Aug 03, 2016 - 5489
Oleh: Salina Ibrahim
Sumber:
Diana hamil kali pertama pada umur 21 tahun, usia yang agak muda. Boleh kongsikan pengalaman itu?
Ya, pengalaman pertama itu sangat mengujakan. Setiap satu perubahan pada tubuh bagaikan letusan kegembiraan dan kejutan, tetapi pada masa sama, rasa gementar kerana semua orang kata, beranak itu sakit. Cuma ada satu perkara yang mereka tak beritahu, bagaimana keadaan selepas mengandung (melahirkan), yang rupa-rupanya lebih sukar daripada mengandung.
Saya mungkin lebih beruntung berbanding ibu-ibu yang lain, kerana saya tidak alami morning sickness. Disebabkan saya tinggal di Australia, saya berpeluang aktif, banyak berenang, melakukan yoga dan berjalan kali. Bagi saya, kehamilan pertama itu sangat positif.
Untuk kedua-dua kelahiran, saya gunakan kaedah water birth. Selepas pengalaman pertama, saya tak mahu guna kaedah lain, selain water birth. Ia lebih natural kerana saya tak perlukan pain killer. Ia hanya antara saya dengan tubuh saya. Campur tangan doktor sangat minimum. Jika bersalin dengan kaedah biasa, kita bergantung kepada doktor apa yang perlu dilakukan. Tetapi melalui natural water birth, kita hanya perlu ‘dengar’ pada tubuh sendiri dan doktor akan membantu kita untuk relaks. Pengalaman ini agak adventure pada saya, ibarat mendaki Gunung Everest (ketawa).
Sumber:
Sumber: http://hobbsphotography.ca/botanical-milk-soak/
Siapa yang cadangkan kaedah water birth itu?
Saya mengkaji statistik tentang kelahiran. Separuh wanita menggunakan cesarean, mungkin mereka ada alasan mereka sendiri. Tapi mungkin juga mereka dipengaruhi oleh faktor itu. Saya mahu kaedah water birth kerana ia tak bergantung kepada ubat sepenuhnya. Ia harus dilakukan secara natural. Saya tak mahu ubat, saya tak ready untuk itu. Cuma saya fikir, saya harus bersedia secara mental apa saja yang datang.
Sumber:
Sumber:
Apa yang terlintas di minda ketika pertama kali melihat Muhammad selepas dia lahir?
Masya-Allah, terasa ajaibnya, bagaimana saya boleh membawanya dalam tubuh saya selama ini. Saya sebenarnya lebih teruja nak tengok mukanya tapi… “Alamak, kenapa muka macam Cina?” (ketawa). Secara peribadi, saya rasa dia banyak ikut muka Farid.
Sumber:
Muhammad lebih banyak mengikut sikap perangai siapa?
Lebih banyak kepada Farid. Dia sangat aktif, sama seperti bapanya yang tak reti penat. Dia suka cakap Melayu, lebih selesa cakap Melayu daripada Bahasa Inggeris. Memang banyak pengaruh bapanya. Pengaruh saya ada juga tapi lebih Farid, kot!
Sumber:
Sepanjang tiga tahun membesarkan Muhammad, bagaimana Diana tengok dia? Anak yang mudah dijaga, mahukan perhatian atau bagaimana?
Bagi dia, semuanya, “Ibu, ibu, ibu.” Saya tak anggap dia sukar dijaga tetapi sepanjang tiga tahun ini, saya berikan 100 peratus perhatian untuknya. Sepanjang tempoh itu, saya pun tak bekerja sangat. Kalau nak kerja, saya tak ambil job yang memerlukan masa panjang. Setahun pertama saya menjaganya seorang tanpa pembantu, oleh itu, wujud bonding yang kuat sehingga sekarang. We have a strong bond. Dia bukan jenis budak yang suka duduk diam di rumah. Saya perlu rancang aktiviti untuknya. Kalau tidak, dia akan a little bit reckless dan masa itu, susah nak mengawalnya.
Tapi pada masa sama, Muhammad adalah loving and caring boy. Kalau saya sedih, dia akan pujuk, “Everything is gonna be okay…” padahal dia tak faham apa pun yang dia cakap!
Sumber:
Falsafah Diana dalam membesarkan serta mendisiplinkan anak?
Bercampur-campur, tidak terikat pada satu sahaja. Bagi saya, yang penting adalah apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. Kadangkala ibu bapa tak mahu anak-anak meniru mereka tapi sebenarnya itulah yang anak akan buat. Mereka akan tiru ibu bapa mereka. Apa yang kita cakap, dia ikut. Kalau kita buat, mereka akan ikut. Ibu bapa jadi role model.
Sumber:
Pendekatan anda dan suami dalam mendidik anak? Mungkin banyak membaca dan ubah suai ikut gaya sendiri?
Ya, saya memang banyak membaca untuk tahu psikologi dan apa yang mereka fikir. Dahulu emak saya sangat tegas dan protective. Saya juga begitu terhadap Muhamad. Saya boleh jadi terlalu tegas kadangkala. Sebab itu, saya perlu selalu ingatkan diri – kerana kadangkala Muhammad macam budak lima tahun – jadi saya kena ingat bahawa umurnya baru tiga tahun, banyak benda dia belum faham dan saya mesti pertimbangkan perasaannnya.
Tapi saya juga kena mendisiplinkan dia. Farid pula lebih kepada the fun one. Emak Farid seorang yang lembut dan bertimbang rasa, maka Farid juga begitu. Kalau dia marah anak, dia yang menangis dahulu dan peluk anak. Farid memang tak boleh naik angin dengan anak.
Sumber:
Sumber:
Diana lebih dominan?
I’m the police and he is like the fun dad. Muhamad akan main dengan dia, buat aktiviti dengan dia. Sementara saya, “No, no, no!” Saya fikir itu normal, ibu selalu jadi polis, sementara bapa lebih menyeronokkan. Farid tak banyak masa di rumah, sebab itu kalau dia balik, kita tak mahu tengok dia marah-marah.
Jika Muhammad buat salah, apa tindakan Diana? Leter dan pukul, mana lebih pantas?
Bergantung kepada keadaan. Mungkin tak cukup dengan kata no, tapi kena buat dia faham. Dia suka pegang suis elekrik, saya akan tampar tangannya, sebagai ingatan itu ada kaitan dengan kesakitan. Kalau 10 kali pegang, 10 kalilah dia kena. Jentik, cubit, semua dia kena. Maklumlah anak lelaki, aktif, kalau dia nak lintas jalan, dia tak peduli bahaya. Perkara yang membahayakan, saya memang tak bagi peluang, saya akan pukul supaya dia ingat. Kalau sekadar benda biasa seperti berebut iPad, cukuplah dengan amaran.
Masih ingat perkataan pertama yang disebutnya?
Babah. Mungkin kata Ibu itu agak sukar nak sebut. Itu yang dapat Babah dahulu.
Sumber:
Apa yang seronoknya jadi ibu?
Tengok mereka membesar. Melihat perubahan yang berbeza pada mereka. Ada ekspresi tertentu yang mereka dapat daripada kita. Ada perkataan tertentu yang mereka belajar daripada kita. Semua itu seronok.
Cabaran Diana sebagai ibu muda? Mungkin banyak yang Diana korbankan apabila bergelar ibu?
Sebagai orang muda, kita sangat bersemangat tapi tak tahu nak kawal mood, malah tak faham diri sepenuhnya. Saya jenis ‘kaki keluar’, suka keluar dan seronok berjumpa kawan-kawan. Apabila ada komitmen dengan famili, hati jadi berbelah bahagi. Saya tak mahu hilang keremajaan saya tapi saya juga tak mahu jauh daripada anak. Saya juga ada impian dan mahu mengejar impian yang belum tercapai. Rasa sedikit terbantut di situ sebab tak boleh buat semua benda. Kadangkala burnt out sebab tak boleh uruskan masa. Ini bukan sebab anak tapi sebab diri saya sendiri.
Ada momen yang Diana rindukan, yang zaman bujang dahulu selalu dibuat tapi terpaksa kurangkan atau langsung tak buat sekarang?
Saya terpaksa menolak tawaran buat movie, telemovie, siri TV, banyaklah, bukan sebab saya tak boleh buat tetapi sebab saya memilih untuk menjadi ibu di rumah. Saya workaholic yang bekerja 24/7, malah kawan-kawan nak berjumpa pun susah kerana saya gila bekerja. Saya suka bekerja kerana itu suatu pencapaian. Suatu perasaan yang bagus apabila dapat bekerja. Sekarang apabila duduk di rumah, rasa mati kutu juga. Keadaan terasa begitu berubah, sebelum ini saya hanya dengan kerja saya sahaja tapi sekarang, “Aik, tak boleh keluar? Kena duduk rumah?” (ketawa)
Rasa terkongkong?
Saya pernah rasa begitu ketika setahun pertama selepas kelahiran Muhammad. Saya mungkin alami 1st time mum syndrome. Terasa kebebasan diragut (ketawa). Rasa sudah tak kenal diri, apabila pandang diri dalam cermin, saya tanya diri, “You siapa?” Dengan rambut tak macam rambut, dengan muka tak macam manusia, ia semacam love hate relationship. Saya sayang sangat apa yang saya ada tetapi terasa hidup begitu sukar.
Sebagai seorang ibu, apakah perkara yang Diana akan lakukan dengan cara berbeza, kalau diberi peluang buatnya sekali lagi?
Saya patut lebih relaks dan bertenang. Kalau Aurora menangis, saya tak terus mengangkatnya, saya harus tahu mengapa dia menangis, tangisan itu tangisan penat atau apa… saya patut boleh membezakan makna tangisan itu. Selain itu, tak terlalu tegas. Kalau dulu, saya tetapkan anak mesti tidur setiap 30 minit, sebab Internet ‘cakap’ setiap 30 minit kena tidur (ketawa). Ya, Google kawan saya, kalau ada masalah, saya terus Google!
Selain Google, siapa lagi rujukan anda?
Emak saya dan emak Farid. Kadangkala mereka beritahu berbeza, emak saya cakap lain, emak Farid beritahu lain, lepas tu Google pula cakap lain. Jadi saya kena cari sendiri, trial and error. Untuk anak pertama, memang banyaklah yang saya buat.
Sumber:
Kongsikan cerita guess what my kid did funny?
Saya tak ingat. Memang banyak kerana Muhammad memang funny guy. Pernah sekali dia keluar dengan Opahnya. Dia nampak sebuah kereta Ferrari cantik. Katanya, Muhammad akan belikan untuk Opah. Opahnya balas, terima kasih. Katanya lagi, “Tak payah ucap terima kasih. Kalau Muhammad ada duit, Muhammad beli untuk Opah.”
Wow, terasa dia macam orang tua-tua sangat. Pandai dia ambil hati Opahnya!
Bagaimana pula hubungan Muhammad dengan adiknya, Nur Aurora? Sukarkah terima kehadiran adiknya?
Dia sangat bersedia, 100 peratus bersedia. Sebelum adiknya lahir, dia sudah gelarkan dirinya abang. Cuma dia kasar, berlawak dengan adiknya sangat kasar. Saya tak berani dekat-dekatkan mereka, sebab Muhammad belum faham bahawa dia kuat. Takut juga kalau-kalau Aurora jadi mangsa penderaannya.
Sumber:
Ketika kanak-kanak dahulu, Diana pernah bayangkan anda akan jadi ibu yang bagaimana?
Oh, ada! Saya pernah cakap, saya takkan marah anak saya, takkan cubit anak atau apa-apa yang mama saya buat yang saya tak suka, saya tak akan buat. Mama kejam, itulah inilah… faham sahajalah budak-budak ketika itu. Sekarang saya faham. Kadangkala hati ni memang tak tahan, geram sahaja tengok telatah anak!
Perangai kelakar atau pelik Muhammad?
Dia terlalu gilakan motosikal. Mungkin sebab Farid juga mat motor. Apabila pergi kedai mamak, kalau ada 10 motosikal di ruang parkir depan kedai, dia nak cuba naik satu persatu. Apa yang bapanya suka, dia suka.
Sumber:
Kemahiran yang anda peroleh selepas bergelar ibu?
