Mar 16, 2016 - 1

[KESIHATAN] Cara-cara Melakukan Pemeriksan Sendiri Sama ada Anda Menghidapi Kanser Payudara.

Menyedari betapa pentingnya pengesanan awal kanser payudara kerana ini dapat menyelamatkan nyawa penghidapnya...

Menyedari betapa pentingnya pengesanan awal kanser payudara kerana ini dapat menyelamatkan nyawa penghidapnya.  

Pengurusan Sendiri 

Bilakah anda perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara? 
Sebulan sekali.
7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang.Jika haid anda tidak datang, lakukan pemeriksaan pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalendar sebagai peringatan. 


Bagaimana Cara Melakukannya? 

1. Ketika Mandi 
Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata payudara. Gunakan tangan kanan untuk periksa payudara sebelah kiri dan tangan kiri untuk periksa payudara kanan; periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras di payudara. 

2. Berdiri Di Hadapan Cermin 

  • Angkat kedua-dua tangan, pusing perlahan- lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  • Cekak pinggang anda, tekan perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. 
  • Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. 
  • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan (jernih/ mengandungi darah) yang keluar. 

3. Baring 
Letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala untuk periksa payudara kanan. Tekan jari dan gerak perlahan-lahan secara memusar, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.