Oct 26, 2016 - 8397
Oleh: Fauziah Mohamad Asri
MELANGKAH ke alam penyatuan dua jiwa yang sah dan halal di sisi agama adalah salah episod kemuncak dalam hidup lelaki dan wanita.
Tapi, sebelum penyatuan jiwa ini menjadi halal, lelaki dan wanita perlulah menyiapkan diri mereka. Baik daripada aspek fizikal, mental dan emosi.
InTrend bawakan 15 kisah menarik mengenai seks untuk tatapan bakal pengantin. Juga untuk pengantin lama.
KISAH 1
Dalam satu undian yang dijalankan, lelaki computer nerds didapati pandai berhubungan intim dan memuaskan pasangan. Sebanyak 82% mengakui, mereka mendahulukan kepuasan pasangan berbanding kepuasan sendiri.
KISAH 2
Orang yang berhubungan intim tiga kali seminggu mempunyai perawakan empat ke tujuh tahun lebih muda berbanding mereka yang tak berhubungan intim sekerap itu.
KISAH 3
Kajian menunjukkan hanya 41% lelaki dalam kerjaya profesional tidak mementingkan diri sendiri apabila berada di ranjang.
KISAH 4
Pakar antropologi ada menyebut, anda harus melakukan hubungan intim pada sebelah malam sebelum ke pejabat esoknya kerana hubungan intim merangsang kimia otak sehingga meningkatkan kreativiti di tempat kerja.
KISAH 5
Isteri disaran supaya cuba aksi ‘striptease’, dua minggu sebelum datang bulan. Dipercayai hubungan ranjang lebih bagus.
KISAH 6
Dipercayai orgasma boleh merawat penyakit gugup di pentas. Satu kajian di Scotland mendapati, apabila kehendak hubungan intim dilepaskan, orang yang gugup dan selalu gagap di pentas akan menjadi relaks. Malah boleh berucap dengan lebih baik.
KISAH 7
Cuba teknik kucup suami di hadapan cermin. Ia dikatakan membuat wanita berahi.
KISAH 8
Pasangan yang saling berpelukan sewaktu menonton TV bersama adalah lapan kali lebih kurang risiko mengalami depresi berbanding mereka yang hanya berciuman sewaktu berhubungan intim.
KISAH 9
Sepanyol, Brazil dan Itali dikatakan antara negara yang menghasilkan hero-hero ranjang terbaik dunia. Hero hubungan intim paling buruk dikatakan lelaki Jerman, kerana pasangan mereka melabel lelaki Jerman sebagai “terlalu berbau”. Lelaki Inggeris dikatakan terlalu malas. Manakala lelaki Sweeden pula “asyik nak habis cepat”.
KISAH 10
Dikatakan wanita yang memiliki EQ yang tinggi merasai kllimaks yang lebih baik berbanding wanita yang rendah EQ.
KISAH 11
Tahukah anda, lelaki yang suka makan daun seleri mempunyai daya tarikan seks lebih kuat terhadap wanita? Menurut pengarang buku berjudul “Scentsational Sex”, apabila lelaki mengunyah seleri, mereka membebaskan molekul bau androstenone dan androstenol ke dalam mulut. Kemudian, aroma ini masuk ke kerongkong dan naik ke hidung. Di situ, hormon pheromones terhasil. Ia menimbulkan ghairah pada lelaki. Lalu menghantar signal seksual kepada wanita.
KISAH 12
Aneh tetapi benar kerana ada wanita mengalami orgasma semasa sedang melahirkan anak.
KISAH 13
Pasangan Greek dilaporkan melakukan hubungan intim sekerap 138 kali dalam setahun. Ini meletakkan mereka di tangga paling atas sebagai bangsa yang paling aktif dan berselera dalam hal ehwal seks. Pasangan Jepun pula dilaporkan hanya berhubungan intim sebanyak 45 kali dalam setahun. Menjadikan mereka sebagai bangsa tercorot dalam carta aktiviti seks masyarakat dunia.