Apr 15, 2015 - 3

Lee Kwang Soo Gembira Bertemu Peminat Di Malaysia

Saya berharap semua orang dapat menikmati ganjaran yang paling menarik melalui LINE Mileage

LINE, peneraju platform kehidupan di dunia, secara rasmi melancarkan program ganjarannya, LINE Mileage, hanya untuk semua rakyat Malaysia.
LINE-Mileage_IMG002.jpg
Sempena pelancaran itu, LINE memperkenalkan selebriti popular Korea, Lee Kwang Soo sebagai wajah LINE Mileage di Malaysia. Rakyat Malaysia akan dapat melihat Lee Kwang Soo dan aksi-aksi kelakar beliau dalam siri TVCs yang akan melanda Malaysia. Sebagai bonus tambahan, LINE akan berkongsi klip video disebalik tabir Lee Kwang Soo yang sangat lucu.

"Saya gembira dapat bertemu dengan peminat saya di Malaysia melalui peluang dengan LINE Malaysia ini. Saya berharap semua orang dapat menikmati ganjaran yang paling menarik melalui LINE Mileage semasa berbual dengan LINE!" kata Lee Kwang Soo

Patricia Yeoh, Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia juga menyatakan, "Kami benar-benar berterima kasih atas sokongan hangat yang diterima di Malaysia dan kami mengambil keputusan untuk melancarkan LINE Mileage kepada semua pengguna kami di Malaysia. Kami juga amat teruja mempunyai seorang selebriti yang disayangi di Malaysia, Lee Kwang Soo, sebagai muka LINE Mileage."

Berikut adalah cara untuk mengambil bahagian dalam LINE Mileage dan mendapatkan mata untuk ganjaran:

Langkah 1:           Hantar satu mesej LINE kepada rakan anda untuk menerima 1 Friendship Point. (1 LINE Mesej = 1 Friendship Point) *Termasuk Terma & Syarat
Langkah 2:           Masukkan nombor akaun BCARD anda dalam papan pemuka LINE Mileage di bawah "My BCARD". BCARD boleh didapati tanpa sebarang kos di Starbucks, Chatime, Caltex, Cosway dan di beberapa outlet lain. (Lihat senarai penuh lokasi di http://r.line.me/lMzz)
Langkah 3:           Apabila anda mengumpul 1,000 Friendship Point, pindahkannya ke BCARD anda untuk menerima 1,000 Mata BCARD bernilai RM10.
Langkah 4:           Tebus Mata BCARD anda dan nikmatilah ganjaran dari pelbagai jenama!
(Lihat senarai penuh jenama di http://r.line.me/lMzz)

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: