Oct 23, 2018 - 34

Apa Wajib Ada? Seutas Jam Tangan Terbaru D1 Milano, Gaya Kalian Pasti ‘Win’!

Tidak sempurna sebuah OOTD pada laluan ‘feed’ Instagrammu tanpa seutas jam tangan bergaya. Sajak untuk lelaki, lawa untuk gadis!

 

 

 

 

Oleh: Vee Mukhtaram

 

 

 

 

 

 

Mahu mencuri tumpuan tanpa berkompromikan keselesaan untuk musim ini? Tidak perlu mencari jauh dengan rekaan terbaru D1 Milano — rangkaian jam tangan yang mengolah dan mereka semula gaya dan cara pemakaian jam tangan seharian.

 

Jenama asalan Itali ini melahirkan dua reka bentuk yang segar dan berbeza. Super Slim — untuk wanita moden dan P701 untuk jejaka.

 

Rekaan yang chic namun selesa amat, mencuri tumpuan dan kekal lasak menjadikan ia rekaan yang sempurna dan membentuk semula jam tangan seharian yang sempurna oleh D1 Milano.

 

 

Boleh Pilih Tali Kulit ‘Suede’ atau Keluli Kalis Karat

Ia direka daripada 40mm kes keluli tahan karat dengan pergerakan kuarza setebal 6mm. Ia hadir dengan padanan tali kulit suede Itali atau gelang keluli tahan karat. Pasti menyudahkan selera penggemar jam tangan ini.

 

Ia hadir dalam pilihan dail automatik dan Skeleton menjadikan jam tangan P701 menonjol dan sangat ringan dipakai di pergelangan tangan.

 

Manakala rekaan stail Super Slim untuk wanita mempunyai kes keluli tahan karat 36mm dengan pilihan tali boleh ditukar ganti mengikut selera tersendiri. Ia boleh diubah mengikut fesyen peribadi sama ada Perlon, tali kulit atau punya stail ala gadis Milan.

 

Pastinya rekaan terbaru D1 Milano punya sesuatu untuk semua.

 

 

 

 

Jam Tangan Untuk Semua Acara

Sama ada untuk ke pejabat, memandu atau meluangkan hari santai sama teman-teman, D1 Milano ternyata jam tangan seharian yang sempurna bergaya, trendy dan tidak mengorbankan keselesaan.

 

Jam tangan terbaru D1 Milano ini boleh dimiliki daripada harga RM900 hingga RM2900. Koleksi baharu ini boleh didapati di Solar Time serta atas talian di www.SolarTime.Com bermula Oktober 2018 ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.