Feb 13, 2015 - 13

Cerita Pejuang Kanser Payudara Demi Anak & Keluarga

#

Demi keluarga tercinta, dia tekad bangkit untuk pulih. Langit gelap yang menutup pandangannya, hanyalah ujian dunia yang fana. Kecundangkah dia dalam perjuangan hidup dan mati ini?

OLEH : HUDA HUSSIEN

Langit terus menggelap. Kaki pula seakan tidak memijak bumi dan fikiran menerawang entah ke mana. Mengapa dalam ribuan wanita, aku yang Kau pilih untuk mengharungi ujian ini? Itulah yang dirasakan Rosni Osman, 47 atau mesra dengan pangilan Kak Oni kala dimaklumkan dia menghidap penyakit kanser payudara tahap tiga. Peristiwa yang meninggalkan kesan dalam hidupnya hampir 11 tahun lalu kini masih segar dalam ingatan.
dwcfecfwecwe.jpg
“Kak Oni masih ingat, tahun 2004 dan anak kedua, Iylia Ezetty, berusia setahun empat bulan masih lagi menyusu badan. Entah bagaimana, waktu menyusukan dia akak terpegang bahagian bawah lengan kiri dan terasa seperti ada benjol. Tapi yang peliknya tidak rasa sakit. Dan dalam hati terus terfikir janganlah ada kanser atau apa-apa yang tidak elok,” luahnya yang amat berdebar-debar dan cemas jika sesuatu yang tidak baik berlaku ketika itu.

“Kak Oni tidak sedap hati lalu pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Doktor cuma memberi antibiotik." Menurut pemerhatian awal doktor, jika ia hanya kelenjar biasa, selepas seminggu, ketulan tersebut akan beransur mengecil. Namun ia berlaku sebaliknya bagi Rosni. “Jadi, doctor minta akak pergi ke hospital dan sarankan berjumpa dengan doctor pakar (Datuk Dr M.Devanand – Pengasas dan Pengerusi Pink Ribbon Wellness Foundation) di Hospital Pantai, Bangsar untuk pemeriksaan lanjut,” tuturnya tenang mengimbas detik pahit.

Menjalani proses radiasi sebanyak 21 kali, selain mengambil pelbagai ubat-ubatan sepanjang tempoh ini, menurut Rosni, rezeki yang dinikmati hari ini memberi ketenangan kepada dirinya. Rosni redha melalui episod getir ini. Sekadar menjalani pemeriksaan biasa dan ujian mamogram sekali setahun, Rosni kini lebih memelihara kesihatan diri. Kini dia aktif sebagai sukarelawan di Pink Ribbon Wellness Foundation, juga di Hospital Kuala Lumpur sebagai tenaga pengajar kemahiran kraftangan. Dalam masa sama, Rosni menguruskan perkhidmatan katering yang kini memasuki tahun kedua. Doa kami agar Rosni sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Moga kisah ini memberi inspirasi buat semua wanita agar melihat sesuatu musibah itu daripada perspektif yang positif.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: