May 10, 2017 - 297

DIARI FESYENISTA: Bila Arkitek Pun Terpaksa Jadi ‘Driver’ UBER Waktu Malam, Kita Apatah Lagi?

Sesak nafas kita apabila jenguk ke dalam dompet setiap kali tiba hujung bulan. Macam tinggal nyawa-nyawa ikan saja. Mampukah kita bertahan? Soalnya, sampai bila harus begini?

 

 

Oleh: Miss Lola 

 

 

 

 

 

 

OH MY GOD! Cukup ke gaji sampai hujung bulan? 

 

Lola rasa sangat stres. Tidak ingat bila kali terakhir pergi shopping sakan. Lola pasti ramai yang punya fikiran yang sama dengan apa yang Lola bilang bukan? Ya, inilah masa yang paling sukar buat kita kerana nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) jatuh merudum, keadaan ekonomi yang tidak menentu, politik yang terumbang-ambing dan peluang pekerjaan sangat terhad. 

 

Teman-teman Lola yang baru graduate payah amat mencari kerja, kalau ada pun gaji kecil. 

 

“That is so true Lola, adik Jelly baru tamat pengajian dalam jurusan perakaunan, sudah enam bulan menganggur dan buat parents Jelly stres betul. Tapi apa mahu buat, memang sukar nak dapat kerja!” Bilang Jelly yang sedang sibuk tonton ulangan drama 'Suri Hati Mr Pilot' (angau dengan Fattah Amin lah tu!). 

 

Lola Garu Kepala Bila Kena Bayar Bil... Macam-macam Bil!

Lola sendiri sudah mula berkira-kira dengan perbelanjaan bulanan. Kereta sahaja sudah RM1000 sebulan, tambah minyak yang naik harga (Oh, my God! I really want to cry), bil telefon dan Wifi, sewa rumah dan bil elektrik. Barang runcit dan tentunya mahu beri duit to my parents (walaupun theyols earn more than me), pertengahan bulan memang Lola garu kepala. 

 

Nilai wang kita sudah terlalu rendah, RM100 sangat kecil nilainya pada hari ini. Kalau dulu Lola bersama Jelly pergi ke pasaraya BIG mahupun Cold Storage, RM250 sudah buat troli penuh dengan groceries. Daripada lauk-pauk, ais krim, female toiletries dan jajan (untuk Jelly) lengkap semuanya. Kini dengan barang yang sama, dibeli di pasaraya Giant sudah makan belanja RM400. 

 

“Betullah Jelly, dan ini bukan perubahan nilai beza 10 tahun, dua tiga tahun lepas pun we were doing good but it’s getting worst!” Bilang Jelly. 

 

Ya jadi bagaiman kita mahu stabilkan perbelanjaan kita? Lola ada terbaca di laman sesawang apabila disoal perihal kewangan rakyat Malaysia sedikit terganggu, ada ahli politik yang bilang, “Jalan raya masih sesak, kompleks membeli-belah penuh dan restoran masih dikunjungi.” 

 

What kind of perception is that? Lola benar-benar kecewa dengan kenyataan bodoh ini! Adakah itu caranya menakrif kiranya rakyat susah ataupun tidak? Kehidupan kami semakin sukar, tolong dengar luahan hati kami, cuba ubah mana yang perlu supaya kehidupan bertambah baik dan berhenti beri alasan yang merepek. Kadangkala mereka lupa bahawa mereka mewakili suara kita and not the other way around.

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

 

Kasihan, Banyak Butik Kecil Terpaksa Gulung Tikar, Apa Nak Jadi?

Lola kedengaran seperti marah? No, I am just frustrated! Kita boleh lihat kini betapa banyaknya perniagaan ataupun butik kecil gulung tikar dan pindah kepada dunia siber kerana it costs less dan bisa beroperasi terus dari rumah. It is a smarter choice, yes I agree tetapi bukankan ini satu petanda dunia fesyen Malaysia akan tenat? Apabila masyarakat tidak berbelanja kerana takut inflasi dan menyimpan pasti ekonomi menjadi lebih sakit. 

 

Lola bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal sebegini tetapi anda sendiri bisa buat conclusion daripada apa yang kita lihat di sekeliling kita. Baru-baru ini Lola dan Jelly pergi melepak bersama teman lama kami, Mr. Lover namanya. Kami bertemu di BLVD House ditemani secawan kopi dan manisan. Mr. Lover sebenarnya bekas pacar Jelly, namun selepas berpisah mereka buat keputusan untuk kekal sebagai teman dan hingga kini masih akrab. 

 

 

Arkitek Muda Pun Tak Malu Jadi Pemandu Uber

“So Mr. Lover, what is new?” Tanya Lola sambil lihat Jelly yang enak menikmati salted caramel ice cream. 

 

“Work has been crazy, selepas beberapa colleague Mr. Lover diberhentikan, kami yang tinggal had to take over all the work load. Tiada pilihan kerana syarikat perlu terus beroperasi. Kini sudah masuk tiga bulan dan apabila Mr Lover tanyakan kepada supervisor bila masanya mahu bawa masuk new head count, “Maaf. Human Resources sudah bekukan pengambilan staf baru, jadi I really need to depend on you boys!” Bilang Mr. Lover yang bertugas di firma arkitek di Subang Jaya. “Tetapi I don’t blame my supervisor; times are hard and everyone is struggling. Kerana ini I have decided to get another job…”

 

 “Kerja lain? As what?” Soal Jelly dengan nada terperanjat. 

 

“Hahaha… usahlah risau, bukan bermaksud mahu berhenti kerja yang ada ini, cuma ambil keputusan untuk jadi pemandu Uber pada hujung minggu dan malam hari bila tidak terlalu penat. Daripada duduk di rumah sahaja, adalah juga side income.” 

 

Ini buat Lola berfikir, jika seorang arkitek muda pun tidak malu mencari side income, mengapa tidak Lola? Satu lagi kalau uols lihat, ramai selebriti sudah mula berniaga untuk cari wang lebih. Ada yang jual gincu, kanta lekap, alat solek, tudung dan baju jangan cakaplah, melambak-lambak! 

 

Jadi nasihat Lola to all my lovers, mula menabung kerana 2018 lebih mencabar. Let’s do this together dan mudah-mudahan kita diberkati dan dirahmati. E-mel Lola di lola.intrend@gmail.com.

 

Love, Hugs and Guerlain! 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.