Dec 03, 2014 - 6

Eksklusif InTrend di MAS Hanger, Sepang

Tepat jam 12 tengah hari, redaksi InTrend sudah berada di ruang servis pesawat MAS di Sepang, cuaca yang sedari tadi mendung dan hujan sudah mula reda

dscfwefcdw.jpg
MH370 dan MH 17 meninggalkan rasa yang amat kuat buat sanubari anak Malaysia, tidak kurangnya buat redaksi InTrend, lantas ini cara kami meraikan mereka dan beri kata-kata semangat dan sokongan untuk bilang Malaysia masih sayangkan Malaysia Airlines. Tepat jam 12 tengah hari, redaksi InTrend sudah berada di ruang servis pesawat MAS di Sepang, cuaca yang sedari tadi mendung dan hujan sudah mula reda, kami disambut mesra Adlina Azharuddin daripada Komunikasi Korporat MAS, kala menunggu enam personaliti pilihan disiapkan, sempat juga redaksi InTrend meninjau kawasan yang menarik dan jarang benar dapat dirakam media massa. Enam personaliti pilihan yang kami temu bual adalah Juruterbang, Pembantu Juruterbang (yang juga anak kepada Juruterbang), Penyelia Pramugari, Pramugara Kanan, Jurutera dan Juruteknik Penerbangan. Mereka disolek dan dirias dek sentuhan Fendi Sani dan Surya Zainul, manakala foto dirakam oleh Nizam Basri.

Dapatkan InTrend Edisi December 2014 untuk cerita menarik mengenai MH370 dan MH 17 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: