Jun 09, 2018 - 445

Diculik, dibaling ke Semak, diratah Semut! — Ini Kata Ibu Baby Aisyah dan TIPS Atasi Trauma Anak yang Dahsyat

Trauma yang menghantui fikiran anak kecil ini hanya Tuhan yang tahu. Ini bicara ikhlas ibunya, juga panduan untuk mengatasi gangguan trauma yang hebat.

 

 

Sumber foto: Facebook Diela Yusofe 

 

 

 

 

Sumber foto: Facebook Diela Yusofe 

 

 

 

“SEKITAR jam 5.00 pagi, ibu saya bangun bersahur dan menyedari pintu bahagian belakang terbuka. Tetapi dia tidak mengesyaki apa-apa. Ketika itu, saya belum menyedari Nur Aisyah tiada di tempat tidurnya kerana sedang sibuk menyiapkan makanan untuk anak sulung bersahur.”

 

“Tetapi apabila saya masuk semula ke bilik, baru saya sedar Nur Aisyah tiada di tempatnya…”

 

 

Adik Nur Aisyah, bayi yang baru berusia 17 bulan akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan mukanya parah digigit dan diratah semut setelah dia dicampak oleh si penculik ke dalam sebuah semak berdekatan pencawang elektrik di Muar. 

 

 

 

Sumber foto: Facebook Diela Yusofe 

 

 

 

Sumber foto: Facebook Diela Yusofe 

 

 

 

Ini Ucapan Ikhlas Ibu Nur Aisyah, Bayi 17 Bulan yang Kini Sudah ditemui 

“Sebelum lupa, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu ketika Aisyah hilang. Paling banyak bagi moral support adalah adik-beradik.”

 

“Lepas sahaja sedar hilang, memang adik-beradik paling banyak tolong. Sedangkan waktu tu waktu sahur tapi sebelum pukul 6.00 pagi hampir kesemua dah ada di rumah bantu cari Aisyah. Yang jauh-jauh semua sampai sebelum petang. Terima kasih semua.”

 

 

“Terima kasih kepada Kak Jamilah Yusuff Qaisaranajib bagi pinjam telefon bimbit dan tolong jagakan tiga anak yang lain sampai hari ini. Moga dapat tolong sehingga Aisyah dapat keluar hospital.”

 

“Polis masih suruh berjaga-jaga dengan apa yang berlaku kerana motif sebenar kejadian masih belum diketahui.”

 

 

“Terima kasih kepada abang, akak ipar, adik dan adik ipar, Maya Md Top Zack Yusofe Zie Zack Siti Zubaidah Muhd Muhadir Abang Ngah, Kak Ngah Shah Kecix Eraisyah Iya."

 

 

 

"Minta Maaf Jika Menyusahkan Semua..."

“Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi kami dari awal sampai Aisya dijumpai. Maaf jika menyusahkan semua.”

 

“Kepada yang tinggal jauh dan sanggup balik pada hari kejadian, Kak Ainny Midie Akleema Aqeel Noorhidayah Yusofe Andak Hazamee Hussein, terima kasih sangat-sangat.”

 


“Kepada Mala Yusofe terima kasih banyak tolong. Terima kasih juga kepada Kak Zana, kepada anak-anak saudara semua. Terlalu ramai nak tag. Tapi Cik Dila nampak ramai ada ketika Cik Dila kesusahan. Terima kasih ya.”

 

 

“Kepada keluarga mentua, dari jauh sanggup datang. Kak Yana, Kak Alia Nora Ain Norain, mak abah, terima ksih sangat-sangat ada bersama kami ketika kami kesusahan.”

 


“Kepada orang kampung, terima kasih sangat-sangat tolong sehabis baik. Kepada Sarina Yusofe, walaupun jauh masih terasa dekat. Terima kasih kepada adik-beradik dan anak saudara yang lain. Maaf jika tak sebut sebab ramai sangat famili kita tapi saya tahu, kalian semua memang mendoakan keluarga kami. Terima kasih sangat-sangat.” 


“Kepada semua rakyat Malaysia, dan jika terlupa siapa lagi, terima kasih tak terhingga, risaukan Aisyah dari hilang sampai sekarang. Saya tiada harta untuk dibagi kepada semua yang baik hati tapi saya berdoa moga Allah balas jasa anda semua. Terima kasih sangat-sangat.”

 

 

Sumber foto: Facebook Diela Yusofe 

 

 

 

 

Cara Bantu Anak yang Trauma Mengatasi Memori Pahitnya

 

Sebenarnya, trauma boleh menimpa anak kecil mahupun dewasa, tidak kira tua ataupun muda. 

 

Namun boleh kita katakan di sini, kesan trauma akan berbekas dengan lebih lama dan dahsyat kepada anak kecil kerana secara psikologi, anak kecil tidak bersedia untuk berdepan dengan sesuatu peristiwa yang menakutkan berbanding kita yang telah dewasa. 

 

 

Menurut pakar psikologi, emosi ekstrem atau gangguan stres yang terhasil kerana peristiwa yang traumatik lebih cepat hilang jika seseorang anak kecil itu secara lahiriahnya seorang anak yang cergas, ceria dan ekstrovert. 

 

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh para ibu bapa amalkan demi membantu anak kecil mengatasi trauma:

 

 

1. Timbulkan Suasana yang Aman Lagi Tenteram

 

Antara cara paling mudah untuk menghilangkan trauma kepada anak adalah dengan memberi keyakinan dan kepercayaan bahawa anak itu berada dalam suatu zon atau kawasan yang selamat, tenang dan aman. Selalulah memeluk anak yang trauma supaya dia berasa selamat dan dilindungi. Jangan tinggalkan dia begitu sahaja walaupun untuk ke tandas walau seketika.

 

 

 

2. Selalulah Bercakap-cakap Dengannya

Timbulkan satu suasana perbualan yang intim, akrab dan mesra dengan anak kecil itu. Walaupun dia belum pandai berlawan cakap atau berbual-bual, anda perlulah bersembang-sembang dengannya.

 

Mengapa? Kerana mendengar suara anda (yang merupakan ibu atau bapanya) boleh memberi ketenangan kepada dirinya. 

 

 

3. Jangan Sekali-kali Menyalahkan Anak Anda

Jangan pula sewaktu anak sedang mengalami trauma, anda menceceh dan membebel yang bukan-bukan sehingga pening dan sakit telinga dia mendengarnya. 

 

Jangan sekali-kali memberi komen, “Kalau ibu tidak buat begini, mesti benda ini tak terjadi…”, atau “Semua ini takkan jadi kalau…”

 

Janganlah berkalau-kalau dengan anak kerana anda perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak bahawa ini semua sudah tersurat sebagai takdir dan ujian Allah. Bersyukurlah kerana dia masih di samping anda. 

 

 

 

4. Gembirakanlah Hati Anak yang Trauma

Apakah agaknya yang disukai anak? Adakah dia suka bermain anak patung? Atau suka melukis? Atau suka bermain ‘play doh’? 

 

Ibu bapa tidak wajar berkedekut atau terlalu berkira wang pada tempoh yang menguji emosi ini. Selagi ada kemampuan dan tidak melampaui batas, belikanlah apa jua permainan yang boleh menggembirakan hatinya. Ini juga salah satu cara untuk membuat anak kecil segera lupa pada memori traumatik itu.  

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.