Sep 24, 2014 - 4

Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Sebuah muzikal yang menggabungkan 20 lagu hits ikon muzik tanah air ini akan dipentaskan di Istana Budaya

chowkitroad_main.jpg
Buat peminat seniman Dato’ Sudirman Hj Arshad ada sesuatu yang hebat menanti anda April ini. Sebuah muzikal yang menggabungkan 20 lagu hits ikon muzik tanah air ini akan dipentaskan di Istana Budaya hasil kolaborasi Masakini Theatre Company bersama Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan. Diserikan barisan pengiat seni seperti Anding, Adibah Noor, Tony Eusoff, Shanti Venugopal, Juniji Delfino dan Nadia Aqilah dan ramai lagi. Mengisahkan kehidupan seorang lelaki di Chow Kit yang serba kekurangan, terikat dengan sosialit sombong untuk mengubah diri menjadi seorang budiman. Peminat boleh berdansa sambil mengimbau memori diiringan lagu evergreen seperti Pesta Dunia, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Langit Petang dan banyak lagi. Tiket boleh didapati di kaunter Istana Budaya atau layari www.masakinitheatre.com.my untuk maklumat lanjut.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.