Sep 02, 2015 - 1

[VIDEO] Esklusif temu bual anak TPM Dato' Nurul Hidayah

Teks : Nurul Huda hujung minggu pula jika ada masa terluang saya akan turun menjalani latihan askar Wataniah...

Nurulhidayah-2.jpg
Terpulang kepada tanggungjawab dan kebijaksanaan menguruskan masa. Saya meminati ketiga-tiga bidang yang saya ceburi kini. Sepanjang hari bekerja saya akan fokus pada tugasan di pejabat dan hujung minggu pula jika ada masa terluang saya akan turun menjalani latihan askar Wataniah. Manakala bisnes pula saya tumpukan selepas waktu pejabat. Saya akui penat dan agak terkejar-kejar namun semuanya dilakukan demi kesungguhan dan minat. Biarpun sudah berkeluarga, namun komitmen terhadap ketiga-tiga cabang kerjaya ini tetap saya tumpukan.


Dan jika boleh saya kongsikan, ada kaitannya antara ketiga-tiga bidang ini dalam memastikan kelangsungan hidup saya. Dalam askar Wataniah misalnya, ia mengajar mengenai disipilin dan jati diri. Memenuhi tuntutan tugas di pejabat memerlukan disipilin dan ketekunan. Malah saya melihat kedua-dua bidang ini mengajar mengenai erti survival selain mencabar mental dan emosi. Bidang perniagaan pula mendidik saya agar bijak merancang dan mempunyai pelan susulan bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik.


Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.