Jan 07, 2016 - 4

[BERITA FESYEN] Terkini! Yuna lancarkan koleksi baru ‘November Culture’

Setelah mencipta nama di persada industri muzik luar negara, kini Yuna kembali dengan sesuatu...

  Setelah mencipta nama di persada industri muzik luar negara, kini Yuna kembali dengan sesuatu produk yang pasti menarik perhatian buat penggemar fesyen. Baru-baru ini, Yuna telah melancarkan koleksi terbaru iaitu November Culture yang diasakan oleh Yuna sendiri.  Yuna telah memuat naik gambar koleksi November Culture di laman Instagram miliknya dengan caption ‘Happy New year!
Excited with the new looks for @novemberculture's 2016 Easy Living collection. Cool casual comfy clothes to live in, this year’.

Koleksi ini pasti memberi keselesaan serta ia boleh di versatil dengan apa-apa jua gaya. Malah harga bagi koleksi ini sangat berpatutan bermula dari RM79. Koleksi ini juga sudah dijual di laman web novemberculture.com pada awal Januari 2016. Anda juga boleh beli secara online di novemberculture.com dan kedai November Culture (dikenali dahulu sebagai IAMJETFUELSHOP) di SS15 Subang Jaya. 

Kredit gambar : Lookbook novemberculture.com

yuna-1.jpgYuna-2.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.