Dec 18, 2015 - 2

[GAJET] Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL hadir dengan Windows 10

Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL kini berada dipasaran Malaysia. Telefon pintar dengan platform Windows 10...

 Microsoft Lumia 950 dan Lumia 950 XL kini berada dipasaran Malaysia. Telefon pintar  dengan platform Windows 10 ini dinantikan pengguna di Malaysia. Pastinya ramai yang tidak  sabar untuk mencuba fungsi Continuum yang terdapat pada telefon pintar ini. Menariknya  fungsi khasnya iaiatu membolehkan telefon pintar ini menjadi seperti sebuah PC Windows 10 apabila disambung ke Monitor atau TV.

Sedikit mengenai spesifikasi Microsoft Lumia 950 dan 950 XL kedua-duanya adalah telefon pintar perdana dengan perbezaan saiz paparan dan juga cip pemproses. Selebihnya kedua-duanya hampir sama. Lumia 950 XL hadir dengan skrin sebesar 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels dan pemproses Qualcomm Snapdragon 810. Manakala Lumia 950 pula hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu 4.2 inci dan pemproses Qualcomm Snapdragon 808. Malah skrin ini juga hadir dengan ciri  Glance Screen dan Clear Black. Antara ciri-ciri lain yang hadir pada kedua-dua telefo pintar  ini termasuk 20 Megapixel kamera utama, 5 Megapixel kamera hadapan, USB Type-C, Pengimbas Iris, sokongan dual SIM dan sebagainya.

Harga pasaran Microsoft Lumia 950 dijual pada RM 2,699 manakala Lumia 950 XL  RM 2,999. Telefon pintar Microsoft ini ditawarkan didalam warna hitam dan putih dan pembelian melalui wakil pengedar sah akan bermula pada 18 Disember ini.

Microsoft Lumia 950 XL
Lumia-950-XL.jpg

Microsoft Lumia 950
Lumia-950.jpg

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.