May 08, 2019 - 27

Fabrik Tidak Panas dan Fleksibel — Ramadan, Tampil Bergaya dengan Koleksi Jeans Terbaru Levi’s®

Bersempena kedatangan Ramadan tahun ini, Levi’s® Malaysia melancarkan kempen “Biarkan Aksimu Berbicara” dan juga memperkenalkan pelbagai koleksi baju, kemeja-T dan jeans untuk wanita dan lelaki.

 

 

 

 

Intrend-levis 1

 

 

 

RAMADAN ini, Levi’s® melancarkan kempen Ramadan 2019 iaitu — “Biarkan Aksimu Berbicara”. Malah, Levi’s® juga memperkenalkan pelbagai koleksi baju, kemeja-T dan jeans yang sesuai untuk digayakan pada Ramadan dan Raya tahun ini.

 

Koleksi ini adalah terjemahan kepada kepelbagaian stail, dengan bermacam variasi padanan baju dan celana yang bertujuan meraikan keperibadian individu serta gaya unik tersendiri.

 

Ditambah dengan cuaca yang makin hangat, atasinya dengan koleksi Ramadan Levi’s® 2019 yang menampilkan 501® dan jeans Performance COOL. Jeans ringan serta memberi ruang untuk kulit bernafas ini direka untuk keselesaan optimum yang membolehkan anda kekal dingin dan kering walaupun berada di bawah terik mentari.

 

Performance COOL juga membolehkan tubuh bernafas dengan baik dan membantu mengekalkan keseimbangan suhu badan, sekali gus tiada apa yang dapat menghalang pergerakan anda.   

 

 

Intrend-levis 2

 

 

Untuk memadankankan jeans Performance COOL, helaian kemeja atau kemeja-T dalam rona lembut adalah kombinasi yang sempurna.

 

Tanpa mengira keadaan cuaca di luar, bereksperimetasi dengan gandingan beberapa helaian pastinya lebih mudah apabila disarungkan dengan jeans yang bersesuaian.

 

 

 

intrend levis 4

 

 

 

UNTUK LELAKI

Gaya klasik tidak pernah ketinggalan zaman, malah lebih menarik kala digandingkan bersama teknologi Performance COOL. Sama ada ia 512™ Slim Taper, 510™ Skinny Fit atau 511™ Slim Fit, jeans pilihan anda pastinya memberi impak terhadap helaian yang dipadankan bersama.

 

Bagi tampil kemas dan segak, sarungkan kemeja berkolar Mandarin rona putih bersama celana chinos 511™ Slim Fit. Andai kasual dan bebas jadi pilihan, padankan jeans Performance COOL anda dengan kemeja bercorak tropika bersama kemeja-T berlogo, sebagai terjemahan ekspresi diri.

 

 

 

intrend levis 5

 

 

 

 

intrend levis 6

 

 

 

 

Intrend levis 11

 

 

 

 

 

UNTUK WANITA

Koleksi tumpuan Levi’s, padanan Lot 700 dan siri 300 Shaping dengan regangan optimum sememangnya menjadi jeans pilihan di musim perayaan ini. Jeans ini direka untuk memberi kesan lekukan terbaik dan menyerlahkan penampilan wanita tanpa perlu berusaha keras.

 

Siluet jeans Performance COOL ini kemas dan terletak cantik pada tubuh untuk kesan kewanitaan maksimum. Lengkapkan gaya anda dengan rona musim panas – kemeja lengan panjang bercorak flora boleh dipadankan dengan jeans skinny 711 atau jeans skinny 311 Shaping.

 

Variasi gaya tidak akan kehabisan apabila anda menyarungkan jeans. Gandingkannya dengan jaket bomber ringan, kimono mahupun gaun pendek di atas blaus bercetak. Saat ini, anda sudah bersedia untuk menakluk dunia.

 

 

 

intrend levis 7

 

 

 

 

intrend levis 9

 

 

 

intrend levis 12

 

 

 

 

Koleksi Ramadan Levi’s® 2019 ini boleh didapati di Butik Levi’s® Stores seluruh Malaysia mulai April 2019, dengan harga antara RM79 ke RM359. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau Facebook Levi’s® Facebook di www.facebook.com/levismy.

 

 

 

intrend levis 10

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general