Jan 29, 2017 - 2177

12 Petanda Pasangan Anda 'MUSANG BERJANGGUT' — Anda Mungkin Terlepas Pandang

Semua wanita berazam mahu menjadi isteri mithali. Tapi kalau suami licik dan banyak helahnya, wanita perlu peka mencium muslihat suami “musang berjanggut”.

 

Oleh: Amira Syahida

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

AWAS wanita sekalian! Kenali sikap suamimu sebelum dia terus-terusan mengambil kesempatan. Usah terpedaya. Fahami petanda sahih suami ‘Musang Berjanggut’ yang bakal membuka matamu.

 

Isteri Berkerjaya, Suami Kaki ‘Pau’

Hakikat perkara ini jarang berlaku kepada si isteri, tetapi jikalau kamu salah seorang mangsa ‘kaki pau’ suami, maka perlu lebih berhati-hati. Wanita berkerjaya duitnya pasti berkepuk-kepuk, apabila dikeluarkan tas tangannya, sebeban duit bertabur di lantai lantas melihat keadaanmu yang kaya raya itu, sampai saja di kompleks beli-belah atau kedai runcit mulalah suami beri 1000 alasan, dompet tertinggallah, terlupa “cucuk” duitlah, gaji bulanan sudah habis beli barang dapurlah.

 

Maka akhirnya, “Ala, guna duit awak dululah. Gaji bulan depan nanti saya gantilah.” Tunggu punya tunggu, lepas tiga bulan pun senyap saja, apa cerrr?

 

 

Suami Syok Dapat Isteri ‘Superwoman’

Banyak wanita terlupa yang dia sesungguhnya bukanlah superwoman! Tetapi yang selalu berlaku, wanita selalu bersedia untuk mengambil alih apa-apa jua beban jika si suami tidak dapat melakukan. Bayangkan, bangun pagi nak mandikan anak, seterika baju, cari stoking (anak dan suami!), bancuh kopi, sediakan bekalan makanan anak ke sekolah, hantar anak ke taska, ambil anak dari tempat tuisyen dan alahai… semputnya nak sebut semua. 

 

 

Duit Lesap Depan Mata

Berhati-hatilah dengan kepercayaanmu terhadap suami. Biasa berlaku suami dan isteri membuka akaun bank bersama. Katanya, “Tak apalah yang, ini duit tabungan kalau kita sesak nanti.” Tapi cukup hujung tahun apabila isteri kemas kini buku akaun, hendak terpengsan dia melihat baki wang simpanan yang dulunya lebat dan sedap mata memandang, rupanya dah rata ‘dicaras’ suami sendiri.

 

 

Isteri ‘Sporting’ Tapi Tak Kena Tempat 

Isteri sangka kalau dia sporting, suami tentu lebih menghargai. Jadi dek kerana terlebih sporting, maka isteri tak kisah kalau suami mahu ke mana, dengan siapa pun, asal suami tahu tanggungjawab di rumah dan tak lupa anak-anak. Tapi ada suami lupa daratan, cepat saja ambil kesempatan atas fleksibiliti isteri. Itu sebablah suami sempat main cinta dengan teman pejabat sendiri, pijak semut pun tak mati!

 

Sporting punya fasal, isteri tak pernah teringat nak periksa telefon bimbit suami. Rupa-rupanya, dah ada berkajang-kajang WhatsApp cinta dan ada rakaman video ‘seram’ pulak. Isteri mana tak minta talak tiga?

 

>>>[KLIK DI SINI] Persediaan Malam Pengantin — Para Wanita Bujang Perlu Baca Artikel Ini<<<

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

Isteri Terlalu Bendul 

Kita faham ramai isteri memiliki hati yang baik lagi mulia. Kalau boleh enggan menyusahkan atau memeningkan kepala suami. Lalu isteri tadi memilih untuk menguruskan hal-ehwal rumahtangga yang terpencil, sendiri-sendiri. Contohnya, jika kehabisan gas memasak, atau ikan dan sayur-sayuran kering-kontang daripada laci peti sejuk; maka isteri lebih rela hidupkan enjin kereta dan pergi beli sendiri. Sikap tak suka susahkan suami lama kelamaan pasti makan diri sendiri. Suami yang terbiasa dengan isteri yang ‘kurang menimbulkan masalah’ lazimnya memang tidak tahu menahu dan langsung tidak berminat untuk ambil tahu tentang hal-hal terpencil tadi. Akibatnya, susah senang urusan dapur, wanita seorang menanggung. Kan susah tu?

