Sep 14, 2015 - 1

[TRENDING] Faizal Tahir setaraf penyanyi antarabangsa

Teks : Athirah Zulkifli Faizal Tahir mencipta rekod tersendiri apabila dicalonkan dalam Anugerah MTV EMA (Europe Music Award)...

 
 faizal.jpg

Penyanyi dan composer Faizal Tahir mencipta rekod tersendiri apabila dicalonkan dalam Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) , bagi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik.

Ternyata comeback Faizal dengan lagu ‘Assalamualaikum’ mendapat sambutan yang hangat oleh peminatnya. Oleh, kehangatan dan aura yang ada pada Faizal Tahir itu juga membuatkan dia tercalon untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik ini.Malah, Faizal Tahir bakal bersaing bersama lima calon dalam kategori sama iaitu adalah James Reid (Filipina), NOAH (Indonesia), Slot Machine (Thailand), Son Tung M-TP (Vietnam) dan The Sam Willows (Singapore).

Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari Mediolanum Forum, Milan, Itali pada hari Isnin, 26 Oktober 2015. Siaran ulangan pula akan ditayangkan pada hari yang sama jam 8:00 malam waktu tempatan.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  MTVEMA