Dec 15, 2014 - 5

WOLFGANG Ilham Lokal ke Pentas Global

label high street tempatan yang disuntik dek elemen pergerakan subculture ini secara kolektif menggabungkan inti pati fesyen

wedwqdwqdwq.jpg
Diasaskan oleh Iskandar Khan pada 2011, label high street tempatan yang disuntik dek elemen pergerakan subculture ini secara kolektif menggabungkan inti pati fesyen, muzik dan street culture. Wolfgang berjaya merintis nama sebagai salah satu label yang paling menonjol dalam industri street wear tempatan dan di rantau Asia Tenggara. Dalam masa sama, label ini juga mengukuhkan namanya sebagai jenama street wear mesti dimiliki dalam kalangan komuniti underground. Rekaan sweat shirt dan kemeja-T koleksi ini mengambil inspirasi gaya hidup subculture yang kebanyakannya dipengaruhi elemen muzik dan urban street wear.
efwqdwdwaq.jpg
Label ini juga aktif dalam industri fesyen tempatan dan kemunculan mereka tidak asing bagi on ground events seperti bazar yang dianjurkan oleh penganjur pakaian tempatan seperti Tempatan Fest, The Label’s, KL Fashion Week, Market’s at Jaya One, konsert dan gigs.

DAPATKAN KOLEKSI TERKINI DI WOLFGANG AUTHORIZED RETAILERS
BUKIT BINTANG The SuperSunday Concept Store, K04 Station Monorail Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail & Dolls Store Lot D7, Block D, Mezzanine Floor, Fahrenheit 88, No 179, Jln Bukit Bintang.
WANGSA MELAWATI BDB MWT Lokal Store No. 8-1, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati.
BANDAR BARU BANGI Rare Distro, Jalan 8/1, Bandar Baru Bangi.
BANDAR UTAMA, Damansara Disturbia Distro, G-03, Pelangi One Avenue,
DATARAN PELANGI UTAMA, Jalan Masjid PJU 6A, Petaling Jaya.
SUNWAY 28DC Store, F1.AV.146, Asian Avenue, 1st Flor, Sunway Pyramid.
JOHOR BHARU RBTH Store, F13 Plaza Seni, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor.
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: