Jun 24, 2016 - 23

[EKSKLUSIF] Dior Berkolaborasi Bersama Rihanna Lancarkan Koleksi Kaca Mata

Penyanyi popular, Rihanna kembali mempamerkan bakatnya di dalam bidang fesyen dengan berkolaborasi bersama Dior...

RIHANNA_BLUE.jpg
Penyanyi popular, Rihanna kembali mempamerkan bakatnya di dalam bidang fesyen dengan berkolaborasi bersama Dior. Kerjasama Rihanna x Dior melancarkan koleksi kaca mata bergaya futuristik yang diinspirasikan dari La Forge, salah satu karakter di film 'Star Trek’. 

Menurut Womens Wear Daily, Riri (nama pangilan Rihanna) menyatakan bahawa La Forge adalah karakter kesukaannya sejak kecil. Projek kolaborasi ini adalah kali kedua Rihanna dan Dior berkejasama setelah membintangi kempennya iaitu “Secret Garden IV”. “Saya sangat gembira kerana dapat bekerjasama kedua kalinya dengan Rihanna. Dia adalah seorang selebriti, penghibur, dan seorang style icon untuk generasi sekarang ini,” kata Sidney Toledano selaku chief executive officer Dior mengenai projek ini.

Koleksi kacamata ini terdiri enam variasi warna seperti perak, merah jambu, biru, hijau, merah, dan versi khusus dalam warna emas. Koleksi hanya boleh didapati secara eksklusif di butik Dior, koleksi kaca mata ini dijual degan harga 840 US Dollar, dan 1.950 US Dollar untuk koleksi berhiaskan emas 24 karat.

DIOR_RIHANNA-SUNGLASSES_01_V2.jpgDIOR_RIHANNA-SUNGLASSES_04_V1.jpgDIOR_RIHANNA-SUNGLASSES_05_V2.jpgDIOR_RIHANNA-SUNGLASSES_02_V2.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.