Sep 08, 2015 - 5

[PERADUAN] Menangi Set makeup THEFACESHOP Oil Control Water Cushion bernilai RM257.70

Teknologi kawalan sebumnya yang diperkaya dengan ekstrak pokok moringa menjanjikan olesan mekap yang tidak meninggalkan kesan melekit.

THEFACESHOP OIL CONTROL WATER CUSHION
Inilah generasi mekap masa hadapan yang mesti anda cuba hari ini! Dengan THEFACESHOP Oil Control Water Cushion, kini anda tidak lagi berdepan dengan masalah solekan bercapuk atau berbelak-belak disebabkan oleh cuaca panas dan lembap. Ya, kerana Cushion adalah produk mekap inovasi baru yang mengandungi bedak asas cecair dengan manfaat microfoamTM. Ia membantu menyerlahkan solekan kemas lagi sempurna dari pagi hingga ke malam.
faceshop.jpg
Keistimewaan mekap ini kerana ia dilengkapi dengan ciri kawalan sebum, perlindungan yang ringan dan kelembapan berpanjangan bagi menentang mekap daripada ‘mencair’. Teknologi kawalan sebumnya yang diperkaya dengan ekstrak pokok moringa menjanjikan olesan mekap yang tidak meninggalkan kesan melekit. Dengan sentuhan yang segar serta perlindungan nipis, ia bakal menjanjikan keselesaan berpanjangan pada jelapang wajah anda. Set mekap ini terdiri daripada Oil Control Water Cushion Foundation, THEFACESHOP Ink Lipquid, THEFACESHOP Dual Baked Shadow, THEFACESHOP Cream Blusher dan Mascara. Cuba ia hari ini agar wajah kembali berseri-seri.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  peraduan