Nov 27, 2016 - 8093

Partikel Najis Masuk Paru-paru Bayi — Lelaki Ini Sempat Cium Anak Syurganya 2 Hari Saja, Allahu!

Kisah perit getir kematian anak pertama buat Mohd Fitri bangkit daripada kemurungan. Ini kisah benar insan terpilih yang dianugerahkan seorang anak syurga.

 

Oleh:

Penyelaras :

Kenangan isteri bersama anak kedua Fitri Osman kala bercuti di luar negara. 

 

MOHD Fitri Osman, 29, datang dari latar keluarga berpendapatan sederhana, berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan berkahwin dengan isteri yang berasal dari Dengkil. Bertambah seri perkahwinan mereka dua tahun lalu apabila dikhabarkan isteri berbadan dua. Malah sepanjang tempoh  sembilan kehamilan, segalanya dilalui dengan penuh gembira bercampur teruja. Tiada sebarang kesulitan dan syukur kerana keadaan kesihatan bayi dalam kandungan juga stabil dan sihat seperti biasa.

 

Namun demikian, selepas genap sembilan bulan usia kehamilan, isterinya masih lagi tidak memberikan tanda-tanda mahu bersalin. “Doktor beri tempoh lanjutan seminggu untuk bersalin. Selepas seminggu barulah isteri menunjukkan contraction dan ditempatkan di wad bersalin Hospital Putrajaya,” terang Fitri cermat.

 

 

Sungguh, Allah mahu menduga pasangan suami isteri ini tatkala pada malam isterinya mahu melahirkan cahaya mata sulung mereka, ada sesuatu yang menjentik rasa. Ujar Fitri, “Pada malam itu mulanya semuanya stabil. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Selepas air ketuban pecah, isteri saya dibawa masuk ke bilik bersalin. Ketika dia sedang meneran untuk melahirkan bayi, tiba-tiba kata doktor bayi sudah pun berak di dalam perut. Apabila bayi sudah berak ketika masih berada dalam perut ibunya, doktor bimbang jika bayi akan lemas. Dan kesannya, jika bayi lemas akan mengakibatkan kematian. Maka atas arahan doktor, emergency operation terpaksa dilakukan ke atas isteri saya. Allah sahaja yang tahu betapa resahnya saya menanti isteri dan bayi di luar bilik bedah."

 

"Dan kira-kira jam 1.00 pagi selepas pembedahan, isteri saya dibawa keluar dan bayi kami terus di bawa masuk ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit),” ujarnya lagi. 

 

>>>"Suami Isteri Jangan Ego. Kalau Salah, Sama-sama Tegurlah Dengan Baik..." — Fizo Omar<<<

 

Optimis segalanya akan kembali pulih kerana pengalaman anak-anak saudara Fitri yang lain pernah dimasukkan ke wad sama kerana lahir tidak cukup bulan dan sebagainya. Dan sebagai bapa baru, Fitri tetap menitipkan doa memohon agar kesihatan dan keadaan bayinya sentiasa dalam perlindungan Allah. “Keesokan harinya, menurut doktor, partikel najis sudah mula memasuki salur tekak dan mula melekat di dalam paru-paru bayi. Disebabkan partikel itu, selepas tempoh baby honeymoon period  24 jam yang bayi ada, ia mengakibatkan pertumbuhan bakteria kerana sudah bercampur dengan oksigen yang masuk di dalam bayi sekali gus menyebabkan jangkitan dan serangan pada seluruh paru-paru,” jelas Fitri dengan teliti.

Atas saranan doktor juga, antibiotik dimasukkan (walaupun ia tidak digalakkan dan tidak sesuai kerana kondisi bayi) namun, dalam kes ini ia terpaksa dilakukan demi memulihkan kondisi bayi yang agak kritikal ketika itu.

 

DUA HARI MELIHAT DUNIA. DIALAH 'ANAK SYURGA!' 

 

Saya harus percaya pada takdir. Malah kisah ini juga harus dijadikan teladan kepada pihak hospital untuk meningkatkan lagi perkhidmatan. Yang berlalu harus saya biarkan ia pergi. Lupakan segala sengketa. Tetapi saya harus reda dan menerima apa sahaja rupa dan bentuk malah takdir yang termaktub untuk anak saya. Sukar untuk saya gambarkan kesedihan melihat hayatnya hanya dua hari dia melihat dunia. Usaha pihak hospital ternyata gagal dan anak saya tenang dijemput ilahi. Begitulah yang dikatakan ajal maut di tangan tuhan. Selepas kematian anak, saya cuba bangkit untuk memberi kekuatan pada diri saya dan isteri.

 

Beberapa kali saya berjumpa ustaz dan orang agama. Ada yang memberi kata semangat malah ada seorang ustaz ini menyentap hati saya dengan mengucapkan “Congratulations”. Saya soal kembali kenapa mengucapkan sebegitu kepada saya dalam keadaan sedih sebegini?

 

Lantas Ustaz itu menjawab. “Kadang kala dalam kehidupan manusia sering marah kerana kita kurang ilmu. Adakah anda mengetahui tantang ‘Anak Syurga’? Anak kamu dijamin masuk syurga. Awak sepatutnya perlu gembira kerana terdiri daripada golongan itu. Anak itu dijamin syurga! Malah jika ibu bapanya reda dengan ketentuan Allah mereka juga diaminkan syurga.”

 

Terduduk saya lalu mengangkat syukur kepada yang esa. Ya, tiba masa saya keluar dari belenggu kemurungan dan ‘move on’ untuk terus memandang hari hadapan.

 

TIGA BULAN YANG PENUH PERIT

Ternyata kejadian yang menimpa saya berlarutan hingga tiga bulan. Bak kata orang, makan tak lalu, mandi tak basah. Malah tiga bulan yang dinyatakan ini ternyata lebih lama rasanya apabila diri diulit rasa kesedihan yang terlampau. Setiap kali melihat anak kecil mahupun gambar baby comel hati mula rasa sayu terkenangkan arwah. Boleh dikatakan setiap minggu kami menziarahi kubur meratapi. Rentetan dari cerita ini, kondisi kewangan saya dan isteri saya semakin merudum.

 

Inilah ujian yang harus saya hadapi, Berkali-kali saya bisik pada diri, bangkit! Bangkit! Dan terus bangkit! Saya tersedar lalu keluar dari kepompong belenggu ini. Kematian anak saya bukan pengakhiran sebuah kisah hidup selagi ada saya dan pasangan saya. Semangat perlu utuh. Insya-Allah... Tuhan akan gantikan dengan yang lebih baik malah saya harus tersenyum menanti anak saya di pintu syurga nanti. 

 

LEMBAR PERNIAGAAN ASAM PEDAS DAN KAFE KAYU PUN BERMULA

 

 

Pada asalnya saya seorang jurutera, sama juga seperti isteri saya yang berkhidmat dengan syarikat dari Jepun. Kami nekad berhenti kerja selepas kejadian menempuhi tiga  bulan yang penuh duka. Saya mulakan perancangan untuk buka sebuah restoran. Tanpa pengalaman dalam bidang tersebut saya bertuah kerana keluarga mertua saya merupakan peniaga gerai makanan bergerak. Dari situ kami terfikirkan tentang satu perniagaan yang harus saya cipta untuk mendatangkan keuntungan.

 

Saya tidak pernah impikan perniagaan yang begitu luar biasa sambutannya. Saya boleh katakan ketika awalnya perniagaan ini hanyalah satu percubaan untuk bermula dalam bidang perniagaan. Alhamdulillah, ini adalah berkat doa adik beradik saya dan isteri. Kami bersama-sama cipta konsep perniagaan dan dekorasi restoran. Segalanya kami bina sendiri menggunakan kayu terpakai. Siang malam bertungkus -umus ingin menghasilkan yang terbaik.

 

 

 

 

 

Bermula dengan pendapatan RM300 sehari, kami bersyukur kini kami raih lebih dari itu. Sehinggakan sekarang bilangan pelanggan yang hadir datang bukan hanya sebuah kereta malah mereka datang dengan jumlah satu bus sekaligus. Boleh encik bayangkan?

 

Sungguh hebat penangan asam pedas ini. Inilah juga rezeki yang dari tuhan untuk digantikan dengan perit getir hidup yang pernah saya lalui. Pelanggan yang hadir juga bukan dari kalangan rakyat Malaysia sahaja malah pelancong juga turut hadir setiap bulan dan menjadi pelanggan tetap kami. Syukur. Siapa sangka kehadiran mereka menceriakan lagi hari kami? Malah dengan adanya aktiviti perniagaan ini saya dan isteri lebih lupa tentang kisah perit dulu dan terus maju untuk hadapan. Malah doa kami arwah tidak pernah putus, ingatan kami kepada anak pertama akan terus kami kenang. Alhamdulillah kini kami dikurniakan cahaya mata ternyata dialah penyeri hidup kami malah dia juga sumber kekuatan untuk kami terus pandang ke hadapan.

 

 

 

 

P/S:  Semoga cerita ini memberi kita inspirasi agar terus bangkit daripada kemurungan diri. Doa InTrend buat pasangan ini agar terus tabah dan maju jaya menempuh dunia perniagaan di Malaysia. 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Masa SPM, Dr. Soo Wincci Dapat ‘A’ Subjek Fizik, Kimia, Bio & Add Math! — Ini Kisah Sukses ‘Beauty With Brain’, Jadikan Teladan

  • Seterus →

    Budak Sekarang Hebat Depan ‘Keyboard’ Tapi Tak Reti Bergaul, Kita Dulu-dulu Satu Sekolah Kita Berkawan!