Sep 04, 2015 - 1

[TRENDING] Disebabkan isteri Sleeq berpecah?

Teks : Athirah Zulkifli Lagu #1 adalah single terakhir daripada mereka sebelum khabar angin perpisahan timbul berikutan kedua-dua anggotanya berkahwin tahun lalu...

  sleeq-1-(1).jpg
Ramai yang pasti terkejut dengan berita perpecahan kumpulan Sleeq. Ada yang mengatakan Sleeq berpecah disebabkan isteri masing-masing. Namun, perkara ini dinafikan oleh Syarif melalui akuan Instagramnya.  Sebaliknya, punca sebenar perpecahan Sleeq adalah disebabkan visi dan objektif mereka yang kini sudah berubah, di mana mereka mempunyai perbezaan dalam berkarya.

Malah Syarif mengesahkan yang Sleeq sememangnya akan berpecah pada November ini selepas lebih sedekad bersama. Lagu #1 adalah single terakhir daripada mereka sebelum khabar angin perpisahan timbul berikutan kedua-dua anggotanya berkahwin tahun lalu.
sleeq-2.jpg
Agak sayang sebenarnya melihat  Sleeq berpecah kerana mereka betul-betul tengah popular sekarang. Mungkin mereka ingin lebih berdikari dan melihat  sejauh mana kemampuan diri mereka untuk terus berjaya luar  daripada zon selesa sebelum ini. Kami harap anda berdua berjaya dalam apa sahaja yang ingin dilakukan. Buat penggemar Sleeq, jika rindu dengan mereka putarkan sahaja lagu Sleeq.
 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Sleeq