut. Komen?
Lofa tak upload apa-apa video atau ucapan terima kasih di Instagram. Pertama, Lofa tak mahu orang kir jumlah pengikut di Instagram itu jadi suatu pertandingan dalam kalangan artis. Lofa mahu ia sesuatu yang natural dan orang tak sedar. Sebenarnya Instagram itu adalah platform untuk Lofa.
Pertama, untuk akses kepada peminat. Kedua, untuk Lofa inspire and empower the people. Ketiga, untuk Lofa pasarkan jenama dan produk. Bukan nak tunjuk siapa lebih hebat. Instagram adalah platform yang bagus dan semua orang menggunakannya. Kapsyen Lofa adalah diri Lofa, bukan untuk buat orang suka Lofa dan apa-apa yang Lofa kongsi di Instagram, itulah Lofa.
Dengan peminat dan pengikut laman sosial yang ramai, tentu pelbagai komen yang Lofa terima. Bagaimana Lofa lihat, tapis dan kawal perkara ini?
Paling penting, mindset Lofa sendiri sama ada untuk terima apa-apa sahaja secara positif atau negatif. Bagi orang yang kenal diri sendiri, apa sahaja komen buruk orang lain tidak akan beri kesan kepadanya.
Lofa sekadar baca dan berlalu begitu saja. Tetapi jika berlarutan, Lofa akan ambil tindakan untuk padam supaya hal itu tidak berlarutan. Lofa tidak mahu orang gunakan hal itu untuk terus mengecam dan bergaduh. Kalau tak boleh kawal, Lofa fikir,Lofa kena tutup segala komen.
Neelofa seorang yang rajin baca komen-komen di Instagram?
Tidaklah terlalu rajin, tetapi sekali-sekala pasti akan ambil masa untuk baca dan filter through apa yang peminat dan followers Lofa komen. Cuba sedaya upaya untuk balas sebanyaknya.
Perkembangan menarik mengenai perjalanan Neelofa yang mahu dikongsi dengan pembaca?
Pada 24 Julai, Lofa ke Manila untuk menghadiri 'Forbes Asia Summit Under 30'. Lofa menjadi salah seorang panel yang bercakap mengenai Breaking Era of Women Stereotype; inti patinya menyentuh seputar isu wanita dahulu yang biasanya habis belajar, berumahtangga dan mereka memilih tinggal di rumah menjaga anak, tetapi wanita kini lebih kepada memberikan inspirasi, mahu buat sesuatu berbeza dan mahu berkerjaya.
Selepas dua hari di Manila, Lofa akan ke Los Angeles untuk penggambaran khas bersama Swarovski Worldwide. Dari sana, Lofa akan terus terbang ke New York untuk program kursus selama 16 hari.
Lofa diterima dalam program anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bersama sekumpulan anak muda seluruh dunia. Lofa berharap Lofa boleh memberi suatu inspirasi kepada anak-anak muda Malaysia dengan mengambil bahagian dalam program seumpama ini.
Sibuk benar jadual Lofa, selepas pulang masih terikat sama kerja?
Sekembali dari Amerika Syarikat, Lofa akan sambung semula penggambaran Red Velvet. Selepas itu, mungkin ada antara rakan media, yang akan ikut ke Milan untuk Koleksi Musim Bunga/ Panas di Milan. Di sana, Swasrovski akan tampilkan duta mereka bersama- sama Lofa juga, buat pertama kalinya.
Selepas Milan, Lofa akan balik sambung lagi penggambaran drama bersiri Red Velvet, kemudian akan ke Boston untuk 'Forbes Summit' sekali lagi. Selepas itu, Lofa akan ke Paris untuk suatu projek duta antarabangsa yang sangat-sangat menarik.Yang itu, Lofa akan kongsikan dengan anda nanti, tunggu! Tak sabar rasanya.
Putar semula kepada kembara ke Los Angeles, kedengaran menarik, bisa kongsi agenda di sana?
Tidak keterlaluan dikatakan, 2017 merupakan antara tahun yang amat sibuk bagi Lofa. Baik daripada lapangan seni mahupun perniagaan, Lofa seperti tidak mahu berhenti berehat. Oh! Bukan tak mahu berehat, tapi terlalu banyak yang berputar-putar dalam kiran Lofa.
Sepertinya terlalu banyak yang mahu dilaksanakan, terlalu banyak yang mahu direncanakan dan dilunaskan. Tetapi seperti terlalu sedikit masa yang ada dan tersisa untuk Lofa. Kalau anda berada di tempat Lofa, anda pasti faham perasaan (dan dilema) Lofa, percayalah.
Bayangkan saja, sejak melangkah ke tahun 2017, jadual kerja tahunan Lofa sudah hampir penuh terisi dengan pelbagai jenis aktiviti, baik untuk acara seni, hiburan, perniagaan, 'endorsement' dan bermacam lagi.
Terbaru, sebaik saja langsai dengan komitmen penggambaran sampul hadapan InTrend ini, Lofa terus terbang ke Los Angeles. Semuanya telah diatur dengan begitu rapat dan ketat sekali. Jujur, kesempatan untuk bekerja dengan satu team antarabangsa, satu pengalaman dan ruang pembelajaran yang amat mengujakan.
Untuk kempen jenama barangan kemas Swarovski yang dilangsungkan dalam remang cahaya mentari Malibu, Lofa dapat melihat sendiri secara 'personal', bagaimana sebuah produksi profesional yang biasa menghasilkan imejan-imejan yang majestik untuk kempen-kempen berskala mega, saling bekerja secara profesional. Namun mereka sangat toleran, sangat 'menjaga' dan dalam masa yang sama tertiup sekali 'ambience' kerja yang amat mesra dan menyelesakan.
Lofa gembira, walau Lofa 'sangat berbeza' daripada kelompok majoriti di sana -- berhijab apatah lagi -- mereka tidak memandangnya sebagai satu garis pemisah. Ya, inilah yang kita katakan sebagai 'empowerment' seorang wanita Islam.
Agamanya, prinsipnya, pendiriannya, budi pekertinya, syahadatnya, auratnya -- tetap dihormati dan disegani tak kira walau di ceruk dunia mana pun dia berada.
Bilakah masanya Lofa akan berhenti putar dunia? Tak penatkah turun-naik kapal terbang dan meninggalkan apa yang telah Lofa miliki di Kuala Lumpur?
Penat? Oh sangat! Rasa “jetlag” kadang-kadang tak sempat hilang dan Lofa terpaksa kemas semula bagasi, lontarkan baju terpakai daripada 'trip' sebelumnya lalu pilih semula baju apa yang mahu dibawa ke jelajah seterusnya.
Tapi ya, inilah kehidupan yang telah Lofa pilih. Kepada InTrenders muda di luar sana, bangunlah. Lofa pernah jatuh dan luka. Namun Lofa pilih untuk rawat diri, pulih segera dan terbang tinggi!