Feb 13, 2015 - 4

Wanita Cekal Membesarkan Anak Anugerah

Wanita berjiwa besar, berwajah jernih manis dengan hati yang sentiasa bercahaya ini sangat kalis ujian sebenarnya...

Ini satu ceritera hakiki. Perjalanan getir seorang wanita yang menghabiskan waktu, tenaga, keringat dan air matanya untuk anak-anak, yang mempunyai takdir hidup sangat luar biasa di matanya.
OLEH : LILY HASLINA NASIR
 dfvfcercfe.jpg
Siapa antara kita sanggup hamil demi menyusukan bayi yang diamanahkan kepada kita? Siapa pula yang sanggup bersusah menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kelantan kemudian kembali ke Kuala Lumpur semula semata-mata untuk membawa pulang bayi yang kurang seminggu umurnya untuk dijadikan anak angkat? Payah bukan untuk kita yang biasa-biasa ini? Pengorbanan ini memerlukan jiwa luar biasa. Namun Norlina Alawi sangat tegar. Dia akan lakukan apa sahaja demi anak-anak dan keluarga besarnya.
 
CATATAN KASIH NORLINA HAJI ALAWI
"Tidak perlulah saya menyebutkan nama anak yang mana, namun saya tersentuh hati apabila dia bertanya, mengapa saya bersungguh mahu menjaganya? Mengapa suami saya tidak menghalau dia dari rumah? Paling menyayat hati, mengapa dia dibenarkan makan semeja bersama kami?"

“Mama, adik ada AIDS, ya? Dulu arwah mak pesan, kalau adik makan... adik tak boleh dekat dengan orang lain. Nanti orang geli!”

Wanita berjiwa besar, berwajah jernih manis dengan hati yang sentiasa bercahaya ini sangat kalis ujian sebenarnya. Perkahwinannya dengan Lt. Kol. Roslan Zakaria, dikurniakan tujuh cahaya mata yang dikandung sendiri. Famili kecil kini menjadi keluarga besar, menjangkau 50 orang anak-anak anugerah yang dianggap anak syurga. Laluannya tidak mudah. Setiap anak diterima dengan berlapang dada. Ada yang diberi orang. Ada yang ditinggalkan ibu. Ada yang kematian ayah ibu.

 Ada pula anak jalanan dari latar lorong gelandangan dan Norlina mengakui dia sanggup melalui segala kepayahan mengambil anak anugerahnya itu sebagai anak angkat yang sah, biarpun prosedurnya amat rumit dan kekadang penuh air mata. Saya tersentap. Tidak mampu bersuara namun air mata saya laju mengalir. Semakin kuat saya mendakap anak itu. Semakin rapat kucupan kepadanya. Bagi Norlina, anak-anak ini tidak berdosa. Mereka seputih kapas. Justeru dia sanggup menolak tepi isu bangsa atau asal-usul anak-anaknya. Ada yang mualaf, berdarah Filipina, ada yang bersusur-galur

Sesungguhnya anak-anak, kita semua memang dijanjikan mati. Sama ada kita ini sihat atau punya peyakit, apa sahaja status kita; kita tidak boleh lari daripada mati. "Ada HIV/AIDS atau tidak, mati itu sesuatu yang pasti. Redalah menerimanya. Kuatkan semangat, abadikan nama yang baik, malah kenangan yang manis buat orang yang kita tinggalkan serta ampunkanlah orang yang telah menghina kita. Insya-Allah, kita tenang di sana nanti. Cinta kita yang paling agung ini nanti, biar Tuhan sahaja yang membalasnya dengan syurga hakiki. Semua itu dengan izin Allah akan terjadi selepas kita menutup mata nanti. Doakanlah, anak-anakku."

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: