Oct 07, 2014 - 3

Lisa Surihani Cantik & Berakal

istimewanya dia, tidak hanya cantik dan bijak, Lisa juga sentiasa sudi turun padang, punya budi yang luhur, sentiasa senang menghulur tangan, menabur keringat membantu insan-insan memerlukan.

Lisa-surihani-intrend-sada-3.jpg
Ketika temu bual ini diadakan, umat Islam baru mula berpuasa. Seperti umat Islam lainnya, Lisa mahu lebih fokus pada ibadah yang hanya setahun sekali mengunjungi. Dia sedaya mungkin menolak sebarang kerja lokasi. Lisa cuma sibuk dengan beberapa kerja amal yang turut dilakukan bersama selebriti lain. Di sini, istimewanya dia, tidak hanya cantik dan bijak, Lisa juga sentiasa sudi turun padang, punya budi yang luhur, sentiasa senang menghulur tangan, menabur keringat membantu insan-insan memerlukan.

Lisa-surihani-intrend-sada-2.jpg
Lisa antara selebriti yang ‘mewah’ dengan tawaran sebagai jurucakap produk, apakah rahsia Lisa sehingga mampu menjadi ‘pelaris’ sesuatu jenama itu?
Saya bukan sebarangan akan berkata ya untuk setiap tawaran yang datang. Ada sesetengah produk saya tolak kerana tidak dekat dengan diri saya, dan saya juga tidak selesa untuk mewakilinya. Jujurnya, saya hanya akan menerima tawaran yang benar-benar saya suka dan gunakan. Berkaitan dengan harga, bagi saya ia bukanlah perletakan nilai seseorang artis itu tetapi harga itu dibayar berlandaskan apa komitmen dan tugasan yang harus kita pikul sepanjang menjadi jurucakap kepada sesuatu produk kecantikan tersebut. Paling penting, sebagai duta, kita haruslah menjaga imej diri yang bersih.
 
Apa istimewanya THE BODY SHOP yang buat Lisa kata ya?
Lisa dah lama kenal jenama THE BODY SHOP, sejak di bangku sekolah lagi. Masih ingat, produk popularnya waktu itu, wangian bebola yang menjadi kegemaran Lisa. Sebelum dipilih sebagai duta lagi, Lisa memang pengguna produk THE BODY SHOP. Lisa mula jatuh cinta apabila satu ketika Lisa mengunjungi butiknya di Mid Valley. Sambil-sambil memilih barang, terlihat video yang ditayangkan di situ tentang kempen ‘Go Green’ yang menyentuh hati Lisa. Lisa juga suka dengan pendekatan terapi THE BODY SHOP yang melayan penggunanya secara jujur tanpa diasak dengan niat menjual produk sematamata. Kalau kulit kita tidak perlukan sesuatu produk itu, mereka akan kata tidak perlu untuk beli. Kejujuran itu yang perlu ada untuk sebuah jenama kecantikan.
 
Rawatan cantik keutamaan Lisa selain penjagaan kulit?
Oh, Lisa ada juga melakukan facial tetapi tidak punya waktu yang tetap. Apabila rasa nak dimanjakan, pergilah. Lisa dan Yusry juga suka berurut di spa. Lisa suka Swedish massage, Yusry pilih Balinese. Daripada segi pemakanan, Lisa pastikan Lisa makan sepinggan lengkap. Mesti ada sedikit sahaja nasi, di samping separuh pinggan sayur dan suku pinggan untuk sumber protein. Lisa amalkan minum banyak air dan memang kawal pengambilan garam. Dari dulu pun, Lisa memang tidak suka makanan yang masin. Kita perlu tahu, apa yang kita makan, itulah diri kita.
 
Siapa ikon cantik Lisa?
Kalau tempatan, Lisa suka Nurul Shuhada sebab dia cantik sangat.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.