Dec 04, 2016 - 18799

33 Momen Terpenting Bagaimana Siti Sarah disiapkan Sebelum Vokalnya Bergemuruh di #GegarVaganza3

Di sebalik gemerlap neon dan lampu sorot yang menerangi penampilan magis pentas maha karya, ada sekumpulan manusia yang bekerja siang dan malam, merealisasikannya.

 

Oleh: Rosie Haslinda Nasir

rosie_nasir@astro.com.my

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

KERINCIAN hasil kerja berpasukan daripada batalion artistik yang mempersiapkan Siti Sarah Raissuddin, ternyata memberikan impak luar biasa kepada penyanyi genit ini. Ya, Siti Sarah akhirnya membuat 'come back' selepas melahirkan. Dan kesannya bukan biasa-biasa.

 

Pentas gah Gegar Vaganza musim ke-3 ini nampaknya bukan padang permainan kecil untuk artis-artis senior. Baik Siti Sarah dan artis-artis seperjuangan, tiada lain yang diberikan — kecuali komitmen dan kerja keras.

 

InTrend menemui pereka fesyen yang bertanggungjawab mencipta dan menata gaya busana Siti Sarah saban minggu, bertanyakan tentang babak-babak dramatik lagi intrik yang telah terjadi sepanjang dia bekerjasama dengan 'team' Siti Sarah. Ini jawapan yang diberikan kepada kami. 

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

Bagaimana kolaborasi bermula?

 

Hatta sudah lama mengenali Siti Sarah. Hatta pernah bekerjasama dengan Sarah pada tahun 2008, waktu itu untuk Anugerah Bintang Popular. Alhamdulillah, Sarah selesa dengan ciptaan Hatta. Waktu terus berlalu, dan kira-kira dua atau tiga tahun lepas (maaf kalau salah), Sarah kembali mendapatkan perkhidmatan Hatta untuk satu lagi persembahannya, kalau tak silap di PCC Putrajaya. Sayang sekali, selepas itu kami terputus hubungan, sebab masing-masing sibuk dengan pecutan hidup sendiri. 

 

Dan baru-baru ini, Sarah tiba-tiba 'direct message' Hatta di Instagram, Sarah beri ‘hint’ kepada Hatta yang dia mungkin akan sertai Gegar Vaganza 2016. 

 

Secara peribadi, Hatta adalah peminat Siti Sarah. Sebagaimana Hatta meminati keunikan vokal Yuna, begitu jugalah Hatta mengagumi Sarah. Bagi Hatta, Sarah sangat-sangat berbakat. Hatta percaya bakatnya itu akan lebih bersemarak jika dia diberikan penataan gaya yang betul di pentas persembahan. 

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

Bagaimana Hatta visualisasikan gaya paling sesuai buat Siti Sarah?

 

Di mata Hatta, Sarah, dia seorang yang sangat energetik apabila beraksi di pentas. Bermaksud, dia boleh beraksi dengan baik, dia boleh berinteraksi dengan audiens, dia boleh berdansa, dia boleh berikan 'attitude' yang berbeza-beza mengikut sifat lagu. Hatta melihat Sarah ini macam Beyonce, dia ada aura tersendiri. Apresiasi pentasnya juga amat magnetik.

 

Itu belum lagi kita sentuh tentang 'stage presence' yang dibantu keunikan-keunikan fizikalnya. Lihatlah ton kulit Sarah yang 'tanned' tetapi cantik dan sekata. Bentuk tubuhnya juga makin cantik.

 

Dulu Sarah agak berisi. Tapi lihatlah dia sekarang, lekuk figuranya adalah kanvas yang amat elok untuk pereka fesyen menumpahkan kreativiti. Pinggangnya secekak serai. Ukuran badan bahagian atas dan bawah memang sempurna. Fizikalnya secantik potongan 'mannequin'.   

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

 

Ya, Sarah kecil dan genit. Dia petite, saiznya XS. Dia bukan seperti Intan Sarafina yang tinggi lampai persis model, you boleh letak apa saja pada badan Intan Sarafina, pasti menjadi.

 

Di sinilah cabarannya mencantikkan lagi Sarah yang sudah sedia cantik dalam pakejnya yang tersendiri. Bagaimana rekaan kita boleh memberikan ilusi Sarah lebih tinggi, misalannya. Ini cabaran yang Hatta suka.  

