Oct 23, 2014 - 2

"will you marry me?" Makna Sebentuk Cincin

Tahu kah anda, bentuk cincin juga miliki makna tersendiri dalam melambangkan personaliti seseorang?

 

Cincin sememangnya satu item penting ketika majlis perkahwinan. Tidak kira bangsa mahupun budaya cincin pasti menjadi satu lambang dikatakan kasih mesra sesebuah pasangan. Tahu kah anda, bentuk cincin juga miliki makna tersendiri dalam melambangkan personaliti seseorang?

 

Motif flora

Pasti ramai gadis yang gemar dengan motif flora. Gaya ini begitu sinonim dengan peribadi seorang gadis. Masakan tidak, bunga juga merupakan lambang kasih cinta suci. Personaliti gadis yang gemar motif flora ini mencerminkan sifat penyayang. Mereka juga bersifat sensitif dan mudah tersentuh dengan gurauan yang melampau. Malah apa yang paling penting adalah aura “ratu” mampu terserlah.

 

Berlian besar

Berlian adalah penyeri kepada sebentuk cincin. Malah jika tiada kilauan nya, tidak seri sebentuk cincin itu. Begitulah perumpamaan bagi personaliti mereka yang miliki cincin berlian besar. Cukup menyerlah dengan kilauan nya. Jika di kenali dengan lebih dekat personaliti nya cukup berani dan berpendirian teguh. bersifat terbuka dan suka dengan memberi idea yang baru dari pelbagai aspek dan kadang kala miliki sifat kedekut untuk berkongsi hak miliknya sendiri.

Kerawang indah

Seleksi sebuah cincin yang cantik juga boleh di lihat daripada ukiran serta lenturan kerawang indah yang terbentuk di cincin. Setiap pergerakan yang timbul sememangnya memberi seribu makna. Boleh di katakan golongan yang gemar cincin motif kerawang ini adalah mereka yang menggemari “seni”. Cita rasa yang luar biasa dan suka dengan cabaran dalam hidup. Kadang kala, lebih suka bersendiri dan miliki satu sifat ikonik yang tinggi

Berlian kecil

Boleh di katakan ramai juga wanita menggunakan cincin berlian kecil. “les is more” kebanyakan daripada mereka ini gemar mencari teman baru. “ berkawan biar seribu, bercinta biar satu”. Pepatah itu paling sesuai untuk mereka dalam golongan ini. Bersifat ceria dan sentiasa positif. Malah miliki satu sifat yang mudah mempercayai. Tetapi awas! Jika sekali membuat onar kepada golongan ini pasti akan di benci sampai bila-bila.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: