May 24, 2019 - 42

11 Lokasi Berbuka Puasa Pilihan InTrend— Rambang Mata! Ratusan Menu Menggiurkan Terhidang

Mulai bosan dengan juadah sama di bazar Ramadan? Tak tahu mahu makan apa dan di mana yang sedap? Okey, InTrend cadangkan kalian cuba seleksi hidangan dari pelbagai restoran dan lokasi berikut.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Intrend buffet 1

Kredit foto: IG grandmillenniumkl

 

 

 

1. The Mill Café, Grand Millennium Kuala Lumpur

Tema/Konsep: Nostalgia Desa

Menu: Sajian asli masakan Melayu, kambing panggang, nasi biryani, soto ayam, gulai daging salai, sotong masak hitam, ayam masak madu, bubur pengat pisang dan banyak lagi.

Harga: RM158 nett

Tarikh Promosi: 6 Mei hingga 4 Jun 2019 (7 malam hingga 10 malam)

Ekstra: Pengunjung juga boleh menikmati buffet durian Makan Sampai Kenyang pada harga RM20 nett setiap seorang. Grand Milennium turut menawarkan promosi Durian Staycation pada harga RM1,099 nett sebilik bermula 5 Mei hingga 4 Jun 2019. Untuk keterangan lanjut hubungi talian 03-2117 4888

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Grand Millennium Kuala Lumpur (@grandmillenniumkl) on

 

 

 

2. Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Tema/Konsep: Muhibbah Feast di The Courtyard, Tingkat 8

Menu: Aneka masakan Melayu yang dimasak secara konsep terbuka

Harga: Promosi awal untuk pembelian sebelum 9 Mei, RM98 nett dewasa dan RM49 nett kanak-kanak. Promosi berkumpulan, lapan dewasa dan dua dewasa percuma, promosi RM135 nett dewasa dan RM68 nett kanak-kanak.

Tarikh Promosi: 9 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019, bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam

Ekstra: Bufet durian turut ditawarkan buat pengunjung. Untuk keterangan lanjut hubungi talian 03-2117 2821

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Pavilion Hotel Kuala Lumpur (@pavilionhotelkl) on

 

 

 

3. Curate, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Menu: Citarasa Malaysia, Thailand, Indonesia, Cina dan India

Harga: RM208

Tarikh Promosi: 6 Mei hingga 4 Jun

Ekstra: Jangan lepaskan peluang menikmati aneka juadah berbuka air tangan chef selebriti Chef Dato’ Fazley yang dijemput khas sepanjang Ramadan ini. Hidangan seperti Daging MasaK Lemak Cili Api, Dendeng, Paru dan banyak lagi di sini. Untuk keterangan lanjut hubungi talian 03-2382 8630

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Four Seasons Kuala Lumpur (@fskualalumpur) on

 

 

 

4. BGR Restaurant, Bangi Golf Resort

Tema/Konsep: Kebun Dalam Bandar

Menu: Variasi sajian masakan kampung, masakan India, Barat dan Timur

Harga: RM59 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.

Tarikh Promosi: 6 Mei hingga 4 Jun

Ekstra: Jangan lepaskan peluang makan durian persis berada di kampung halaman! Untuk keterangan lanjut hubungi talian 1700 81 8557

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bangi Golf Resort Official (@bangigolfresortofficial) on

 

 

 

5. Four Points by Sheraton Puchong

Tema/Konsep: Citarasa Warisan

Menu: Pelbagai hidangan tradisi Malaysia yang menawarkan lebih 100 menu. Nikmati signature Bubur Lambuk, Nasi Briyani, aneka satay dan banyak lagi.

Harga: Ahli Marriott Bonvoy RM78 untuk dewasa, kanak-kanak RM35.

 

 

 

 

 

10. Essence Restaurant, Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Tema/Konsep: Selera Kampung

Menu: Variasi sajian masakan kampung seperti Gulai Kawah Rusuk Lembu, Kerabu Pucuk Paku, Asam Pedas Ikan Pari dan banyak lagi.

Harga: Ahli Marriott Bonvoy RM99.90 untuk dewasa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheraton Imperial Kuala Lumpur (@sheratonimperialkl) on

 

 

 

 

11. Le Meridien Kuala Lumpur

Tema/Konsep: Citarasa Harmoni

Menu: Aneka menu masakan Melayu juga hidangan dari Timur Tengah seperti Briyani Ayam, Bebiri Panggang dengan Rempah Al Kausar serta banyak lagi menanti kalian disini.

Harga: Ahli Marriott Bonvoy RM115.20 untuk dewasa dan RM57.60 untuk kanak-kanak.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Le Méridien Kuala Lumpur (@lemeridienkl) on

 

 

 

 

12. Le Meridien Putrajaya

Tema/Konsep: Destinasi Rasa

Menu: Sentuhan masakan daripada team Chef Khairulnizam menampilkan hidangan juadah asli menu Melayu juga menu moden yang menambah warna dan rasa.

Harga: Ahli Marriott Bonvoy RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak.

Ekstra: Jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan Daging Dendeng yang resipinya turun-temurun daripada nenda Chef Khairulnizam sendiri.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Le Méridien Putrajaya (@lemeridienputrajaya) on

 

 

 

 

13. The Westin Kuala Lumpur

Tema/Konsep: Makan Bagus-Bagus Lah! Jom Berbuka

Menu: Nikmati masakan kampung dan kontemporari Melayu yang bukan sahaja enak malah seleksi menunya cukup menyihatkan.

Harga: Ahli Marriott Bonvoy RM97.20 untuk dewasa dan RM48.60 untuk kanak-kanak.

Ekstra: Ada Sup Daging istimewa dihidangkan hasil air tangan Chef Halim dihidang sepanjang Ramadan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by The Westin Kuala Lumpur (@thewestinkl) on

 

 

 

 

14. Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Tema/Konsep: Sajian Aneka Rasa

Menu: Dari Temptations, jangan ketinggalan menikmati juadah dan menu signature hotel seperti Sup Tulang Rawan, Gulai Kawah Kambing, Kampung-style Whole Roasted Lamb dan lain-lain.   

Harga: Ahli Marriott Bonvoy RM89.20 untuk dewasa dan RM44.55 untuk kanak-kanak.

Ekstra: Ada Sup Daging istimewa dihidangkan hasil air tangan Chef Halim dihidang sepanjang Ramadan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Renaissance Kuala Lumpur Hotel (@renaissancekualalumpur) on

 

 

 

15. Restoran Riverside, PWTC

Tema/Konsep: Citarasa Warisan

Menu: Bagaikan syurga makanan! Sebut sahaja apa menu yang terlintas dalam fikiran kalian, pasti ada tersedia. Nikmati lebih 250 jenis juadah seperti Bubur Lambuk, Nasi Ayam, Nasi Kerabu dan banyak lagi pilihan.   

Harga: RM88 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan warga emas RM75.

Tarikh Promosi: 8 Mei hingga 3 Jun 2019

Ekstra: Pakej berbuka sendirian dan korporat turut ditawarkan daripada harga bermula RM98.00 untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Untuk keterangan lanjut hubungi talian 03-2614 6999

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.