Aug 15, 2019 - 186

Look Berbeza Saban Minggu, ABIL Teruja Kendali Muzikal Lawak Superstar – Minggu ke-7 Paling WIN lah!

Dari minggu pertama hingga minggu ketujuh, Abil akui cuba penuhi dan tampilkan kelainan tersendiri. Puas dengan watak yang dicipta, penonton teruja mahu lihat penampilan minggu seterusnya. Anda suka yang mana?

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang mula bersiaran 28 Jun lalu setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Warna dan Warna HD kian dinanti ramai.

 

Daripada barisan peserta, panel juri tetap seperti Dato Awie, Nora Danish dan Altimet; aksi dan telatah hosnya Nabila Huda yang bergandingan dengan Nabil Ahmad sentiasa mencuri tumpuan.

 

Kegigihan dan usaha Nabila Huda harus dipuji. Benar, bukan mudah mengacarakan sebuah rancangan yang disiarkan secara langsung jika tiada komitmen, research dan persiapan rapi.

 

Dan ia merangkumi semuanya. Bermula daripada tatarias, busana yang disarung juga aksi spontan yang dipamerkan menuntut komitmen tinggi. Terbukti Nabila Huda berjaya merealisasikannya.

 

Berdasarkan lokasi yang diberi saban minggu, pakaian yang digayakan Nabila seringkali jadi tumpuan. Penuh warna, cukup rencahnya; profesionalisme dan komitednya Abil sama tinggi tahapnya dengan barisan peserta yang bertanding.

 

Selesa dengan khidmat penata gaya Tym Fatimah dan jurusolek profesional Bosco Ryzal; InTrend imbas semula penampilan Nabila bermula minggu pertama hingga minggu ke tujuh.

 

Jom kita saksikan!

 

 

Minggu 1

Lokasi: Kampung

Nabila Huda tampil dengan kelainan pada minggu pertama gelanggang MLS dibuka. Mungkin menceduk tempias filem Aladdin, busana yang diperagakannya mirip watak utama dalam filem animasi itu. Walau apapun, gelagatnya mengacara di atas pentas tetap menghiburkan penonton.

 

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

 

Minggu 2

Lokasi: Sekolah

Persis cikgu zaman dahulu, Abil muncul pula dengan watak Cikgu Soraya. Mengenakan kebaya pendek, berkaca mata juga ilusi rambut potongan bob kembang pula menambah ceria dalam keseluruhan ‘look’nya.

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

 

 

Minggu 3

Lokasi: Negeri di Malaysia

Lengkap dengan kostum Cheongsam, aksesori kipas tangan bersama rantai jed; pada minggu keempat Abil tampil dengan watak Madam Suzie Wong. Ditambah pula dengan gincu merah, menyerlahkan lagi penampilannya malam itu.

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

 

 

Minggu 4

Lokasi: Hutan

Wardrobe milik Datin Sri Tiara Jacquelina jadi pilihan Abil kala mengemudi MLS pada minggu ketiga. Memerankan watak sebagai Gusti Putri Dumilla, ia diinspirasikan daripada filem Puteri Gunung Ledang. Tatkala melihat Abil melayangkan selendang merah itu, terus membawa ingatan hadirin dengan babak daripada filem epik ini. Cukup mengesankan, tahniah Abil!

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

 

Minggu 5

Lokasi: Tempat Kerja

‘Sempoi’ habis! Hahaha… Lucu kala kami melihat ‘look’ sebagai tukang cuci yang diketengahkannya untuk minggu kelima. Dengan skaf diikat kebelakang, uniform ‘cleaner’ juga solekan tipis benar-benar menyerlahkan watak tukang cuci. Ada sahaja idea Abil untuk bikin penonton terus setia menonton MLS dengan caranya yang tersendiri.

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

 

Minggu 6

Lokasi: Pusat Beli-Belah

Lain daripada yang lain, bagi minggu keenam, Abil bersama ‘glam squad’ nya tampil dengan idea memperagakan ‘look’ makeup promoter. Lengkap dengan kelengkapan alat solek yang dijinjit di pinggang, Bosco tidak berhadapan dengan masalah untuk mencipta solekan bagi lokasi minggu ini.

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

 

 

Minggu 7

Lokasi: Stadium

InTrend berasakan wardrobe yang dipinjam daripada Rozita Che Wan untuk lokasi pada minggu ini benar-benar terkesan. Malah Abil cukup selesa dengan look Che Ta yang hangat dan pernah tular tidak lama dahulu kala tampil ke stadium menonton perlawanan bola sepak.

 

Daripada sepatu tinggi, anting-anting malah hingga tas tangan; semuanya benar-benar menjadi. Kudos buat Tym Fatimah dan Bosco yang tidak pernah jemu tampil dengan konsep yang dipinta Abil.

 

 

Kredit foto: IG Nabila Huda

 

 

Abil turut menyifatkan, mengendalikan MLS memberi kepuasan tersendiri kerana dia bebas mengeksplorasi pelbagai watak berdasarkan lokasi yang diberi. Tidak sabar rasanya mahu lihat apa lagi kelainan dan keunikan yang diketengahkan Abil untuk minggu akan datang.

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general