Saya sudah master dalam bab bangun malam. Sebelum ini kalau orang kejutkan, memang kena baling bantallah. Tetapi sekarang dengan Muhamad, dia akan berjaga 10 kali dalam satu malam, dan 10 kali juga saya mesti bangun. Saya mudah terjaga dan mudah tidur juga, tutup mata, tak perlu fikir apa-apa, terus lena. Saya harus latih diri begitu, saya tak ada masa nak berfikir atau ambil mood, sebab 20 minit kemudian, Muhammad akan bangun lagi. Itu pun satu cabaran juga. Dia akan terjaga setiap 20 minit atau setiap satu jam, mungkin untuk pastikan ibu bapa ada bersamanya. Sekarang sudah kurang sedikit berjaga, mungkin sekali atau dua sahaja.
Sumber:
Diana antara celebrity mummy yang rajin muat naik gambar anak di media sosial. Malah Muhammad dan Aurora juga ada Instagram masing-masing. Tidakkah terkesan dengan kata-kata orang, kononnya sengaja hendak menunjuk-nunjuk anak?
Mengapa tidak, saya memang gila glamor sangat (ketawa). Begini, masing-masing ada cara sendiri. Ada orang tak mahu kongsi, ada orang tak kisah nak upload 100 gambar sekali. Pada saya dan Farid – walaupun Farid suka buat hal sendiri dan tak aktif di media sosial – tapi dalam hal melibatkan anak, dia yang beria-ia, “Buatlah akaun untuk Aurora.”
Kami ikhlas nak kongsi sisi kehidupan ini dengan peminat. Mereka beri sokongan besar kepada karier dan rumah tangga kami. Bagus juga kalau dapat kongsi dan mereka juga suka. Kalau orang tak suka, lama-lama kami akan dapat mesej, tapi peminat apabila bertemu saya, jika tiada bersama Muhammad, akan bertanya, “Mana Che Mad?"
Sumber:
Suatu penghormatan apabila orang suka anak kita. Siapa tak suka kalau orang sayang anak kita? Saya juga fikir pada masa depan, IG akan boleh jadi stepping stone untuk sesuatu yang lain, apabila dia ada profil sendiri, itu dapat menghimbau kembali zaman kecilnya. IG itu seperti open public diary untuk Muhammad. Apa pun seperti saya katakan tadi, setiap orang ada cara masing-masing. Sama ada nak kongsi gambar anak dalam IG atau tak, kita tak patut beritahu apa ibu bapa patut buat. Bagi selebriti pula, kalau tunjuk gambar anak, orang kutuk, tak tunjuk pun orang kutuk juga. Sebenarnya ini bukan satu isu.
Sumber:
Apa pesanan Diana untuk bakal-bakal ibu?
Untuk kawan-kawan yang pertama kali hamil, saya selalu beritahu mereka supaya bersedia mental dan emosi. Dahulu tak ada orang beritahu saya, saya tak dapat tidur lena selama setahun dua. Setahun dua pertama, akan ada big boss yang panggil kita tanpa berikan kita sebarang bayaran! Bersedia untuk sibuk dengan baby. Tetapi cari masa untuk bersama dengan pasangan juga. Walaupun sibuk dengan anak tapi jangan lupa suami, kasihan dia!
Sebagai anak tunggal, ada kenangan tertentu dengan emak Diana?
Sesuatu yang baik, sebab saya sangat berdikari dalam umur muda berbanding anak saya. Pada masa sama, saya lihat kekuatan wanita mengendalikan rumah, karier dan menjaga saya. Saya sangat-sangat menghargai itu. Itu kekuatan wanita, dia pikul tanggungjawab macam tak ada apa-apa tapi dia sahaja yang tahu apa yang dia lalui. Mama tak suka kongsi kalau dia susah. Dia ajar saya berdikari dan jangan bergantung kepada sesiapa pun. Malah Farid juga cakap beberapa kali, dia kata saya mampu kendalikan semua. Saya bangga kerana Farid boleh nampak hal itu. Kami mampu buat banyak benda, kami boleh menyumbang kepada masyarakat juga. Itu suatu yang bagus supaya anak-anak juga boleh belajar.
Sumber: