Dec 12, 2014 - 6

Joshua Fitton, Reka Baju Ulang Tahun Intrend Ke-9

Punya latar belakang dalam bidang seni bina memberinya satu kelebihan untuk mencuba bakat dalam industri fesyen dengan mengasaskan label streetwear, Tempatan.

Walaupun dilahirkan di England, pengasas Tempatan, Joshua Fitton dibesarkan di Melaka sejak usia empat tahun. Punya latar belakang dalam bidang seni bina memberinya satu kelebihan untuk mencuba bakat dalam industri fesyen dengan mengasaskan label streetwear, Tempatan. Dia yang kini berusia 27, bertekad dalam usaha mengangakat karya warisan negara ke persada lebih tinggi. Jikalau impian diiringi dengan usaha, sudah pasti ia akan menjadi kenyataan.
121w312w3.jpgKongsi sama pembaca InTrend apakah itu Tempatan?
Secara lisannya tempatan membawa maksud sesuatu yang local, oleh itu muncul label Tempatan yang 100 peratus produk dan pembuatannya dilakukan di Malaysia oleh rakyat Malaysia sendiri. Setiap satu hasil rekaan Tempatan berkait rapat dengan budaya, salasilah dan sejarah bangsa yang mungkin dilupakan lantas ia bisa menjadi peringatan dalam menghidupkan semula memori dan nostalgia yang kita semua alami sejak di bangku sekolah lagi.

‘Signature’ rekaan Tempatan?
Tempatan ditubuhkan dalam usaha mengembalikan warisan budaya dan mengetengahkan seni negara yang kaya.Sewaktu kecil, sering melihat ibu serta nenek kita memakai kain batik. Memori itu boleh diteruskan oleh anak muda kini dengan menyuntiknya ke pakaian harian seperti kemeja-T. Elemen tempatan seperti batik dan sutera China boleh dilihat dalam semua rekaan kemeja-T signature label Tempatan.
picture-sadadada.jpg
Idea dan inspirasi di balik kemeja-T ulang tahun InTrend ke-9?
Mula dihasilkan oleh Les (Art)ists, sebuah label asalan Perancis yang pertama sekali mempopularkan kemeja-T dengan nama dan tahun kelahiran bikin statement seperti Tisci, Wang, Margiela dan Kawakubo. Nombor sembilan pada rekaan belakang kemeja-T tentu sekali untuk meraikan ulang tahun InTrend, tetapi menggunakan batik cara Tempatan. Untuk rekaan kemeja-T kedua, bunga raya menjadi pilihan kerana bagi saya, ia mempunyai aura tersendiri cukup sesuai untuk meraikan sesuatu yang istimewa. Lagipun, bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia bukan?

Ada perancangan untuk mengembangkan Tempatan?
Perancangan itu memang ada. Kini Tempatan hanya tertumpu pada pembikinan kemeja-T bergrafik. Tidak lama lagi, kami akan mula menghasilkan rekaan jaket dan hoodies biar lengkapi label streetwear ini.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: