Jul 01, 2019 - 52

Mampukah Anda Bertahan -6 °C di Snow World Genting? Tak Percaya Tahap Kesejukan, Anda Harus Cuba!

Baru-baru ini, pihak Genting Highlands menjemput rakan media dan blogger untuk menguji tahap kesejukkan mereka di Snow World.

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

Intrend snow 1

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

BARU-baru ini, Resorts World Genting menganjurkan satu pertandingan kalangan media untuk mencari orang terakhir yang mampu bertahan dalam Cabaran Suhu Bawah Sifar di Snow World.

 

Berbekalkan pakaian asas, 31 wartawan daripada 18 agensi media menyahut cabaran tersebut untuk memenangi hadiah menarik.

 

Cabaran ini tidak mudah kerana setiap peserta perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Para perserta perlu duduk dalam Snow World selama mana yang boleh, berbekalkan satu lapisan pakaian bersama jaket, boots dan sarung tangan yang telah disediakan.

 

 

Cabaran ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental kerana setiap kami perlu bertahan dalam suhu yang sejuk dari kebiasaan iklim di bawah sana selama beberapa jam. Daripada 18 media,hanya tinggal 12 peserta yang berjaya bertahan di dalam Snow World untuk pusingan akhir.

 

 

 

Intrend snow 2

Kredit foto: InTrend Malaysia 

 

 

 

Bagi menentukan pemenang akhir, 12 peserta yang tinggal perlu menanggalkan jaket. Mereka hanya boleh memakai sehelai pakaian yang dipakai sebelum ini. Inilah masa di mana peserta perlu menggunakan sepenuh kekuatan diri untuk bertahan sehingga ke garis penamat dan bergelar juara!

 

Selepas lebih tiga jam, akhirnya lima peserta berjaya menamatkan cabaran tersebut. Mereka ialah Eddy Ong daripada Xuan Play, Iqram Rosli dan Muzzamil (Bernama News Channel), Zamir Akmal Zambri (Media Prima), Brian Lee (Like Media) serta Nik (Astro Gempak). Tahniah diucapkan!

 

 

Senarai Pemenang Cabaran Suhu Bawah Sifar di Snow World:

• Brian Lee — Trofi Emas (Hadiah utama)

• Iqram Rosli dan Muzzamil — Percutian 3 hari 2 malam di Hotel Genting Grand serta pas The Void dan Skytropolis untuk 2 orang.

• Eddy Ong — Trofi Perak (Hadiah kedua)

• Nik — Percutian 3 hari 2 malam di Resorts World Langkawi berserta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang.

• Zamir — Trofi Gangsa & percutian 2 hari 1 malam di Hotel Awana serta pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang

• Hadiah saguhati (6 peserta) — Percutian 2 hari 1 malam di Hotel First World serta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang setiap satu

 

 

 

Intrend snow 3

Kredit foto: Eddy Ong & Nik (Pemenang tempat kedua Cabaran Suhu Bawah Sifar di Snow World.)

 

 

 

Intrend snow 4

Kredit foto: Snow World Genting Highland 

 

 

 

Apa yang Menarik Tentang Snow World, Genting Highland

 

Snow World mula dibuka pada tahun 2003. Namun, ditutup seketika pada tahun 2011 bagi kerja-kerja menaik taraf secara besar-besaran. Pada 31 Ogos 2013, Snow World kembali dibuka kepada pengunjung.

 

Berkeluasan 22,800 kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 250 pengunjung pada satu masa. Ini sekaligus menjadikan tempat ini sebagai tarikan salji terbesar di Malaysia.

 

Dengan kesejukan suhu sejuk beku -6 °C, anda boleh merasai kedinginan hingga ke tulang. Selain itu, di Snow World anda boleh bermain gelongsor dengan tobogan atau bermain lontar bola salji bersama teman.

 

Bukan salji sahaja, terdapat juga seni helah 3D dan kawasan-kawasan mesra foto di dalamnya. Jangan lepaskan peluang ke sini, okey!

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.