Aug 03, 2017 - 74604

10 Foto Eksklusif NEELOFA di Malibu — Hebatnya! Kini Lofa Jutawan Muslim Muda Malaysia Paling Berpengaruh

Tahun 2017 adalah tahun yang amat sibuk bagi Neelofa. Mana tidak ini, kini sibuk dengan projek istimewa dengan jenama barang kemas termuka dunia.

 

Oleh: Shawn Amer 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

TERBARU, jika anda mengikutinya di laman sosial, Neelofa kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi mengelolakan beberapa urusan berkaitan kerjaya. Salah satu daripadanya ialah, sesi penggambaran untuk sebuah projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.

 

 

Masih terlalu awal untuk menghebahkan apakah jenis bentuk projek yang sedang diusahakan, namun, Neelofa menyifatkan pengalaman bekerja dengan tenaga kerja di sana sangat menyeronokkan.

 

Dikelilingi mereka yang sangat ceria dan positif, ia sekaligus membangkitkan semangat Neelofa untuk bekerja meskipun masih dalam keadaan “jetlag” dan penat dengan jadual aktivitinya yang agak padat sebelum ini.

 

 

Mungkin kerana pengalaman bekerjasama dengan nama-nama besar, mereka sangat mementingkan kualiti dan penjagaan masa. Tidak ada langsung masa yang dibazirkan tanpa aktiviti pengambaran!
 

 

Teruja dengan kerjasama ini, Neelofa menyifatkan Swarovski sebagai jalinan kolaborasi yang sangat menyenangkan. Semua urusan diuruskan oleh mereka dan segalanya sangat mudah! Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua Neelofa menjalinkan kerjasama bersama Swarovski.

 

Sempat ditanya apakah yang paling menarik perhatian beliau sepanjang berada di sana, jawapannya mudah: semuanya!

 

Bagi Neelofa, walaupun kunjungan beliau ke Los Angeles kali ini agak singkat, tetapi ia merupakan satu penziarahan yang amat bermakna. Inilah masa terbaik untuk dia beristirahat sebelum terbang ke New York untuk mengikuti kursus musim panas kelolaan United Nation. 

 

 

10 Foto Eksklusif NEELOFA di Malibu

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Neelofa 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.