Oct 22, 2016 - 15764
Oleh:
Foto: Fyza Kadir
PELUANG menjadi tetamu jemputan untuk menghadiri majlis anugerah mahupun pelbagai acara rasmi tidak dilepaskannya. Bagi wanita sosialit Fyza Kadir, peluang seumpama ini dimanfaatkannya untuk mengenali lebih ramai figura penting baik dalam bidang perniagaan, industri fesyen dan sebagainya.
Foto: Fyza Kadir
“Suami saya adalah seorang ahli perniagaan. Jadi dengan menghadiri upacara sebegini, ia banyak membuka peluang dan meluaskan rangkaian hubungan dengan individu penting yang lain dalam bidang perniagaan. Tambahan pula jika ia diadakan di luar negara, ia umpama medium yang banyak membantu meluaskan rangkaian perniagaan suami sedia ada,” ujarnya.
Sumber:
Peluang mengembara ke Cannes, Monaco dan Paris. Kongsikan cerita di sebaliknya?
Mulanya saya menerima jemputan daripada Dato’ Shah Rezza sebagai tetamu untuk Islamic Fashion Festival (IFF). Inilah kali pertama saya bersama suami ke Cannes untuk menghadiri undangan rasmi sebegini. Sementelahan ke Cannes, kami gunakan peluang yang ada untuk bercuti ke Monaco dan Paris.
Foto: Fyza Kadir
Foto: Fyza Kadir
Jarak antara Cannes dan Monaco tidaklah terlalu jauh, hanya menaiki keretapi dan perjalanan mengambil masa dalam lingkungan 45 minit hingga satu jam. Dan pemandangan sepanjang perjalanan... oh, terlalu cantik! Kami bercuti dalam lingkungan dua minggu. Menaiki penerbangan yang memerlukan transit pula sebenarnya memakan masa. Tetapi secara keseluruhannya ia satu pengalaman yang menyeronokkan bagi saya dan suami.
Foto: Fyza Kadir
Menarik mengenai Cannes dan Monaco pada pandangan Fyza?
Tempat dan suasananya. Menarik mengenai Cannes, ia hanyalah kepulauan kecil dan penduduknya sangat peramah. Pengalaman ditemu ramah ketika menghadiri IFF membuatkan saya berasa bertuah dan malu pun ada kerana saya bukanlah artis. Tetapi daripada perspektif lain, ia menunjukkan betapa mereka mengalu-alukan kedatangan pelancong ke tempat mereka.
Foto: Fyza Kadir
Saya juga memasang angan-angan mahu mendapatkan tiket menghadiri Cannes Films Festival tahun depan. Dan menarik mengenai Cannes, apa jua acara berprestij seperti majlis anugerah atau upacara yang gah lagi gemilang seringkali menjadi tumpuan penduduk di sana. Memang happening!
Sumber:
Sumber:
Mengenai Monaco pula, ia ibarat tempat percutian golongan elit dan mewah. Dan orang di sana, boleh dikatakan semuanya bersiap cantik walaupun sekadar keluar bersiar-siar sahaja. Pendek kata, jika keluar pasti ada kelibat yang mencuri tumpuan. Mereka berpakaian cantik persis model Ralph Lauren (hahaha).
Foto: Fyza Kadir
Antara lokasi sekitar Cannes yang sempat dilawati?
Banyak tempat-tempat yang cantik. Cuaca sewaktu saya di sana biarpun ada matahari tetapi tidak terasa kepanasannya dan tidak terik seperti di sini. Antara tempat yang sempat saya kunjungi adalah Promenade de la Croisette, pemandangan berlatarbelakangkan dermaga yang dipenuhi dengan pokok-pokok palma. Melihat restoran dan kafe selain butik-butik di sini, cukup cantik dan menarik.
Sumber:
Jika anda ke Cannes, ini harus dijadikan lokasi mesti dikunjungi. Rue Meynadier pula cukup membangkitkan nostalgia zaman dulu kala kerana di sini terletak butik-butik kecil di sepanjang jalan sekitar bandar. Melihat ukiran batu-bata dan jalan sekitarnya seperti berada pada zaman silam.
Suami saya memang kaki travel dan memandangkan dia pernah tour benua Paris dengan motosikal dahulu, tidaklah kami bersusah-payah mencari lokasi atau tempat-tempat menarik. Selain bantuan Google Map, Waze dan sebagainya kami sampai juga ke destinasi tumpuan pelancong di sana.
Sumber:
Pengalaman setiap kali bercuti bersama suami?
Bagi saya ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pasangan. Kita akan lebih mengenali karakter sebenar pasangan selain menghargai antara satu sama lain kerana apabila bercuti kita hanya ada diri masing-masing untuk bergantung harap. Pengalaman dan kenangan semasa bercuti seperti inilah membuatkan kita lebih menghargai perhubungan dan ikatan yang ada.
Foto: Fyza Kadir
Foto: Fyza Kadir
Persiapan yang dilakukan sebelum bercuti?
Kenal pasti cuaca atau perubahan iklim di sesebuah negara atau tempat yang ingin dilawati. Memandangkan suami seorang ahli perniagaan, dia lebih arif dalam soal berkaitan kadar tukaran matawang asing. Sudah semestinya kita perlu peka dengan kadar semasa untuk memudahkan sebarang urusan.
Foto: Fyza Kadir
Oh, saya juga bawa bersama item penting yang ada di dalam peti simpanan kecemasan seperti plaster dan panadol. Makanan sejuk beku juga saya bawa sebagai bekalan bimbang jika sukar mendapatkan makanan halal di hotel.
Foto: Fyza Kadir
Foto: Fyza Kadir
Mutiara kata berkitan dengan kembara yang ingin dikongsi bersama pembaca InTrend?
Hidup hanya sekali dan lakukanlah apa jua yang mampu menggembirakan hati anda.
Foto: Fyza Kadir
Foto: Fyza Kadir