Aug 15, 2016 - 879

Yuna dan Gaya Turbannya Jadi Pilihan Majalah InStyle, WOW!

Buat kali pertama wajah Yuna dipaparkan dalam majalah fesyen antarabangsa, memang WOW! Ternyata gaya turban cara Yuna mendapat perhatian masyarakat Barat. SYABAS YUNA!

Oleh: Athirah Zulkifli 

 
Instagram : @yunamusic 
 

Wow..siapa sangka foto Yuna menghiasi liputan fesyen dalam majalah antarabangsa. Nampaknya bukan muzik Yuna sahaja diterima, malah gayanya juga di fotokan dalam majalah tersebut. Ini adalah sesuatu di luar jangkaan Yuna apabila diberi peluang sebegini. 
 

Yuna teruja melihat wajahnya di InStyle US, edisi Ogos 2016. 
 

Penyanyi dan komposer, Yuna, 30 telah membawa dirinya lebih dikenali di seluruh dunia apabila fotonya dipaparkan dalam majalah InStyle Amerika Syarikat edisi Ogos 2016. Siap sangka Yuna berjaya menempatkan dirinya  dalam majalah fesyen antarabangsa. 

Dalam majalah tersebut, sebanyak lapan muka surat penuh yang mempamerkan liputan fesyen Yuna dengan menyarungkan beberapa helaian pakaian dan aksesori dari jenama terkemuka iaitu Fendi dan J.Crew. Selain itu menerusi Instagram @yunamusic, Yuna menyatakan dia teruja dapat menyarungkan pakaian daripada pereka kegemarannya. Malah sebelum ini Yuna pernah memuat naik beberapa gambar sewaktu sesi penggambaran bersama majalah InStyle di dalam akaun Instagram miliknya.  




 

Kesemua foto Yuna diambil oleh jurugambar Joachim Mueller Ruchholtz di Brooklyn. NampaknyaYuna teruja apabila diberi peluang menghiasi majalah InStyle US. Syabas Yuna! 


Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.