Sep 29, 2015 - 3

[FILEM] Polis Evo filem tempatan paling hangat tahun 2015

Tidak jangka filem Polis Evo menjadi filem paling hangat di pawagam, apabila mencatat kutipan yang sangat memberangsangkan daripada peminat filem di Malaysia...

  
 Tahniah filem Polis Evo menjadi filem paling hangat di pawagam, apabila mencatat kutipan yang sangat memberangsangkan daripada peminat filem di Malaysia.
Polis Evo berjaya mengaut kutipan melebihi RM 8 juta dalam masa 11 hari tayangan di pawagam. Ini menjadikan Polis Evo antara filem tempatan paling laris tahun 2015 setakat ini. Reaksi positif peminat yang menonton sejak 17 September 2015 lalu serta promosi yang giat dijalankan dapat menarik minat ramai lagi khalayak untuk menonton filem Polis Evo. Tahniah kepada pasukan Polis Evo! 

Polis-Evo-3.jpg

Polis-Evo-2-(1).jpg


Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  PolisEvo