Apr 26, 2019 - 13099

Pereka Ini Dedahkan ‘Peritnya’ Menyiapkan Busana Kaca JIHAN MUSE — Hampir Ditolak dan Berdarah Tangan…

Tahukah anda demi menyiapkan busana ini, ada tangan yang luka berdarah dan ada hati yang dirundung kekecewaan dek kerana ditolak oleh…

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain

 

 

Kredit foto: IG Ashraff Zainal

 

 

 

 

TIDAK dapat dinafikan, rata-rata yang hadir memenuhi Axiata Arena Bukit Jalil Ahad lalu malah bertebaran hingga ke laman sosial; masih ada yang memperkatakan mengenai #AME2019.

 

Daripada aksi Neelofa ligat berdansa, persembahan memukau ratu rock Ella, jejaka pengiring Jabir Neftah yang tiba-tiba viral dan banyak lagi masih lagi menjadi buah mulut. Tetapi InTrend ingin menarik perhatian pembaca mengenai pembikinan busana kaca yang disarung Jihan Muse malam itu.

 

Berkesempatan menemu bual bersama perekanya, Ashraff Zainal; rupa-rupanya ada cerita disebalik busana kaca itu.    

 

 

 

 

intrend jihan

Kredit foto: IG Jihan Muse

 

 

 

 

Idea untuk tampil dengan rekaan baju kaca itu, bagaimana tercipta?

Melihat prestasi dan kejayaan Jihan sendiri. Meletakkan dirinya sebaris pengacara popular dan sedang menyinar buat masa ini kami ilhamkan sesuatu yang menyinar seperti bintang untuk Jihan Muse.

 

Dan menepati tema #YangLegitYangLegend, maka muncullah idea rekaan baju kaca yang bagi kami mahukan sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Dan orang takkan berhenti berkata-kata mengenai busana tersebut.

 

 

 

Inspirasi baju kaca, adakah ilhamnya lahir daripada melihat pertunjukan fesyen antarabangsa, filem atau apa? Mungkin punya cerita disebaliknya yang mahu dikongsi?

Inspirasi tercetus selepas proses perbincangan bersama penata gaya Yumi dan pengurus Jihan, Afeeq. Afeeq mahu lihat Jihan bersinar seperti busana yang direka oleh pereka fesyen antarabangsa Tom Ford untuk Jenifer Lopez ketika Academy Award 2019.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

 

 

Proses menjadikan ia sehelai busana, berapa lama masa yang diambil? Berapa ramai tenaga kerja dikerahkan? Ceritakan selanjutnya.

Perancangan bermula hujung 2018. Bermula dengan idea dan pencarian material serta detailing. Kami mulakan proses pemotongan kain sekitar hujung Februari.

 

Dan kemudian klimaks untuk menyiapkan baju ini adalah sewaktu kami mulakan proses memecahkan kaca, menebuk, menyusun dan menjahit satu persatu setiap kepingan kaca tersebut.

 

Untuk makluman, bukan senang ya proses memecahkan kaca tersebut kerana dalam masa sama, kami perlu pastikan dan mengelakkan kaca tersebut tidak retak.

 

Proses ini pula kami khususkan kepada tiga staf termasuk saya sendiri bertungkus-lumus memberi fokus sepenuhnya dalam mencurahkan idea dan kreativiti masing-masing sehingga baju ini siap.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on

 

 

 

Apa pula cabaran dan halangan yang perlu team Ashraff Zainal tempuhi? Atau mungkin boleh jelaskan dengan terperinci cabaran itu dari segi apa?

Apa yang saya dan team boleh katakan adalah, inilah hasil kerja yang paling rumit pernah kami lalui dalam proses menyiapkan busana. Antara cabarannya termasuk proses mencari material yang sesuai (material fabrik yang ringan dan bagi memastikan busana itu terletak cantik) juga dengan sifat kaca itu sendiri.

 

Pencarian kaca juga bukan mudah seperti yang disangka kerana terdapat pelbagai jenis kaca yang berada di pasaran. Malah kami terpaksa belajar sesuatu yang baru mengenai jenis kaca yang sesuai untuk dipakaikan pada baju.

 

Dan untuk itu kami memilih kaca yang ringan.

 

Selain itu kami juga perlu menempuh satu lagi cabaran paling besar iaitu apabila siapnya busana tersebut, kami diberi tahu baju ini ditolak oleh penerbit AME atas beberapa alasan yang kami sendiri tidak pasti dan tidak mendapat alasan yang sahih mengenainya.

 

Agak sukar dan mencabar bagi saya meminta jasa baik mereka terutamanya untuk melakukan full dress rehearsal lebih awal khusus untuk Jihan supaya kami dapat mencari kelemahan yang boleh diperbetulkan supaya baju ini dapat juga di pakai pada malam AME.

 

Sedih rasanya apabila melihat staff hampir menangis ketika diberitahu baju tersebut ditolak. Selepas tiga hari berkampung di Axiata Arena, Alhamdulillah dengan usaha dan bantuan Jihan Muse, Afeeq selaku pengurus Jihan dan penata gaya Yumi; akhirnya kami dapat meyakinkan penerbit AME untuk membenarkan baju tersebut dipakai juga oleh Jihan pada malam AME 2019.

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ashraff Zainal Atelier (@ashraffzainal) on

 

 

 

Dengarnya hingga terluka jari demi mahu siapkan baju kaca ini, betulkah?

Ya, ia benar-benar berlaku dan bukannya sekadar gimik atau mahu bikin propa. Saya akui, sepatutnya kami memakai sarung tangan sebagai langkah berjaga-jaga dan demi menjamin keselamatan semua.

 

Tetapi ia seolah-olah tidak memberi kepuasan yang mutlak dan akhirnya kami membuka sarung tangan dan sanggup terluka tangan semasa proses memecahkan kaca dan menjahit kaca tersebut.

 

Sungguhpun begitu, kami tetap menitipkan syukur kerana hanya mengalami luka-luka kecil sahaja.

 

 

 

Adakah ini dianggap sebagai antara masterpiece Ashraff Zainal atau bagaimana?

Saya rasakan ini adalah busana paling sentimental pernah saya hasilkan. Terlalu banyak cerita pahit getir akan saya kenang sampai bila-bila. Busana yang paling mahal dari segi kosnya dan yang paling berat pernah kami buat.

 

Ini juga kali pertama saya diberi kepercayaan mereka busana untuk pengacara dalam acara berskala besar dan berprestij seperti AME.

 

Secara peribadi tidak keterlaluan saya katakan ini adalah koleksi masterpiece dari Ashraff Zainal.

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.