Dec 14, 2016 - 811

10 Tips ‘Mix & Match’ #OOTD 2017! Jangan Takut Kalau Orang Kata Anda ‘Over’

Tahun baru 2017 bakal menjelang, ayuh bongkar almari anda! Masanya kita suai padan helaian-helaian lama supaya tampil segar dan baru!

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

SUDAH terlalu dekat rupanya tahun baru 2017. InTrend himpunkan 10 tips suai padan fesyen berteraskan trend terkini untuk sambut datangnya tahun baru. Ready, set, style!

 

 

Ini 10 Tips 'MIX AND MATCH' Mudah Untuk Anda Cuba 

TIPS 1

Anda boleh suai padankan barangan fesyen anda sama ada jenama high street, vintaj sama yang mewah. Campuran ini akan membuat gaya lebih versatile malah sesuai dengan stail anda. 

TIPS 2

Aksesori sangat penting untuk cipta satu look yang lengkap. Untuk tahun 2017, trend 90-an masih kekal dalam carta namun mula disuntik sama elemen 80-an dalam pilihan big plastic earrings dek Bernard Chandran, platform sneakers di rumah fesyen Gucci dan high-waisted midi skirt di Bally. 

 

 

TIPS 3

Mainan corak nonchalant is a good idea dalam sambut tahun baru, namun pastikan natar warna tidak terlalu jauh dan berlawanan, biar tampak cantik dan serasi di mata. 

TIPS 4

Geo dan graphic masih menjadi kejaran pereka dalam melengkapkan sebuah rekaan. Kali ini ia hadir dalam tekstur dan mainan fabrikasi berani.

 

 

TIPS 5

Lihatlah media sosial. Ya! Trend kini bukan hanya berteraskan pentas Prada, Dior dan Bottega Veneta. Gaya jalanan selebriti Instagram ala Kendall, Kylie, Gigi, Bella dan Cara adalah penentu on what to wear now dan cara kombo luxe dan street. 

TIPS 6

Hitam dan putih atau disebut juga sebagai 'Mono' masih trendy. We say punch it up dengan sedikit pop warna neon dalam bentuk tas tangan, cap mahupun sunnies. One way to up the ante. 

 

 

TIPS 7

Do your OOTD! Biarkan ada yang bilang poyo ataupun syok sendiri. Namun setiap 'OOTD' mampu bantu selaraskan peranggu head to toe to see if it works atau harus disuai padan lagi sehingga dapat yang benar-benar pom pom!

TIPS 8

Kemaskan almari dari pakaian yang tidak langsung disarungkan tahun ini. Sama ada beri pada teman mahupun anda boleh saja kitar semula (H&M punya project recycle yang cukup menarik, hubungi butik terdekat untuk tahu lebih lanjut).

 

 

TIPS 9

Maximize your wardrobe. Satu kemeja boleh digayakan pelbagai cara. Gayakan seadanya, belt it, layer it mahupun wear it unbuttoned kala bercuti ke Bali, it’s so easy! 

TIPS 10

Have fun with it. Usah terlalu restrain and wear what is on trend and not. Ubah ikut kemampuan diri dan adapt to the trends and style. Play with what you have in your wardrobe dan usah terlalu serius, this is fashion! 



 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    33 Momen Terpenting Bagaimana Siti Sarah disiapkan Sebelum Vokalnya Bergemuruh di #GegarVaganza3

  • Seterus →

    "Fesyen Adalah Satu Cara Untuk Kongsi Stail Peribadi" — Tasha Shilla