May 05, 2015 - 2

Nasihat Ziana Zain Agar Sentiasa Belajarlah Bersyukur Dan Bersujud Kepadanya.


Kiriman berikutnya daripada Alin buat kami teruja dan seronok. Mengapa Ziana Zain kalian soalkan? Mengapa tidak? Pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia hiburan sudah meletaknya tinggi dalam carta mereka yang harus disegani dan diberi pengiktirafan setarafnya.

“Ziana tidak pernah mengharap ataupun terlalu meletak tinggi akan pujian, tetapi kalau diberi, mengapa mahu menolak bukan?” Perbualan kami terhenti seketika kala telefon bimbit Ziana berdering, panggilan daripada Aiman, anak sulungnya yang menuntut di sekolah agama di Sabak Bernam, mendengar mereka berbual cukup mesra, “Aiman memang manja dengan Ziana, dan seringkali menasihatkan agar persalinan dijaga rapi supaya sentiasa menutup aurat, bertudung kemas dan masih kelihatan bergaya. Walaupun sudah remaja dan tinggi lampai, Aiman tidak betah menelefon Ziana setiap hari just to chat, bertuah sungguh Ziana punya anak-anak yang soleh,” ujarnya. Ziana juga bertuah kerana punya suami yang sentiasa memberi sokongan dan memahami kerjayanya, waktu berjauhan sering kali diwarnai sama panggilan dan kiriman teks. “Kini Ziana jarang berjauhan dari keluarga, namun sekiranya ada jemputan di luar kota atau di kota sekalipun, Ziana prefer untuk hadir di lokasi awal sehari, this is when I checked in hotel untuk benar-benar berehat, buat rehearsal dan fokus pada tugasan yang diberi.”
Zianacaqwcw.jpg
Kredibiliti yang diberi setiap kali menyudahkan tugasan antara sebab utama Ziana berada pada tahap hari ini. Pagi itu, Ziana hadir di studio ditemani Azlin, disambut Khir Khalid yang gemar kami padankan to work his magic on Ziana. Julung kalinya InTrend merakam wajah Ziana pasca berhijab Ramadan lalu bikin lebih teruja, we swapped our favourite hairstylist sama Didiyana Ehsan selaku penata hijab pilihan.

“Ziana masih mencari hijab yang sajak sama wajah, mencuba segala bentuk biar kena dengan gaya. Ziana masih ingat ketika mula-mula memasang niat untuk mengenakan hijab, will people still love me? Adakah rezeki bakal putus? Lantas Ziana berdoa untuk dikuatkan semangat dan terus berhijrah. Nasihat Ziana kepada penyokong semua, kita harus sentiasa beringat, Allah beri umur yang panjang, kesihatan yang elok maka belajarlah bersyukur dan bersujud kepadanya. Tidak sukar, lima kali sehari demi kehidupan yang diberkati, insya-Allah,” bilang Ziana begitu bersemangat.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: