Jan 17, 2019 - 200

Juara #NinjaChallengeLeague2018, Tetap Berjuang Walau Kesempitan Wang – Ini TIPS Hebat Mat Redho Untuk Menang!

Insan bernama Mat Redho mungkin nama biasa bagi rakyat Malaysia. Namun kemenangannya di Ninja Challenge League 2018 di Perth, Australia membuat namanya menjadi sebutan seantero negara.

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Kredit foto: IG matredho

 

 

 

MENCARI orang hebat bukan mudah. Bukan kerana mereka sombong, tetapi mereka ini ibarat padi, makin tunduk makin berisi. Kita bukan mahu mengagung atau mendewakan mereka, tetapi kita mahu kisah-kisah inspirasi ini diangkat supaya ia menjentik sanubari rakyat Malaysia, mudah-mudahan lebih ramai ‘unsung hero’ seperti Mat Redho muncul dalam masyarakat kita.

 

Kejayaan memenangi tempat kedua program Fear Factor Malaysia 2014 dan beraksi cemerlang dalam pertandingan Sasuke Vietnam (Ninja Warrior) tiga tahun berturut-turut mulai 2016 terus menyuntik semangat Mat Redho untuk muncul juara Ninja Chalengge Leauge 2018.

 

Pegawai Teknologi Maklumat (IT) ini melakar sejarah sekali gus mengharumkan nama negara selepas menewaskan dua pencabar terdekat, peserta akhir American Ninja Warrior, Jake Murray serta peserta tempatan, Cameron D’ Silva.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

 

 

 

Menerusi muat naik status Instagramnya, Mat Redho berkongsi keperitannya untuk menyertai pertandingan sukan ekstrem ini di luar negara disebabkan kekangan kewangan dan tiada tajaan.

 

Namun kerana kecintaannya terhadap sukan ekstrem yang sudah bercambah di jiwa sejak sekolah rendah tidak mematahkan semangat Mat Redho untuk ‘pecah tabung’ sendiri demi mengharumkan nama negara.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

 

 

InTrend menemui Mat Redho atau nama sebenarnya Mohd. Redha Rozlan, 30, di Putrajaya Challenge Park di Presint 5, Putrajaya untuk berkongsi akan semangat gigihnya dalam mencipta nama.

 

Kehadiran bintang realiti ini ditemani isteri, Nureain dan dua anaknya, Mecca Mikaela dan Haq Medin. Jom, kita baca perkongsian hati ke hati juara Ninja Chalengge League 2018 dan perkongsian tips untuk menang! 

 

 

 

Kredit foto: IG matredho

 

 

 

TIPS 1 – Suburkan Minat Bersukan Sejak Kecil

“Sejak kecil saya memang minat dengan sukan ekstrem. Dah nama budak lelaki, mana boleh duduk diam. Saya suka panjat sana, panjat sini. Lompat sana, lompat sini.

 

Lama-kelamaan minat ini semakin menebal sekali gus mendorong saya untuk menyertai pertandingan sukan ekstrem yang dahulunya kurang mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia,” katanya memulakan perbualan.

 

“Bagi saya, sukan ekstrem ini ada juga faedahnya daripada kita melepak tak tentu hala. Jika dilihat dalam masyarakat kita, memang banyak budak-budak muda yang suka membuang masa tanpa melakukan perkara bermanfaat.

 

Lebih menakutkan jika akhirnya budak-budak ini terjebak dalam kes dadah, mencuri dan buli.”

 

“Sekurang-kurang dengan bersukan, kita buat sesuatu yang berfaedah, betul tak? Semangat kesukanan juga mendorong kita untuk terus berjuang.

 

Ini antara faktor yang membuat saya tidak pernah kenal erti mengalah walaupun pernah tewas dalam beberapa pertandingan sebelum ini.”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

 

 

TIPS 2 – Dapatkan Sokongan Keluarga

“Dalam apa jua yang kita buat, sokongan keluarga sangat penting. Sepanjang penglibatan saya dalam sukan ekstrem ini, keluarga kecil saya adalah pendorong utama untuk saya mengejar kejuaraan.

 

Terima kasih kepada isteri yang selalu teman dan jerit sambil mendukung anak kami. Setiap kali melihat mereka di tepi gelanggang membuat semangat saya berkobar-kobar untuk menang.”

 

“Saya bersyukur kerana isteri memahami minat saya sekali gus menyokong perjuangan saya sejak kami mendirikan rumahtangga. Besar harapan saya agar keluarga kecil saya ini terus memberikan sokongan.”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

 

 

TIPS 3 – Buktikan Kesungguhan di Depan Anak-Anak

“Setiap kali berlatih, saya bawa isteri dan anak-anak sekali kerana saya perlu berlatih setiap hari termasuk pada hujung minggu. Jadi, sambil berlatih saya boleh luangkan masa bersama keluarga.

 

Bila anak-anak tengok, jadi semangat untuk berlatih. Sebab saya tahu, usaha yag dilakukan selama ini adalah untuk anak-anak juga. Saya mahu mereka bangga dengan ayah mereka. Anak-anaklah penguat semangat saya!”   

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

 

 

TIPS 4 – Ada Tabung Khas Untuk Sertai Pertandingan

“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara. Macam biasa jika nak bertanding di luar negara pasti kena pecah tabung.

 

Maklumlah kos untuk menyertai pertandingan agak tinggi – bayar tiket penerbangan, bilik penginapan, makan minum dan pengakutan sepanjang berada di sana.

 

Disebabkan guna duit sendiri, saya akan usaha sehabis baik untuk menang kerana duit kemenangan itu amat bermakna buat kami.

 

Yalah, duit kemenangan boleh ganti balik duit tabung yang dah kami gunakan untuk membiayai perbelanjaan sepanjang pertandingan.

 

Pun begitu, saya tidak pernah putus asa mencuba nasib mencari penaja. Doakan supaya ada syarikat atau jenama yang sudi menaja saya ke pertandingan yang akan datang.”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

 

 

TIPS 5 – Jalur Gemilang Pembakar Semangat

“Tidak pernah lupa bawa Jalur Gemilang setiap kali sertai pertandingan. Saya bangga jika dapat mengibarkan Jalur Gemilang di atas podium lebih-lebih lagi jika menang di peringkat antarabangsa.

 

Ya, saya akui Jalur Gemilang yang dibawa turut menyuntik semangat untuk menang.” 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Redha Rozlan (@matredho) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.