 

 

Suami Buat-buat Sibuk Sehingga Lupa Urusan Keluarga

Suami asyik bekerja 24 jam tujuh hari tanpa henti malah berkeras tidak mahu menghadirkan diri ke mana-mana urusan penting ahli keluarga, majlis makan malam, perjumpaan keluarga sekalipun sambutan hari lahir anak; alasannya, nak cari duit lebih. Terimalah hakikat pastinya kerana si suami ada agenda lain, melepaskan diri daripada bertemu dengan keluargamu atau sengaja mengambil kesempatan lepak bersama kawan di kedai mamak.

percaya, cubalah siasat.

 

 

Kereta Mahu, Ongkos, Berkira!

Sibuk nak bergaya dan nampak kaya, isteri terpaksa dahulukan wang buat bayar pendahuluan kereta. Almaklumlah poket suami asyik bocor. Kononnya boleh hantar anak ke tuisyen, hantar isteri ke tempat kerja, walhal sibuk dok bergaya, pusing-pusing ronda satu Malaysia. Kereta kepunyaan isteri tapi suami pulak yang lebih-lebih.

 

 

Sudah Terbiasa Suami Biarkan Isteri Jadi Ketua Keluarga

Azab juga bila isteri sudah bekerja namun terpaksa menanggung suami yang masih belajar namun demi cinta agung dan pengorbanan, isteri rela hati melupakan Jualan Mega dan sepatu gorgeous warna merah jambu yang diperhati sekian lama. Yang menjadi kemusykilan, apabila suami sudah tamat pengajian dan lama bekerja, macam syok pula dia, isteri tanggung semua, kiri-kanan keluar belanja. Sudahlah hutang lama buat tak tahu, barang-barang rumah juga isteri sudah terbiasa beli sendiri.

 

>>>[KLIK DI SINI] Tips Hangatkan Katil Asmara: Suami Isteri Jangan Malu, yang Ini Kena Cuba<<<

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

Gesek Kad Memang Sedap, Tapi Nak Membayar…

Sesetengah isteri sudi berikan kad kredit ‘supplementary’ kepada suami bertujuan meringankan beban jikalau ada urusan perniagaan atau sebaliknya, namun apabila sudah cukup bulan, suami buat tak tahu. Poketnya kosong, baki tertunggak pula masih belum dijelaskan, maka si isteri terpaksalah langsaikan dahulu disebabkan dia perlu bertugas ke luar negara.

 

 

Waktu Manis Kongsi Bersama. Masa Susah Padankan Muka 

Isteri baik hati buat pinjaman peribadi (personal loan) atas namanya sendiri bagi membantu suami sukses dalam perniagaan tapi apabila terjadi perselisihan, pergaduhan dan akhirnya kecundang pada perceraian, isteri juga yang terpaksa melangsaikan hutang. Masa baik semua nan indah, apabila timbul masalah mulalah suami lepas tangan. Maka, isterilah yang kena bayar, kalau tidak haru-biru dibebani pihak bank. Kesian si isteri. Nasib badanlah, Leha.

 

 

Suka Hentam Isteri Depan Ibu Sendiri 

Kalau makan makanan isteri, mukanya panjang. Kalau balik makan rumah ibu sendiri, dia makan bertambah-tambah macam seminggu tak jumpa nasi. Apabila ibunya bertanya, dia cepat saja gunakan kesempatan depan ibu nak sindir dan perli-perli isteri yang katanya sampai sekarang tak pandai memasak masakan kesukaannya. 

 

 

Pantau Minat Baru Suami 

Dulu suami cukup liat nak basuh kereta, siram pokok atau bersihkan parit tersumbat. Tetapi semenjak dua menjak ada gadis bujang berpindah selang satu pintu dari rumah, tangkas saja dia mahu bercangkul bertanam pokok cili dekat laman rumah sambil tertinjau-tinjau ke rumah sana. Isteri-isteri kena pantau suami kalau-kalau dia tiba-tiba dapat wahyu buat hobi baru. Mana tahu memang ada udang di sebalik batu. Kalau anak dara itu keluar dan suami pula menggelepar hendak basuh kereta dan siram pokok, ada baiknya isteri-isteri sekalian sinsing lengan baju dan berkatalah kepada suami; “Marilah bang, kita bergotong-royong sama-sama, barulah rumahtangga berkat bertambah nikmat.” Cuba tengok muka suami haru ke idok? 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Bagaimana Cinta Dua Bangsa Telah Menyatukan Moots Pop Shuvit dan Vanessa Chong

  • Seterus →

    Bagaimana Ayda Jebat Buat Percutian Bekerja di Amsterdam Menjadi Unik? Tips Ini Pasti Berguna Untuk Anda