 

Hatta harus puji Sarah. Dia memberikan 200% di atas pentas. Dia telah memberikan 'sifat' serta kehidupan pada helaian busana yang kita pakaikan padanya. Kita dapat lihat semua itu apabila Sarah masuk ke dalam karakter lagunya lalu melangkah ke pentas.

 

Kenapa Hatta kata dia berikan 'sifat' pada dress yang dipakainya? Sebab memang biasa terjadi, dress yang direka itu cantik. Tapi apabila si pemakai gagal bawa aura baju, bukan saja dress nampak canggung, artis juga nampak 'salah'. Tetapi tidak dengan Siti Sarah. 

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Siti Sarah Raissuddin 

 

 

Bagaimana batalion artistik mempersiapkan Siti Sarah?

 

Setiap individu memainkan peranan penting. Epie Temerloh misalannya, tugasnya adalah menata solekan Sarah. Dia faham benar apa yang cantik dan apa yang harus dielakkan apabila menyolekkan Sarah. Alur kening, bujur mata, bentuk pelepah hidung, dinamik tulang pipi, garis rahang, waima lekuk pada ulas bibir Sarah; semuanya sudah Epie fahami. Gaya solekan selalunya dimuktamadkan selepas Epie tengok warna baju dan faham konsep lagu. 

 

Kim Mansor pula fokus pada rambut, menata dandanannya. Dia tahu apa yang baik untuk Sarah. Straight and sleek hair, sexy curly hair, big waves mahupun sanggul limau manis separas tengkuk, semuanya akan Kim Mansor tentukan selepas melihat keserasian lagu dan konsep keseluruhan. 

 

Petch (Muhammad Faisal) pula sentiasa berkomunikasi dengan kami, selalu beri 'update' tentang konsep persembahan, adakah minggu itu Sarah perlu membawa penari iringan atau tidak, dan sebagainya. Begitu juga dengan Ezan Marzan Echivarre, Suciuwais dan beberapa lagi individu penting yang lain (maaf kalau ada nama yang ketinggalan). 

 

Tidak dilupakan juga, sokongan luar biasa SITI SARAH OFFICIAL FAN CLUB. Semua ini sangat-sangat membantu, menjitukan lagi fokus Sarah. Semua ini takkan berlaku tanpa sokongan padu dan kerjasama tidak berbelah bahagi #TeamSitiSarah. 

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

 

Sarah sukakan ‘surprise element’. Minggu pertama, sewaktu kebanyakan peserta lain muncul dengan dress, dia pakai seluar. Minggu kedua pula, dia suarakan kepada Hatta, dia mahu pakai material jenis velvet. Lalu kami sepakat pilih warna deep maroon. 

 

Tapi kita 'tone down' habis, dress itu sengaja tidak diberikan sebarang perincian. Kerana 'focal point' yang mahu kami tumpukan adalah kekuatan lontaran vokalnya. 

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

Hatta menonton Sarah di TV? Atau menunggu Sarah di belakang pentas?

 

Hatta selalu berada di belakang pentas waktu 'rehearsal', juga semasa konsert sebenar. Hatta dapat rasakan momentum Gegar Vaganza dari dulu sampai sekarang sangat hebat. Kita harus angkat topi dan berikan pujian kepada seluruh production team Gegar Vaganza 2016. Juga kepada barisan penaja, dua orang hosnya yang hebat dan cekap, serta jajaran juri dan pengkritik.

 

Kerana karisma Gegar Vaganza selama tiga tahun itulah, maka Hatta dan #TeamSitiSarah perlu pastikan Sara sentiasa lengkap, bersedia dan sempurna. Kita tak mahu ada sebarang cela berlaku di pentas. Kita tak mahu perkara-perkara teknikal atau hal remeh-temeh mengganggu fokus Sarah. Hatta ucapkan terima kasih kepada semua.

 

Ini satu kembara penciptaan yang amat laju sebenarnya, tetapi Hatta benar-benar enjoy setiap saat daripadanya. Good luck buat Sti Sarah, juga buat semua finalis Gegar Vaganza 2016. Buktikan malam ini yang kalian kembali menyengat bukan untuk satu malam ini saja. Buktikan kalian layak dikenang sebagai mantan industri seni untuk 10 tahun lagi! 

 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

Sumber Foto: Hatta Dolmat 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.