Oct 07, 2014 - 14

Hidaya Abaya 'High Fashion' Pertama Malaysia

jenama abaya ‘high fashion’ pertama Malaysia telah membuat pengenalannya pada hari ini dengan pelancaran koleksi pertamanya

RAM0403-v19-RGB.jpg

Hidaya - jenama abaya ‘high fashion’ pertama Malaysia telah membuat pengenalannya pada hari ini dengan pelancaran koleksi pertamanya – ‘Amira’, sekaligus menawarkan rakyat Malaysia peluang pertama untuk memiliki abaya yang dibuat khusus (custom made) berjenama ‘Hidaya’. Dilahirkan di Malaysia, abaya dan aksesori Hidaya dibuat di Abu Dhabi dan Dubai. Kreativitinya yang unik serta sofistikated bakal membuat jenama Hidaya menggoncang dunia penggemar abaya di seluruh dunia .

Menurut To Puan Seri Hidayah Wan Ismail, pemilik serta pengasas Hidaya International, “Hidaya adalah untuk wanita yang tahu harga dirinya dan bersedia untuk ‘meraikannya’. Prinsip fesyen Hidaya - seorang wanita Muslim boleh melangkah ke depan dengan yakin tanpa mengkompromikan agama mahupun gayanya. Konsep jenama ini, walaupun akur kepada garis panduan kasar budaya Timur Tengah yang menggalakkan pakaian menutup aurat, tidak terikat kepada wanita Muslim sahaja malah dapat menarik minat penggemar-penggemar fesyen bukan beragama Islam yang ingin berfesyen dan kelihatan anggun.

‘Amira, koleksi terulung Hidaya International. ‘Amira’ bermaksud ‘puteri’ dalam bahasa Arab. Hidaya berpegang kepada prinsip bahawa di dalam jiwa setiapn wanita terpendam harga diri seorang puteri yang semangatnya serta kebolehannya harus diserlahkan. Hidaya membolehkan semangat ini diekspresi dengan penuh gaya dan sofistikasi. Biar rupa mencerminkan dan meraikan jiwa.

RAM0232-v9-with-colors-from-v7-RGB.jpg

Mengandungi 16 rekaan, setiap abaya yang di buat khusus di dalam koleksi Amira membawa interpretasi tersendiri kepada pakaian tradisi ini, menjadikan ia kelihatan anggun dan bernafas baru. Dengan menggabungkan bahan-bahan seperti sifon, renda, tulle dan kristal, koleksi Amira bertujuan untuk menyerlahkan kepelbagaian rupa sesehelai abaya.
“Saya ingin menunjukkan bahawa abaya adalah sesuatu yang ‘versatile’. Hitam tidak semestinya ‘menjemukan’. Dalam koleksi pertama ini, saya telah memperkenalkan beberapa gaya potongan kepada abaya, contohnya ‘bias cut’, ‘empire line’ serta apa yang dikenali sebagai ‘french cut’, sambil mengekalkan juga beberapa helai potongan tradisi yang lurus agar pelanggan bebas membuat pilihan. Saya ingin menunjukkan bahawa pakaian yang labuh dan longgar tidak semestinya tidak menarik. Kita boleh berpakaian sopan dan masih kelihatan anggun dan bergaya” katanya lagi

RAM0646-v33-RGB.jpg
Diperbuat keseluruhannya dengan kerja tangan yang melibatkan penggunaan renda, manik-manik serta sequin, setiap helaian abaya di dalam koleksi ini tampil unik dan memegunkan. Dipadankan dengan aksesori ‘playful’ seperti seluar atau legging berwarna emas, perak dan tembaga, abaya Hidaya ini akan kelihatan sesuai dipakai kemana sahaja samada ke majlis rasmi mahupun majlis santai. Boleh juga dipadankan dengan kasut tumit tinggi berplatform serta beg dan ‘clutch’ dibawah jenama yang sama, setiap helaian abaya Hidaya membolehkan pemakainya mengekalkan perwatakan individu masing masing.

“Hidaya’ bakal membuat pengenalannya di pentas peragaan serata dunia bermula dengan Dubai dan London tidak lama lagi. Januari 2015 bakal menyaksikan Hidaya melebarkan sayapnya dengan stokis-stokis di Dubai, London serta Paris.
Setiap abaya Hidaya yang dibuat khusus boleh didapati secara ‘online’ di www.hidayainternational.com . ‘Private viewing’ disediakan bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang. Sila hubungi Datin Sri June di +6019 925 1111 untuk keterangan lebih lanjut. Harga bermula dari RM 600 ke atas.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: