Mar 11, 2016 - 1

[EKSKLUSIF!] “Jangan bunuh kucing, jangan bunuh anjing! Mengapa masih ada orang Malaysia berhati kejam?” Rayuan Thanuja yang Menyentuh Hati Anda

Mengungguli tiara Miss World Malaysia 2010 adalah mimpi bulan jatuh ke riba. Thanuja Ananthan bertekad memanfaatkan platform itu untuk terus beramal sebagai sukarelawan, melindungi haiwan daripada terus dizalimi.

 TANUJA.jpg

THANUJA ANANTHAN 
AMAL BAKTI PALING MANDATORI

Q: Isu memperjuangkan hak haiwan dan melindunginya daripada penderaan dan kezaliman masih dipandang sambil lewa. Apa pandangan Thanuja? Dan apa harapan Thanuja?

 

 

A: Baru pagi tadi saya hadir ke Studio Bella NTV7 untuk bercakap tentang isu penderaan haiwan. Saya tidak pasti jika anda tahu atau tidak, tetapi Malaysia berada di tangga ke-4 dalam senarai dunia sebagai negara yang menjadi perumah kepada banyak kes-kes penderaan haiwan, dahsyat bukan? 

 

Saya amat berharap kesedaran akan segera bangkit dalam kalangan rakyat Malaysia. Alangkah bagus jika pihak kerajaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membentuk satu subjek baru dalam silibus pendidikan negara. Kita boleh saja memanggilnya sebagai subjek atau ko-kurikulum ‘Animal Welfare’, mengapa tidak? Sikap penyayang dan toleran terhadap haiwan harus dipupuk semenjak kecil lagi, barulah orang kita tidak menjadi pembunuh haiwan, pembuli, pendera, pencedera, ahhh… panggillah apa sahaja. Apabila kesedaran ini lebih holistik, maka statistik penganiayaan terhadap haiwan boleh dikurangi secara kolektif.

 

Jangan bunuh kucing, jangan bunuh anjing. Jangan beli haiwan-haiwan eksotik, haiwan sebegini ditakdirkan untuk hidup di dalam hutan belantara, bukan di dalam rumah anda atau di dalam sangkar besi yang kotor dan busuk, yang tidak diurus sempurna. Jangan tambat anjing anda pada tiang yang tidak berbumbung. Bayangkan pada hari yang panas terik dan habanya memanggang kulit, pedihnya seperti mengoyakkan dermis dan epidermis anda, dan anjing ini terikat di situ, tidak boleh ke mana-mana untuk berteduh. Ia sengsara separuh mati, terseksa kepanasan. Sukakah anda jika diperlaku sedemikian rupa?

 

Apakah ini mentaliti kita, masyarakat maju Malaysia yang kita banggga-banggakan? Sedangkan ramai daripada kita masih terkepung dalam kerangka fikir barbarian? Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mematerialkan impian ini. Inilah wajah pendidikan baru yang ingin saya lihat berlaku dalam negara kita, dan saya perlukan pertolongan anda semua. Bantulah saya dan rakan-rakan sukarelawan yang lain.  

 

NOTA: Dapatkan majalah @intrendmalaysia edisi Mac 2016 untuk artikel penuh.

 

 

😻 #mrmoe

A photo posted by Thanuja (@thanujaananthan) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  Thanuja