Sep 03, 2015 - 1

[PERADUAN] ESPRIT CETUSAN GAYA TERKINI, Menangi jam tangan bernilai RM613

#


Jenama Esprit terus gah di pentas fesyen kerana ia menawarkan pilihan jam tangan yang begitu meyakinkan pengguna dengan sentuhan kontemporari sesuai dengan trend terkini. Dengan falsafah “Kualiti diutamakan”, sudah pasti setiap utas jam tangannya menjanjikan rekaan terbaik bagi meniupkan semangat buat jenama ini, selain menawarkan pilihan yang menawan, mampu dimiliki dan membawa pembaharuan dalam hidup seseorang.
menang.jpg
Jika anda sedang mencari jam tangan baru, apa kata pilih Esprit Melanie Rose Gold! Trend jam tangan bersadur rose gold masih diminati kerana ia begitu indah apabila menggabungkan warna togel dan ajnas rona pastel – terus kekal menjadi pilihan pencinta fesyen pada musim akan datang. Jam tangan ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang disadur dengan rose gold bagi impak mewah dan menawan. Rekaan dilengkapi dengan permukaan jam tangan pearlsescent lembut berkilau manakala tali jam tangan sama ada gelang rantai bersadur rose gold ataupun dua pilihan tali kulit. Ayuh, miliki seutas jam tangan Esprit hari ini!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: