Feb 18, 2017 - 2215

Koleksi Baju Raya Nurita Harith Menjadi Buruan Wanita

Nurita Harith mengimbas kembali detik awal dia bermula, bagaimana rekaan pertama rayanya sekadar sehelai kaftan paling tipikal. Hari ini, namanya menjadi sebutan pencinta fesyen.

 

Teks: Izni Jalil 

 

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

BOLEH dikatakan antara pereka fesyen yang masih baru dalam industri fesyen tanah air, namun Nurita Harith mampu menempa nama sebaris senior dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Dikenali menerusi signature rekaan yang romantis dan rona pastel yang menawan hati wanita pencinta fesyen.  

 

Tema apakah yang menjadi pilihan anda dalam menghasilkan koleksi raya yang pertama? Tahun bila ya? 

Koleksi raya pertama jenama Nurita Harith adalah pada tahun 2011, yang terdiri daripada rekaan one piece kaftan serta two pieces garment (top dan kain). Rekaan koleksi ini berkonsepkan potongan beralun, serta perhiasan yang ditambah secara eksklusif sebagai perincian utama. Saya masih ingat yang mana kami menggunakan khidmat Tengku Azura untuk menjayakan kempen koleksi lebaran itu. Ton warna yang digunakan terdiri daripada taupes, nude dan pastel yang hingga kini menjadi rona kesukaan saya.

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

Busana pengantin, 'ready-to-wear' atau 'custom made garments'. Yang mana kepakaran anda?

Saya lebih terarah kepada rekaan custom dan busana pengantin.

 

Sepanjang penglibatan dalam dunia fesyen, pernahkah rekaan busana raya anda dijual melalui medium membeli-belah online/offline di Malaysia? 

Sepanjang beberapa tahun yang lepas, kami bekerjasama dengan medium membeli-belah online, FashionValet dan Zalora. Kali pertama adalah pada 2014 untuk koleksi ready-to-wear (RTW). Sambutan yang menggalakkan menyebabkan kami tidak menang tangan kerana jumlah tempahan bukanlah sedikit. Dalam kesibukan itu, kami turut berasa teruja untuk melihat maklum balas pengguna dan penerimaan mereka terhadap produk RTW Nurita Harith. Dan perkara yang membuatkan kami bertambah gembira dengan kolaborasi itu adalah kemampuan untuk menawarkan busana rekaan kami pada harga yang berpatutan.

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

Dari mana anda mendapat idea rekaan untuk busana raya saban tahun?  

Kebiasaannya, idea bisa hadir menerusi pengamatan pada sumber fabrik unik, cetakan atau gantungan baju ketika proses rekaan.

 

Pada pendapat anda, apa perbezaan fesyen busana raya dahulu dan sekarang?

Sambutan hari raya saban tahun seakan menjadi musim fesyen yang tersendiri di Malaysia. Hampir semua pereka fesyen bersiap sedia saban tahun untuk menampilkan rekaan tersendiri sementelah pelanggan menunggu penuh debar akan koleksi yang bakal mereka keluarkan.

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

 

Bagaimana rekaan busana raya anda ketika zaman kanak-kanak dan remaja?

Kurung dengan dipenuhi motif bunga yang dibeli keluarga di Metrojaya dan stokin ropol!

 

Apa elemen penting yang MESTI ada dalam rekaan busana raya? 

Elemen yang perlu dititikberatkan adalah mengenai pemilihan fabrik yang disesuaikan mengikut cuaca kerana hari lebaran adalah hari yang mana kita banyak bergerak dalam cuaca dan suhu panas. Justeru, penggunaan fabrik yang 'sejuk' atau boleh menyerap peluh adalah pilihan terbaik. 

 

 

 

Happy Sunday to all!

A post shared by Nurita Harith (@nuritaharith) on

 

 

 

 

Apa tips tampil hebat pada pagi hari raya yang ingin dikongsi bersama pembaca? 

Kekalkan penggunaan aksesori yang ringkas dan elegan, serta punyai beg kepit yang menarik untuk dipadankan bersama busana pilihan anda. 

 

Nyatakan raya 'outfit' paling teruk yang pernah anda gayakan sepanjang hidup? 

Sepanjang menyambut lebaran, saya sentiasa berpuas hati dengan busana yang dipilih, tidak kira jika ia dipilih sendiri atau hasil padanan keluarga saya.

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

Boleh ceritakan mengenai koleksi raya anda untuk Aidilfitri tahun lalu? Daripada segi rekaan hinggalah perinciannya?

Sejak 2014 hingga ke tahun ini, kami menghasilkan dua koleksi khusus untuk lebaran; iatu The Raya LUXE yang menampilkan rekaan yang lebih eksklusif (custom made) dan Raya RTW.

 

Untuk koleksi The Raya LUXE, ia bercirikan kemewahan, pilihan rangkaian rona lembut dan dusty, bersama padanan rona hijau pudina dan fabrik utama adalah sutera. Keseluruhan koleksi melambangkan gabungan elegan, klasik dan semestinya mementingkan perincian kerja tangan. 

 

Manakala koleksi RTW pula menampilkan cetakan bunga orkid yang kami kagumi kecantikannya, ditambah lagi dengan rona pastel yang pelbagai seperti gabungan merah samar dan pic, hijau pudina dan rona biru seakan ais. Ia boleh dikatakan koleksi yang segar, menyeronokkan dan moden. Kami fokus pada potongan rekaan seperti penindihan dalam lipatan, box pleats dan drapings. Bagi mereka yang punyai fashion sense lebih menonjol, kami juga menyediakan pilihan busana dalam rona biru kelasi, hijau teal dan merah hati untuk setiap rekaan bagi memberi lebih pilihan buat pengguna. 

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

 

Apa maksud lebaran dalam kamus hidup anda?

Hari di mana kita berusaha untuk kelihatan hebat, selain meluangkan masa bersama mereka yang tersayang dan tentu sekali makanan lazat!

 

Momen raya paling manis anda sebagai pereka fesyen?

Apabila rekaan RTW saya untuk FashionValet terpampang jelas di papan billboard di Lebuhraya Persekutuan! Benar perasaan yang tidak dapat digambar keterujaannya. 

 

 

Sumber: Instagram @nuritaharith 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.