Oct 21, 2016 - 47352

Siti Sarah: “Semua Memori Bersama Emak Menyakitkan. Emak Meninggal Lepas Saya Lahirkan Talita…”

Kenangan terabadi Siti Sarah tersimpan kemas bersama Allahyarham ibunya.


Oleh: Norhaizan Ahmad 
norhaizan_ahmad@astro.com.my

 

 

Kite lawan sapa paling muncung!! #uwaisalqarni #anak #manja #ibu #happy

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

HARI Ibu sudah lama berlalu, tapi sementelahan Sarah sendiri seorang ibu, apakah erti Hari Ibu pada pandangan Sarah?

Soalan pertama membuat saya rasa sebak kak... (senyap seketika). Almaklum emak telah kembali ke rahmatullah dua tahun yang lalu. Maka makna Hari Ibu itu akan lebih ‘terasa’ apabila ibu yang kita sayangi sudah tiada. Namun bagi saya, setiap hari adalah Hari Ibu kerana kita akan sentiasa terkenangkan momen indah bersama yang tersayang. 

 

 

Kalau diimbas kembali Hari Ibu dulu-dulu, bagaimana hari istimewa itu diraikan oleh keluarga Sarah?

Kami sekadar pergi makan-makan. Dahulu, arwah emak tidak pernah mengharapkan apa-apa hadiah daripada kami adik- beradik. Yang saya tahu emak cuma mahu anak-anaknya berjaya dalam hidup.

Lagi pun saya tidak membiasakan diri membeli hadiah untuk emak pada Hari Ibu kerana jika saya mahu memberikan dia hadiah, saya akan beli jika terjumpa ‘item’ yang sesuai tanpa mengira waktu. 

 

 

Satu lagi pengorbanan sang ibu.. susah nak turunkan berat badan 😁😁😁 tapi Syukur aku diantara ibu2 yg bertuah .. Sebab suami aku jenis faham , itulah salah satu pengorbanan sang ibu 😛😛.. Ye la mana taknya anak sulung dulu 2 jam sekali kene makan , kalu tak makan sakit dada rasa cam tebakar 😫😫 .. Sekali makan boleh hadap 3 jenis hidangan ! Kau mampu?? Hahahahha lepas besalin tiba2 kene pakai baju saiz m @ L 😭😭😭😭 walaupon si suami tak kisah dengan kegemukkan yg aku alami, aku tetap nekat nak kurus, jadi aku pon mintak izin dari suami aku untuk kurus.. Syukur aku dpt turunkan berat badan ... Ada sesetengah suami die akan terus terang dengan pasangan "awak ni gemok la " mmmmm kes yg macam ni pon patut bersyukur jugak sebab suami berterus terang, cuma sakit la hati sikit .. Hahahah apa2 pon kalu nak isteri anda cantik kene la kelua duit ... Nak barang baik MAHAL la sikit .. Bini2 org yg cantik2 semua pakai produk 😉😉 .. Mana ada istilah cantik dari kecik 😛😛😛 kalu kecik2 bekarat dah besa cantik BANYAK.. Yg kata tak pakai apa2 tu semua PEMBOHONG 😜😜😜 harap maklum ..

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Hubungan Sarah dengan ibu? 

Yang Sarah paling sanjung tentang ibu? Emak adalah kawan baik saya. Saya boleh kongsi apa jua cerita dengannya. Apa yang saya sanjung atau kagumi tentang emak saya adalah kesabarannya sebagai seorang isteri, ibu, kawan dan insan. 

 

 Ibu Sarah cukup hebat di dapur. Masakan air tangan ibu yang tak akan Sarah lupakan?

Semua masakan emak tak akan saya lupakan kak. Kami adik-beradik selalu kata masakan hasil air tangan emak kami memang ‘cukup’ (sempurna dan hebat). Rindu dengan masakan emak... 

 

 

Kenangan yang sukar Sarah lupakan bersama ibu?

Semua memori bersama emak sangat ‘menyakitkan’ disebabkan emak dah pergi buat selama-lamanya. Emak meninggal pada 26 Jun 2013 sekitar jam 6.00 pagi yakni selepas dua minggu saya melahirkan anak kedua, Dzahira Talita Zahra. Justeru, pemergiannya cukup terkesan di hati saya. Apa pun saya bersyukur kerana saat pemergian emak, segala urusan dipermudahkan. 

 

Tiga perkara yang Sarah warisi daripada ibu?

Cincin. Apabila suami marah tidak menjawab. Juga sifat manja. 

 

 

Buah hati beta 😘😘😘😘

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Apa yang seronoknya menjadi ibu? 

Semuanya seronok kak, hahaha... Dari proses kehamilan, sepanjang pengalaman baby dalam perut, proses melahirkan kemudian membesarkan anak memang mengujakan. Selepas anak lahir, tugas sebagai ibu lebih mencabar kerana tanggungjawabnya lebih berat. 

 

 

Tak perasan pulak ada gamba ni.. Kasihnya si abang .... #uwaisalqarni

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Sarah ketika kali pertama menatap wajah Uwais Alqarni?

Saya menjadi ibu ketika usia 27 tahun. Anak pertama kami, Uwaiz Alqarni dilahirkan secara pembedahan pada 4 Disember 2011. Memandangkan saya bunting pelamin, maka peralihan daripada bujang menjadi isteri orang kemudian bergelar ibu cukup pantas. Perubahan yang drastik kala hamil membuat saya selalu terfikir, “Kenapa dengan aku ni?” Ya, ketika itu saya seperti tidak kenal dengan sikap diri sendiri, berubah 180 darjah! 

Apabila menatap Uwais buat kali pertama, saya bagaikan tersentak dek kerana selama ini saya berasakan diri ini sangat kecil dan banyak bergantung harap kepada abah, emak dan suami. Kini, ada pula insan lain yang akan bergantung harap dengan saya. Wow, saya memang tekejut! Namun dengan kehadiran anak kecil ini menjadikan saya a new person sebagai ibu. Syukur alhamdulillah. 

 

 

Thx @sepahtufcofficial budak2 ni seronok sangat

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Bagaimana pengalaman menguruskan anak pertama? 

Ada yang membantu? Melahirkan zuriat bagaikan menerima suatu hadiah yang sangat besar daripada Allah SWT. Saya banyak belajar menjadi seorang ibu daripada anak pertama. Mulanya canggung juga namun lama- kelamaan serasi. Ibu tiri saya banyak membantu ketika saya dalam tempoh berpantang, misalnya mandikan baby dan menjaga keperluan makan minum saya. 

 

 

Perincikan sedikit ragam dan perangai ketiga-tiga anak Sarah?

Uwais paling banyak ragam, sangat manja dan senang ‘digula-gulakan’. Manakala Talita kuat melaram, full of drama, a bit cheeky dan memilih makanan (dia tidak suka makanan yang terlalu manis atau masam). Baby pula sangat baik sejak lahir, tak banyak ragam cuma sekarang kuat nak bermain. 

 

 

RINDU

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Aktiviti lazim bersama anak-anak? 

Saya ajak anak-anak buat ulang kaji pelajaran selain melayan kerenah mereka di rumah. Dah namanya ada anak kecil, jadi tidak hairanlah kalau sesi bermain tu saya kena jadi dinosaur, jadi princess dan macam-macamlah, hahaha... 

 

 

Kalau suruh amik gamba memang no1 la die, talita ❤️❤️❤️ @ridzokumura 😘😘

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Prinsip dan pendirian Sarah dalam membesarkan anak-anak? 

Anak-anak sangat bijak mengawal ibu dan ayah mereka. Tapi saya tidak akan benarkan itu berlaku terhadap kami. Saya adalah ibu yang tegas namun masih memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak. Saya juga berazam untuk perbaiki kelemahan diri supaya menjadi contoh terbaik buat anak-anak saya nanti. 

 

Perkataan pertama yang diungkapkan oleh Uwais (jika masih ingat)? 

Perkataan pertama yang diucap oleh Uwais adalah ‘api’. 

 

 

Orang suruh dodoikan adik die, die baca doa makan pulak! Hahaha ...satu tips supaya abg tak pukul adik.. Kalu abg nAk pegang adik biar lah die pegang (dengan bantuan org dewasa) jangan halang mereka, sebab si abg pon sayang kan adik , biasanya org kita tak bagi Abg atau kakak utk dukung adik , sebab rasa tak percaya akhirnya kita marahkan si abang, saya rasa sebab ini lah si abg rasa kecewa (kenapa aku sayang adik tapi aku kene marah , baik aku bantai je adik ni dah tentu2 kene marah disamping aku dapat perhatian😏) itu yg ada abang cakar adik , abg menjerit2 entah tak tau apa, itu semua die nak PERHTIAN ..jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua yg mempunyai masaalah yg sama macam ni.. Lepas ada anak baru beri PERHATIAN yang lebih kepada anak lama ye 😉😉

A video posted by @sitisarahraissuddin on

 

Kemahiran yang Sarah pelajari dan kuasai setelah bergelar ibu?

Saya peka apabila anak saya bangun malam-malam (mungkin lampin basah, dahaga ataupun perut kembung). Walhal dahulu, saya ni jenis yang tidur mati, bom meletup pun tak sedar agaknya, hahaha. 

 

Antara Sarah dan Shuib, siapa yang lebih tegas dan dominan?

Saya lebih dominan tatkala mengendalikan anak-anak. Almaklumlah, masa saya bersama anak-anak lebih banyak berbanding dengan Shuib yang keluar bekerja. Lagi pun, Shuib jenis yang tak suka marah-marah. 

 

 

Walau ku berpaling ku tetap ada kamu 😂 @shuibsepahtu

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

 

Mahu anak membesar sebagai... 

Memikirkan masa depan anak-anak membuat saya rasa takut. I’m very protective. Saya mahu anak-anak saya boleh berdikari dan menjadi individu yang memberi manfaat pada masyarakat. 

 

 

Hari melayan anak2 #anjebu

A photo posted by @sitisarahraissuddin on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.